Jebak Maut
Jebak Maut | |
---|---|
Pengarah | Jamil Sulong |
Penulis | Jamil Sulong |
Lakon layar | Jamil Sulong |
Dibintangi | Ahmad Mahmud Sarimah Aziz Jaafar Haji Mahadi Salleh Kamil |
Sinematografi | Hitam Putih |
Muzik oleh | Yusof B Kassim Masdor |
Diedarkan oleh | Malay Film Productions Ltd (MFP) |
Tarikh tayangan | 1967 |
Masa tayangan | 85 Minit |
Negara | Malaysia Singapura |
Bahasa | Melayu |
Filem Jebak Maut merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1967. Filem Jebak Maut diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem Jebak Maut diarah oleh pengarah Jamil Sulong pada 1967.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Filem ini mengisahkan tentang Amran menjadi buruan polis kerana disyaki membunuh Raju. Pasukan polis mula menjejaki Amran kerana dia berjaya melepaskan diri dari tempat pembunuhan. Polis telah mencari di rumah Amran malangnya dia tiada di situ. Setelah polis beredar dari rumahnya, Amran masuk ke rumahnya dan ingin menerangkan kejadian sebenar kepada ayah, ibu dan pakciknya. Tetapi ayah Amran tidak mahu mendengar penjelasan Amran dan menghalaunya keluar. Amran dibantu oleh pakciknya dan disembunyikan di sebuah rumah yang lain.
Sebenarnya Amran, Norlida dan Taib telah menyelamat dan memberi perlindungan kepada Raju daripada diserang oleh ahli kumpulannya. Raju menerangkan yang dia merupakan ahli kumpulan sulit. Dia bercadang untuk keluar dari kumpulan itu kerana ingin berkahwin. Tetapi ahli kumpulannya tidak bersetuju lalu memukul dan mengurung Raju. Raju berjaya melepaskan diri dan membawa lari blok/plate untuk membuat wang palsu untuk dijadikan bukti dan perlindungan.
Sebelum kematian Raju, dia sempat memberi duit 50 sen kepada Amran. Norlida meminta bantuan Mejar Anuar untuk membantu Amran daripada dituduh atas kematian Raju. Mejar Anuar mahu mencari Taib iaitu saksi utama yang menyaksikan kejadian itu yang telah melarikan diri kerana ketakutan. Pada masa yang sama, Mejar Anuar dan Amran berjaya merungkai misteri duit syiling 50 sen yang sempat diberi oleh Raju sebelum kematiannya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon Utama
[sunting | sunting sumber]- Ahmad Mahmud sebagai Mejar Anuar
- Aziz Jaafar sebagai Amran Mokhsin
- Sarimah sebagai Norlida
- Haji Mahadi sebagai Mazlan @ Pak Busu (Pakcik Amran)
- Salleh Kamil sebagai Inspektor Bakhtiar
Pelakon Pembantu
[sunting | sunting sumber]- Malek Sutan Muda sebagai Bagus (Ayah Tiri Amran)
- Omar Suwita sebagai Samseng Kuncu 1
- Ali Fiji sebagai Samseng Kuncu 3
- M. Rafiee sebagai Samseng Kuncu 2
- Sa'amah sebagai Semah (Ibu Amran)
- Ahmad C sebagai Taib Todi
- Ahmad Ghani sebagai Samseng Kuncu 4
Memperkenalkan
[sunting | sunting sumber]- Thassani
- Susan Chua
- Rosy Wong
Pemyanyi & Lagu
[sunting | sunting sumber]- Aziz Jaafar & Kartina Dahari - Malam Cemerlang
- Kartina Dahari - Sitara
Dialog Ikonik & Popular
[sunting | sunting sumber]- Taib Todi "Yeah! We must do our duty to our society my friend"