Salbutamol
Data klinikal | |
---|---|
Nama dagang | Ventolin, Proventil, ProAir, lain-lain[1] |
Nama lain | Albuterol (USAN AS) |
AHFS/Drugs.com | Monograph |
MedlinePlus | a607004 |
Data lesen | |
Kategori kehamilan | |
Kaedah pemberian | Melalui mulut, sedutan, IV |
Kelas ubat | Agonis adregenik beta2 |
Status perundangan | |
Status perundangan | |
Data farmakokinetik | |
Metabolisme | Hati |
Mula masa tindak | <15 min (sedutan), <30 min (pil)[6] |
Penyingkiran separuh hayat | 3.8–6 jam |
Tempoh tindak | 2–6 jam[6] |
Perkumuhan | Buah pinggang |
Pengecam | |
| |
ECHA InfoCard | 100.038.552 |
Data kimia dan fizikal | |
Formula | C13H21NO3 |
Jisim molar | 239.32 g·mol−1 |
Model 3D (JSmol) | |
Kekiralan | Campuran rasemik |
| |
| |
(what is this?) (verify) |
Salbutamol, juga albuterol dan dijual dengan nama Ventolin antara nama jenama lain,[1] ialah ubat yang membuka saluran pernafasan sederhana dan besar di dalam paru-paru.[6] Ia digunakan untuk merawat asma, termasuk serangan asma, penyempitan cabang paru-paru akibat senaman, dan penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD).[6] Ia juga boleh digunakan untuk merawat paras kalium dalam darah yang tinggi.[7] Salbutamol biasanya digunakan dengan alat sedut atau penebula tetapi ia juga boleh didapati dalam bentuk pil, cecair, dan larutan intravena.[6][8] Versi sedutan biasanya akan jalan dalam masa 15 minit dan kekal selama dua hingga enam jam.[6]
Kesan sampingan biasa termasuk geletar, sakit kepala, degupan jantung yang cepat, pening dan rasa resah.[6] Kesan sampingan yang serius mungkin termasuk kekejangan bronkus yang semakin teruk, degupan jantung yang tidak teratur dan paras kalium dalam darah yang rendah.[6] Ia boleh digunakan semasa mengandung dan menyusukan bayi, tetapi keselamatannya tidak betul-betul jelas.[6][9] Ia adalah agonis reseptor adrenergik β2 yang bertindak dengan jangka pendek, berfungsi dengan melonggarkan otot licin saluran pernafasan.[6]
Salbutamol telah dipatenkan pada tahun 1966 di Britain dan dijual di UK pada tahun 1969.[10] [11] Ia telah diluluskan untuk kegunaan perubatan di Amerika Syarikat pada tahun 1982.[6] Ia berada dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[12] Salbutamol boleh didapati sebagai ubat generik.[6] Kos borong di negara-negara membangun bagi alat sedut yang mengandungi 200 dos adalah antara US$1.12 dan US$2.64 Setakat 2014[kemas kini].[13] Di Amerika Syarikat, bekalan sebulan biasa adalah antara US$25 dan US$50.[14] Pada tahun 2017, ia adalah ubat kesepuluh yang paling kerap dipreskripsikan di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 50 juta preskripsi.[15][16]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Salbutamol". Drugs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-30. Dicapai pada April 11, 2016.
- ^ Thereaputic Goods Administration (2018-12-19). "Prescribing medicines in pregnancy database". Australian Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-20. Dicapai pada 2017-06-20.
- ^ "Albuterol Use During Pregnancy". Drugs.com. 8 March 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2019. Dicapai pada 21 December 2019.
- ^ Thereaputic Goods Administration. "Poisons Standard October 2017". Australian Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-11. Dicapai pada 2018-01-11.
- ^ "Prescription Drug List". Government of Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-12. Dicapai pada 2017-06-20.
- ^ a b c d e f g h i j k l "Albuterol". Drugs.com. The American Society of Health-System Pharmacists. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-08. Dicapai pada Dec 2, 2015.
- ^ "Emergency interventions for hyperkalaemia". The Cochrane Database of Systematic Reviews (2): CD003235. April 2005. doi:10.1002/14651858.CD003235.pub2. PMC 6457842. PMID 15846652.
- ^ "Intravenous salbutamol for childhood asthma: evidence-based medicine?" (PDF). Archives of Disease in Childhood. 99 (9): 873–7. September 2014. doi:10.1136/archdischild-2013-304467. PMID 24938536. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-09-08.
- ^ Yaffe, Sumner J. (2011). Drugs in pregnancy and lactation: a reference guide to fetal and neonatal risk (ed. 9th). Philadelphia: Wolters Kluwer Health/Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 32. ISBN 9781608317080. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-08.
- ^ Landau, Ralph (1999). Pharmaceutical innovation: revolutionizing human health. Philadelphia: Chemical Heritage Press. m/s. 226. ISBN 9780941901215. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-08.
- ^ Fischer, Jnos; Ganellin, C. Robin (2006). Analogue-based Drug Discovery. John Wiley & Sons. m/s. 542. ISBN 9783527607495. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-06. Dicapai pada 2019-03-03.
- ^ World Health Organization (2019). World Health Organization model list of essential medicines: 21st list 2019. Geneva: World Health Organization. hdl:10665/325771.
- ^ "Salbutamol". International Drug Price Indicator Guide. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 January 2018. Dicapai pada 5 December 2015.
- ^ Hamilton, Richart (2015). Tarascon Pocket Pharmacopoeia 2015 Deluxe Lab-Coat Edition. Jones & Bartlett Learning. m/s. 448. ISBN 9781284057560.
- ^ "The Top 300 of 2020". ClinCalc. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 March 2020. Dicapai pada 11 April 2020.
- ^ "Albuterol - Drug Usage Statistics". ClinCalc. 1 December 1981. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2021. Dicapai pada 11 April 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Infobox drug with local INN variant
- Template:drugs.com link with non-standard subpage
- Dadah dengan status undang-undang yang tidak piawai
- Drugs with non-standard legal status
- ECHA InfoCard ID from Wikidata
- Chemical articles without CAS registry number
- Articles without EBI source
- Chemical pages without ChemSpiderID
- Chemical pages without DrugBank identifier
- Articles without KEGG source
- Articles without UNII source
- Dadah yang tidak mempunyai kod ATC
- Drugboxes which contain changes to verified fields
- Drugboxes which contain changes to watched fields
- Semua rencana yang mengandungi kenyataan yang mungkin lapuk dari 2014
- Ubat antiasma
- Agonis adrenergik beta
- Bahan kimia perubatan kecemasan
- Ubat dibangunkan oleh GSK plc
- Ubat dibangunkan oleh Merck & Co
- Fenol
- Feniletanolamina
- Campuran rasemik
- Amina simpatomimetik
- Sebatian tert-butil
- Ubat penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia