Pergi ke kandungan

Muzium Perang Kanada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 45°25′02″N 75°43′01″W / 45.417156°N 75.716829°W / 45.417156; -75.716829

Muzium Perang Kanada
Luaran Muzium Perang Kanada
Map
Maklumat am
Ditubuhkan1880 (2005)
JenisMuzium kebangsaan
Saiz koleksi
500,000 item[1]
Maklumat pentadbiran
PengarahMark O'Neill
KuratorDean Oliver
Maklumat geografi
Lokasi
Maklumat pelawat
Laman sesawang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Muzium Perang Kanada "Canadian War Museum" (CWM) (Perancis: Musée canadien de la guerre) adalah muzium kebangsaan sejarah ketenteraan Kanada.[2] Terletak di Ottawa, Ontario, muzium ini melitupi keseluruhan sudut ketenteraan Kanada yang lalu, daripadarekod kematian pertama oleh keganasan bersenjata dalam sejarah Kanada beberapa ribu tahun dahulu sehingga pembabitan terbaru Kanada dalam pertelingkahan. Ia termasuk pameran kekal utama berkenaan perang yang berlaku di tanah Kanada, perang menyeluruh pada abad ke dua puluh, Perang Dingin dan operasi menyokong keamanan di luar negara, dan sejarah Kanada mengingat dan menghargai. Terdapat juga kawasan simpanan terbuka memaparkan objek besar dari himpunan Muzium, dari meriam laut besar kepada kereta kebal, dari motorsikal ke kapal terbang jet. Pameran menunjukkan sejarah ketenteraan Kanada masa lalu dari segi peribadi, kabangsaan, dan antarabangsa, dengan penekanan khusus pada pengalaman manusia semasa perang dan cara perang terjejas dan dijejaskan melalui pembabitan Kanada.

Kebanyakan ruang pameran awam Muzium dikhususkan bagi Galeri Pengalaman Kanada ("Canadian Experience Galleries"), ia merupakan ruang pameran utama. Pameran ini mengariskan kesan mendalam perang pada pembangunan Kanada dan peranan besar Kanada mainkan dalam pertelingkahan antarabangsa. Kandungannya adalah campuran yang kaya bgai sekitar 2,500 objek dari seni erang sehingga kepada kenderaan berperisai, termasuk juga berpuluh-puluh pameran pandang-dengar dan banyak lagi aktiviti buat sendiri. Program bertukar bagi emeran sementara atau pameran khas, di tambah program awam dan peristiwa khas, menambah pengalaman yang ditawarkan dalam galeri kekal. Muzium Perang Kanada turut memuatkan Pusat Penyelidikan Sejarah Tentera, kemudahan perpustakaan dan penyelidikan arkib, dan himpunan besar sekitar 500,000 artifak, termasuk uniform, pingat, senjata, seni perang, kapal terbang, kenderaan tentera dan artileri.

Muzium Perang Kanada bermula pada tahun 1880. Bangunan masakininya dibuka pada May 2005 dan terletak kurang dari 2 km barat Bangunan Parlimen Kanada. Senibina bangunan telah menerima pujian profesional dan awam. Muzium Tamadun Korperasi Kanada ("Canadian Museum of Civilization Corporation"), yang turut mengendali Muzium Tamadun Kanada, Muzium Kanak-kanak Kanada, Muzium Pos Kanada, dan Muzium Maya Perancis Baru.

Bekas bangunan Muzium Perang Kanada

Muzium Perang Kanada bermula pada tahun 1880 sebagai himpunan barangan ketenteraan milik kerajaan kebangsaan Kanada, disusun oleh pegawai bersenjata garison Ottawa. Kemudahan pertamanya merupakan beberapa siri bilik di Dewan Kawad Dataran Cartier. Himpunan ini kemudiannya diambil terima oleh Arkib Awam Kanada. Muzium Perang Kanada ditubuhkan dengan rasmi pada tahun 1942. Himpunan karangan perang mendapat kemudahan khusus baginya pada tahun 1967 aabila ia berpindah ke bekas bangunan Arkib Awam di "Sussex Drive" di Ottawa (masa kini "Global Centre for Pluralism"). Lokasi itu terlalu kecil bagi himpunan selepas perang yang semakin membesar, kebanyakannya akhirnya disimpan di gudang hujung barat Ottawa yang dikenali sebagai Rumah Vimy.

Bangunan baru

[sunting | sunting sumber]
Pandangan dari udara tapak Muzium Perang Kanada di Flat LeBreton.

Pada tahun 1990-an, kerajaan kebangsaan membuat rancangan bagi memindahkan Muzium Perang ke tapak baru timur pusat Ottawa, berhampiran Muzium Penerbangan Kanada. Tapak yang dicadangkan dikritik kerana jaraknya dari pusat bandar, dan lokasi lebih menonjol di Sungai Ottawa kemudiannya dipilih di Flat LeBreton, barat Bukit Parliament. Lokasi baru turut membenarkan perarakan istiadat antara Peringatan Perang Kebangsaan (Kanada) dan Muzium Perang yang baru, dan terletak di ruang bandar yang tidak lama dibangunkan semula.


  1. ^ Canadian War Museum Fact Sheet (PDF), About the Museum, Canadian War Museum, n.a, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-06-09, dicapai pada 11 March 2010 Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Pierre Pontbriand. "The Canadian Encyclopedia". The Canadian Encyclopedia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-29. Dicapai pada 2011-02-26.

Pautan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Ottawa landmarks Templat:National museums of Canada