Bil Azali
Bil Azali | |
---|---|
Kelahiran | Mohamad Nabil bin Azali 11 November 1992 |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2008–kini |
Mohamad Nabil Bin Azali (Jawi : بيل ازلي ; lahir 11 November 1992) merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Pilih Kasih musim 2.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Bil Azali dilahirkan di Depok, Pahang. Namanya menjadi bualan media sekitar awal September 2015 berikutan tindakannya menumbuk abang iparnya, penyanyi Asfan Shah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ketika Asfan sedang menunggu isterinya pulang dari Perancis.[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Bakat Bil Azali mula dikesan oleh pelakon, Rosyam Nor apabila beliau menjadi salah seorang daripada 16 finalis rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan, Pilih Kasih musim kedua. Pada 2012, beliau berlakon di samping Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam drama Cinta Jangan Pergi; beliau memegang watak Jaydee. Bil mempunyai peranan pembantu dalam drama Astana Cinta Aleesa yang dibintangi oleh Emma Maembong dan Nazim Othman. Bil membuat penampilan filem pertama menerusi filem seram Apartment arahan Pierre Andre yang ditayangkan pada 2015.
Bermula 12 November 2015 hingga 19 Januari 2016, Beliau muncul bersama Ezzaty Abdullah, Redza Rosli dan Azira Shafinaz dalam siri drama Stella yang bersiaran di TV9. Bil memegang watak sebagai Zaidi dalam drama adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku yang mencipta fenomena luar biasa di televisyen. Beliau berlakon bersama Ajak Shiro dalam filem aksi komedi Rempit Sampai Langit arahan Silver Chung yang ditayangkan pada 23 November 2017.[2]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Hoore! Hoore! | Sham | Filem pertama |
2015 | Apartment | ||
2017 | Rempit Sampai Langit | Amin | |
2022 | Rajawali | Shahrul |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Tangisan Bulan Madu | TV2 | ||
2011 | Kelong Kasih | Zairi | TV1 | |
Kurma Ajwa Untuk Najwa | TV AlHijrah | |||
Kasih Najihah | TV9 | |||
2012 | Rawan | Amir | ||
2013 | Cinta Jangan Pergi | Jaydee | ||
Ku Cinta Kau Seorang | Razman | TV3 | ||
2014 | Selamat Pengantin Madu | |||
Jalan Kembali | TV2 | |||
Astana Cinta Aleesa | Jimmy | TV9 | ||
#Antidot | Kamil | TV3 | ||
2014–2015 | Bercakap Dengan Jin | Astro Mustika HD | ||
2015 | Stella | Ally | TV9 | |
Rubber Band | Aidan | TV3 | ||
Padamu Aku Bersujud | Khairi | |||
Angin Syurga | TV2 | |||
Ayuni Safira | TV9 | |||
Flora Rimba | TV Okey | |||
2016 | Lara Terindah | Ali | TV3 | |
7 Hari Mencintaiku | Zaidi | |||
2020 | 7 Hari Mencintaiku | |||
2022 | 7 Hari Mencintaiku 3 |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Adiguru | ||
2012 | Nur Iman | ||
2013 | Janji Hati | ||
Muat Tak Muat | |||
2016 | Isteriku Miss Sally | ||
2020 | Aku Bukan Syurgamu | ||
2022 | Aida Adha | Adha | TV1 |
Selamat Hari Jadi Abah | TV Okey |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2010 | Pilih Kasih (Musim 2) | Dirinya sendiri/Peserta | TV2 |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2011 | Pilih Kasih | — | Finalis |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Nurfarahana Mohamed (3 September 2015). Tak menyesal tumbuk Asfan Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 September 2015.
- ^ Aqmar Mustaza (25 November 2017). "'Rempit Sampai Langit' mencuit hati". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Disember 2017.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Bil Azali di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Bil Azali di Instagram