Rifle Pengulang MAS 36
MAS-36 | |
---|---|
![]() MAS-36 | |
Jenis | Bolt-action rifle |
Tempat asal | ![]() |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1936–1978 |
Digunakan oleh | See Users |
Perang | Perang Dunia Kedua Perang Kemerdekaan Algeria Perang Indochina Pertama Krisis Suez Perang Vietnam Perang Saudara Kemboja |
Sejarah pengeluaran | |
Pengeluar | Manufacture d'Armes de Saint-Etienne |
Spesifikasi | |
Berat | 3.71 kg (8.2 lb) unloaded |
Panjang | 1,021 mm (40.2 in) |
Panjang laras | 575 mm (22.6 in) |
Kartrij | 7.5×54mm French |
Aksi | Bolt action |
Halaju muncung | 2700 ft/s (823 m/s) |
Jarak tembakan efektif | est. 350-400 yards w/open sights |
Sistem suapan | 5 round internal box magazine, clip fed |
Penglihatan | Iron sights |
Rifle Pengulang MAS 36 7.5 mm (0.29 inci) adalah senjata keluaran Perancis yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua.
Pada tahun 1886 Tentera Perancis mendahului dunia dengan memperkenalkan peluru rifle tanpa asap dalam bentuk katrij Lebel 8 mm (0.3 inci). Menjelang tahun 1920-an peluru ini mula ketinggalan. Selepas beberapa cubaan yang gagal katrij piwaian baru dengan kaliber 7.5 X 54 mm (0.29 X 2.1 inci) diperkenalkan pada tahun 1929.
Cubaan menyesuaikan rifle Lebelund Berthier yang berasal sejak Perang Dunia Pertama dan masih terdapat dalam bilangan yang banyak gagal, dengan itu pembangunan bagi senjata baru telah dimulakan. Senjata baru ini mula dikeluarkan pada tahun 1936 dan dikenali sebagai MAS 1936. Bagaimanapun pengeluarannya bermula dengan perlahan dan dipercayai hanya 250,000 MAS 1936 dihasilkan menjelang 10 May 1940.
Rifle Pengulang MAS 36 merupakan satu dari pengulang konventional pengerak manual terakhir yang digunakan tentera. Senjata yang ditawan turut digunakan oleh tentera penjajah Jerman. Selepas 1945, Rifle Pengulang MAS 36 kekal digunakan oleh Tentera Perancis selama beberapa tahun. Selepas itu, senjata itu mula dibekalkan kepada tentera di beberapa bekas koloni Perancis.