Pergi ke kandungan

Samarra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Agung Samarra
Samarra terletak 125 km di sebelah utara Baghdad

Sāmarrā (Arab: سامَرّاء) ialah sebuah bandar yang terletak di sebelah timur Sungai Tigris di Wilayah Salah ad Din, Iraq. Terletak pada koordinat 34°11′N, 43°52′E, kota ini terletak kira-kira 125 km di sebelah utara Baghdad. Penduduknya berjumlah kira-kira 348,700 orang pada tahun 2003.[1]

Pada masa lalu, Samarra merupakan salah satu bandar terbesar pada zaman ketamadunan Mesopotamia.

Meskipun bandar ini termasuk tempat suci bagi kaum Syiah, namun jumlah penduduk kaum Sunni lebih banyak. Hal ini telah mencetuskan ketegangan antara mazhab, terutama sejak jatuhnya pemerintahan Saddam Hussein.

Masjid Al Askari terletak di kota ini. Pada tanggal 22 Februari 2006, kubah emas masjid tersebut hancur akibat dibedil oleh bom.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama hhcom1.co.cc

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]