Pergi ke kandungan

Rosmari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rosmari
Bunga rosmari
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Salvia
Spesies:
S. rosmarinus
Nama binomial
Salvia rosmarinus
Spenn.[1][2]
Sinonim[1]
  • Rosmarinus angustifolius Mill.
  • Rosmarinus communis Noronha
  • Rosmarinus flexuosus Jord. & Fourr.
  • Rosmarinus latifolius Mill.
  • Rosmarinus ligusticus Gand.
  • Rosmarinus officinalis L.
  • Rosmarinus palaui (O.Bolòs & Molin.) Rivas Mart. & M.J.Costa
  • Rosmarinus prostratus Mazziari
  • Rosmarinus rigidus Jord. & Fourr.
  • Rosmarinus tenuifolius Jord. & Fourr.
  • Salvia fasciculata Fernald

Rosmari atau rosemari (nama saintifik pasca-2017: Salvia rosmarinus) adalah tumbuhan herba daripada keluarga Lamiaceae berasal dari kawasan Mediterranean benua Eropah.[3] Tumbuhan ini ditanam terutamanya sebagai herba pelbagai guna dalam masakan dan ubatan tetapi juga untuk tujuan hiasan taman atau kebun. Tumbuhan ini dikatakan dapat meningkatkan memori.

Nama herba ini serapan bahasa-bahasa Inggeris dan Belanda meminjam bahasa Latin rōs marīnus bermaksud "embun laut".[4][5][6]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan ini pada dahulunya tergolong dalam genus Rosmarinus terdiri dari 2 hingga 4 spesies termasuk ia.[7] Namun, kebotanian ia dinilai semula pada tahun 2017 di mana ia digolongkan dalam genus Salvia yang lebih luas beratusan spesies.[2]

Herba ini jenis malar hijau yang tumbuh mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 meter dalam keadaan menegak, daun-daunnya halus dengan ukuran 2–4 sm panjang dan 2–5 mm lebar dengan bulu halus di permukaan. Pokok herba ini boleh hidup selama 30 tahun.[3]

Bunga-bunganya yang berwarna putih, kejambuan atau kebiruan berputik pada musim-musim bunga dan panas di iklim sederhana tetapi boleh juga sepanjang masa di iklim lebih panas.[3] Biji benih senyawaan bunga-bunga ini sukar mencambah malah perlahan memunculkan pucuk.[3]

Daunnya digunakan sebagai perisa untuk pelbagai jenis makanan, seperti ketika memanggang daging.

Kajian menunjukkan rosmari bersifat antibakteria, antikulat, antioksida, antitumor, menimbulkan hiperglisemia, menghalang pembebasan insulin, dan racun serangga. Ia bersifat racun jika digunakan secara berlebihan. Ia tidak sesuai kepada wanita hamil atau yang ingin hamil. Dos yang sangat tinggi boleh menyebabkan sawan dan kematian, tetapi jarang-jarang berlaku. Timol bersifat antiseptik, menurunkan tekanan darah dan kadar degupan jantung, digunakan dalam farmasi dan ubat gigi tetapi boleh juga menyebabkan dermatitis kalau digunakan dalam cara pekat pada kulit yang sensitif.[8]

Galeri gambar

[sunting | sunting sumber]


  1. ^ a b "Salvia rosmarinus Spenn". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 2019-10-07.
  2. ^ a b Drew, Bryan T.; González-Gallegos, Jesús Guadalupe; Xiang, Chun-Lei; Kriebel, Ricardo; Drummond, Chloe P.; Walker, Jay B.; Sytsma, Kenneth J. (2017). "Salvia united: The greatest good for the greatest number". Taxon. 66 (1): 133–145. doi:10.12705/661.7. S2CID 90993808.
  3. ^ a b c d "Rosmarinus officinalis (rosemary)". Centre for Agriculture and Bioscience International. 3 January 2018. Dicapai pada 13 July 2018.
  4. ^ Room, Adrian (1988). A Dictionary of True Etymologies. Taylor & Francis. m/s. 150. ISBN 978-0-415-03060-1.
  5. ^ Wedgwood, Hensleigh (1855). "On False Etymologies". Transactions of the Philological Society (6): 66.
  6. ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "rozemarijn". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  7. ^ Rosselló, J. A.; Cosín, R.; Boscaiu, M.; Vicente, O.; Martínez, I.; Soriano, P. (2006). "Intragenomic diversity and phylogenetic systematics of wild rosemaries (Rosmarinus officinalis L. s.l., Lamiaceae) assessed by nuclear ribosomal DNA sequences (ITS)". Plant Systematics and Evolution. 262 (1–2): 1–12. doi:10.1007/s00606-006-0454-5. JSTOR i23655428. S2CID 25645455.
  8. ^ Ong Hean Chooi. 2008. Rempah-ratus: Khasiat makanan dan ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.