Rempit Sampai Langit
Rempit Sampai Langit | |
---|---|
Pengarah | Silver |
Penulis | Loh Chung Tat |
Dihasilkan oleh | Rosyam Nor J. Cho (eksekutif) Julia Juhasu (eksekutif) |
Dibintangi | |
Sinematografi | Wong Tak Fung |
Disunting oleh | Chong Xee Mun |
Muzik oleh | Soo Yuen Yiet |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Skop Productions |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 92 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Rempit Sampai Langit merupakan filem aksi komedi Malaysia 2017 arahan Silver terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Filem ini dibintangi oleh Ajak Shiro, Tauke Jambu, Nabila Huda dan Cristina Suzanne dan mengisahkan tentang Kudin yang membuat keputusan untuk menyertai geng Mat Rempit bagi memenangi kembali hati teman wanitanya, namun menemui kegagalan. Filem ini ditayangkan pada 23 November 2017.[1][2]
Plot
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan tentang remaja bernama Kudin yang nekad untuk menyertai kumpulan mat rempit demi memikat semula hati kekasihnya, tetapi dia kecewa apabila tidak seorang pun kumpulan itu mahu dia menyertai mereka. Hidupnya berubah apabila seorang saintis Arab memberinya minyak magik yang membuatkan motornya terbang. Insiden itu telah menjadi tular di internet. Rakan baiknya Comel, yang menaruh minat terhadap Kudin, menyedari perubahan perangai Kudin dan dia cuba untuk mengembalikan Kudin yang dahulu. Kudin kini menjadi seorang yang terkenal dalam dunia rempit.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Ajak Shiro sebagai Kudin
- Nabila Huda sebagai Comel
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Tauke Jambu sebagai Bob
- Reen Rahim sebagai Inspektor Murni
- Jay Iswazir sebagai Zingo
- Cristina Suzanne sebagai Yati
- Indera Hafiz sebagai Dino
- Azliyuszaini Mohd Noor sebagai Boss Kudin
- Bil Azali sebagai Amin
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Ruminah Sidek sebagai Mak Cik
- Abu Bakar Juah sebagai Pak Cik
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Rempit Sampai Langit merupakan filem kedua arahan Silver bersama Suhan Movies & Trading selepas filem Balistik (2014). Rosyam Nor berkhidmat sebagai penerbit filem ini, manakala J. Cho dan Julia Juhasu berkhidmat sebagai Penerbit Eksekutif. Proses kesan visual dan CGI dijalankan di Viper Studios milik Syafiq Yusof.[1]
Keluaran dan sambutan
[sunting | sunting sumber]Rempit Sampai Langit dikeluarkan pada 23 November 2017 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online menghuraikan bahawa "corak filem ini sudah acapkali diketengahkan di layar perak dan disebabkan itu, secara zahirnya, ia boleh dianggap sebagai sebuah filem yang dikitar semula."[3] Aqmar Mustaza menulis untuk Sinar Harian menyifatkan Rempit Sampai Langit sebagai sebuah filem komedi ringan yang mencuit hati.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Suhan Movies persembahkan 'Rempit Sampai Langit'". Nazlan Nasir. 16 November 2017. Dicapai pada 1 Disember 2017.
- ^ Nannie Isa (6 Disember 2017). "Rempit Sampai Langit Gelak Habis Dengan Ajak Shiro". Kitepunye. Dicapai pada 11 Disember 2017.
- ^ Shazryn Mohd Faizal (30 November 2017). "Klise Dan Sindiran 'Rempit Sampai Langit'". mStar Online. Dicapai pada 1 Disember 2017.
- ^ Aqmar Mustaza (25 November 2017). "'Rempit Sampai Langit' mencuit hati". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Disember 2017.