Pergi ke kandungan

Rumah Vimy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rumah Vimy

Rumah Vimy adalah gudang di barat Ottawa, Kanada, yang pernah digunakan bagi menyimpan kebanyakan himpunan Muzium Perang Kanada. Pada asalnya dibina sebagai garaj keretajalan ("streetcar") Ottawa, ia ditukarkan sebagai muzium perang apabila bangunan "Sussex Drive" kehabisan ruang simpanan dan pejabat. Bangunan itu dipenuhi dengan pelbagai peringatan ketenteraan berusia, daripada kereta kebal besar sehingga beberapa ribu pingat. Ia juga merupakan himpunan terbesar di dunia bagi seni perang Kanada. Ketika barangan dari himpunan Rumah Vimy kadang-kala boleh dipamerkan di muzium itu sendiri, orang awam juga boleh melawat Rumah Vimy pada hari rumah terbuka khas dan melawati himpunannya.

Pada tahun 2005, Muzium Perang Baru di Flat LeBreton dibuka. Muzium Perang Baru ini memiliki ruang yang cukup bagi penyimpanan, dan Rumah Vimy telah ditinggalkan. Rumah terbuka terakhir diadakan pada 6 September 2003.

  • "Vimy houses military history." Jim Bishop. The Ottawa Citizen. Ottawa, Ont.: Apr 17, 1999. pg. B.8

Koordinat: 45°24′34″N 75°43′02″W / 45.409475°N 75.717312°W / 45.409475; -75.717312