Pergi ke kandungan

Mhia Farhana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mhia Farhana
Kelahiran
Mhia Farhana binti Mohd Firdaus

(2006-11-29) 29 November 2006 (umur 18)
Nama lainMhia
PekerjaanPelakon, model, penari
Tahun aktif2019–kini
IbuFarah Ahmad
BapaAllahyarham Pitt Hanif
Saudara
  • Dhia Farhana
    (kakak)
  • Thia Farhana
    (adik)

Mhia Farhana Mohd Firdaus (lahir 29 November 2006) ialah seorang pelakon, model dan penari wanita Malaysia. Beliau adalah anak kepada pasangan iaitu Farah Ahmad dan Allahyarham Pitt Hanif dan cucu kepada pelakon veteran iaitu Fauziah Nawi.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Mhia Farhana dilahirkan pada 29 November 2006. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik dan kesemuanya perempuan. Ibu bapanya ialah pasangan pelakon, Farah Ahmad (lahir 1977) dan Allahyarham Pitt Hanif (lahir 1976–2019) dan cucu kepada pelakon veteran iaitu Fauziah Nawi (lahir 1953). Mhia mempunyai dua adik-beradik iaitu Dhia Farhana (lahir 2003) dan Thia Farhana (lahir 2012).

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada usia 13 tahun dan menerusi telefilem seperti Potret Moyang di Astro Citra, Raudhah Autisme di TV Okey dan menerusi filem Roh pada tahun 2020.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2020 Roh Along Filem pertama
2025 Soloz: Game of Life Sara
TBA Dunia Baru The Movie 2 Suzanna Pos-produksi
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2024 Khunsa Che Khun (14 tahun) Astro Ria Drama pertama
2025 Dari Rahim Yang Sama Balqis TV3

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Potret Moyang Mhia Astro Citra Telefilem pertama
2022 Raudhah Autisme Luna TV Okey
2025 Alibi Ayu DEGUP

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2024 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Artis Baharu Wanita Popular Tercalon

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]