Pergi ke kandungan

Ricky van Wolfswinkel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ricky van Wolfswinkel
Van Wolfswinkel bermain untuk Sporting pada tahun 2012
Maklumat peribadi
Nama penuh Ricky van Wolfswinkel[1]
Tarikh lahir (1989-01-27) 27 Januari 1989 (umur 35)
Tempat lahir Woudenberg, Belanda
Ketinggian 1.86 m (6 ka ​1 316 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Norwich City
Nombor 20
Kerjaya remaja
1998–1999 v.v. Woudenberg
1999–2008 Vitesse
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2008–2009 Vitesse 33 (8)
2009–2011 FC Utrecht 64 (26)
2011–2013 Sporting CP 55 (28)
2013– Norwich City 25 (1)
2014–2015Saint-Étienne (pinjam) 24 (5)
Pasukan kebangsaan
2008 Belanda B19 2 (0)
2009–2010 Belanda B21 7 (3)
2010– Belanda 2 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 Mac 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 16 Julai 2014

Ricky van Wolfswinkel (lahir 27 Januari 1989) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Belanda yang bermain sebagai penyerang untuk Norwich City. Dia telah membuat dua penampilan untuk pasukan kebangsaan Belanda .

Karier kelab

[sunting | sunting sumber]

Van Wolfswinkel memulakan kariernya di Vitesse. Dalam junior-A, dia menjadi penjaring terbanyak divisyen pertama kebangsaan. Oleh itu, dia menerima hadiah dari KNVB. Hadiah itu disampaikan oleh Wesley Sneijder pada tahun 2007.[2] Pada 5 April 2008, Van Wolfswinkel membuat penampilan sulungnya untuk pasukan utama Vitesse ketika perlawanan menentang Sparta Rotterdam. Ketika menentang De Graafschap pada musim 2008–09, dia berada dalam kesebelasan utama buat pertama kali. Dalam perlawanan ketiganya ketika menentang Sparta Rotterdam, Van Wolfswinkel menjaringkan gol pertamanya dalam Eredivisie.[3]

Pada 29 Mei 2009, dia menandatangani kontrak tiga tahun bersama FC Utrecht.[4] Van Wolfswinkel memulakan musim 2010–11 Eredivisie dengan menjaringkan gol ketika kekalahan 3–1 kepada Feyenoord. Pada 22 Ogos 2010, dia menjaringkan dua gol ketika menentang Willem II untuk memberikan kemenangan 3–0 kepada Utrecht. Pada 26 Ogos 2010, Van Wolfswinkel menjaringkan gol hatrik ke atas Celtic dalam Liga Europa UEFA. Utrecht menang perlawanan itu dengan keputusan 4–0.[5] Pada 3 Oktober 2010, Van Wolfswinkel menjaringkan dua gol penalti ke atas Ajax untuk memberikan kemenangan 2–1.

Pada 3 Jun 2011, dia berpindah ke Sporting, menandatangani kontrak 5 tahun dengan perjanjian €5.4 juta,[6]. Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Sporting pada 10 September 2011 ketika menentang Paços de Ferreira untuk memberikan kemenangan 3–2. Pada 15 September 2011, dia menjaringkan gol ketika kemenangan 2–0 ke atas Zürich dalam Liga Europa UEFA, menjaringkan satu lagi gol pada 19 September menentang Rio Ave dan dua lagi lima hari kemudian menentang Vitória de Setúbal. Dia menjaringkan gol ketika menentang Lazio pada 29 September 2011. Dia dianugerahkan Pemain Bulanan SJPF untuk bulan September 2011. Secara keseluruhan, dia menjaringkan 25 gol dalam semua pertandingan pada musim 2011-12.[7]

Norwich City

[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Mac 2013, ia telah diumumkan bahawwa dia telah bersetuju dengan perjanjian untuk menyertai Norwich City pada musim 2013–14, perpindahan bernilai £8.5 juta tambah €2 juta bonus.[8][9] Dia menyertai the Canaries pada 1 Julai 2013, dengan perjanjian empat tahun.[10] Dia menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya dalam liga pada 17 Ogos untuk seri 2-2 dengan Everton.[11] Van Wolfswinkel gagal menjaringkan gol untuk baki musim dan membuat 25 penampilan dalam Liga Perdana.[12] Norwich kemudiannya diturunkan ke Championship dengan hanya 33 mata.[13]

Saint-Étienne (pinjam)

[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Ogos 2014, Van Wolfswinkel menyertai Saint-Étienne dalam Ligue 1 secara pinjaman semusim. Dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu pada 25 September ketika seri 1–1 dengan Bordeaux.[14] Pada 30 November, dia menjaringkan gol kedua ketika kemenangan 3-0 ke atas Lyon.[15]

Karier antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Van Wolfswinkel bermain beberapa perlawanan untuk pasukan belia Belanda[16] dan pada bulan Ogos 2010, dia dipanggil ke pasukan senior untuk perlawanan persahabatan menentang Ukraine dimana dia membuat penampilan senior pertamanya.[17] Dia membuat penampilan antarabangsa keduanya ketika menentang Indonesia pada bulan Jun 2013.[18]

Sporting Clube de Portugal

Statistik karier

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 1 Mac 2015
Persembahan kelab Liga Piala Piala Liga Benua Lain-lain Jumlah
Kelab Liga Musim Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Belanda Liga Piala KNVB Eropah Lain-lain Jumlah
Vitesse Eredivisie 2007–08 1 0 0 0 1 0
2008–09 32 8 2 0 34 8
Utrecht 2009–10 35 11 1 1 4 4 40 16
2010–11 29 15 3 0 12 8 44 23
Portugal Liga Taça de Portugal Taça da Liga Eropah Lain-lain Jumlah
Sporting Primeira Liga 2011–12 25 14 7 5 2 0 13 6 47 25
2012–13 30 14 1 1 3 2 7 3 41 20
England Liga Piala FA Piala Liga Eropah Lain-lain Jumlah
Norwich City Liga Perdana Inggeris 2013–14 25 1 2 0 0 0 27 1
Perancis Liga Coupe de France Coupe de la Ligue Eropah Lain-lain Jumlah
AS Saint-Étienne Ligue 1 2014–15 24 5 3 3 2 0 6 1 35 9
Jumlah karier Belanda 97 34 6 1 12 8 4 4 119 47
Portugal 55 28 8 6 5 2 20 9 88 45
England 25 1 2 0 0 0 27 1
Perancis 24 5 2 0 3 3 6 1 35 9
Jumlah karier 201 68 16 7 8 5 38 18 4 4 267 102
  1. ^ "Barclays Premier League Squad Numbers 2013/14". Premier League. 16 August 2013. Dicapai pada 17 August 2013.
  2. ^ "Ricky van Wolfswinkel naar FC Utrecht". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-06. Dicapai pada 2015-07-22.
  3. ^ Talentjagd: Eredivisie buhlt um van Wolfswinkel
  4. ^ Utrecht Sign Ricky Van Wolfswinkel From Vitesse – Goal.com
  5. ^ "Hoops humbled by Dutch". ESPN Soccernet. 26 August 2010. Dicapai pada 2010-12-02.
  6. ^ [1]
  7. ^ "Sporting vence (2–0) Famalicão com bis de Van Wolfswinkel". A Bola (dalam bahasa Portuguese). abola.pt. 15 October 2011. Dicapai pada 23 October 2011. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Ricky van Wolfswinkel will join Norwich City, says Chris Hughton". The Guardian. 19 April 2013. Dicapai pada 26 July 2013.
  9. ^ "Comunicado" (PDF). Sporting CP (dalam bahasa Portuguese). CMVM. 23 March 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Ricky van Wolfswinkel: Norwich City agree deal for Dutch striker". BBC. 23 March 2013. Dicapai pada 24 March 2013.
  11. ^ "Norwich 2-2 Everton" BBC Sport. 17 August 2013. Retrieved 17 August 2013.
  12. ^ "Ricky van Wolfswinkel - Goal.com". Dicapai pada 2014-05-29.
  13. ^ "Norwich City relegated from the Premier League after Sunderland complete their great escape". Dicapai pada 2014-05-29.
  14. ^ Beneddra, Naim (25 September 2014). "Saint-Etienne-Bordeaux (1-1), Bordeaux résiste à Saint-Etienne". Goal.com (dalam bahasa French). Dicapai pada 26 May 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "St-Étienne end Lyon derby streak in style". UEFA. 30 November 2014. Dicapai pada 26 May 2015.
  16. ^ Van Wolfswinkel en Mulenga verhuizen naar Utrecht
  17. ^ "Ukraine 1–1 Netherlands". ESPN Soccernet. 11 August 2010. Dicapai pada 2010-12-02.
  18. ^ "Van Wolfswinkel not fazed by transfer fee". Fox Sports Asia. 2 July 2013. Dicapai pada 2013-06-07.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]