Pergi ke kandungan

Ratu Ijau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ratu Hijau (Thai: รายาฮิเยา) adalah seorang ratu Melayu Patani yang bertakhta dari 1584-1616. Baginda adalah anak perempuan sulung Sultan Mansur Shah Patani.

Perarakan Ratu Hijau Patani pada tahun 1602, dengan 4,000 askar dan 156 gajah berhias.

Menurut pembabad Portugis Mendez Pinto, baginda menaiki tahta pada 1584 sebagai seorang adik perempuan pada raja Patani yang telah dibunuh selepas dua puluh tahun pemerintahan yang tidak stabil. Baginda juga dikenali sebagai 'ratu hebat Patani'. Menurut tulisan Jacob van Neck pada 1604, dia melaporkan sebuah negara yang secara relatif aman dan kaya di bawah Ratu Hijau, "seorang yang pandai berdiplomasi dengan para saudagar". Monarki Melayu di bawah pemerintahannya menyerap pelbagai para pedagang asing ke dalam elit poliglot disatukan oleh pemerintah beraja itu, lingua franca bahasa Melayu, dan corak peraturan dan alat kebesaran suci yang diwarisi dari istana seperti Melaka dan Pasai. Kebanyakan para saudagar dikatakan saudagar Cina, yang mana termasyhur daripada mereka, seperti pegawai dagang utama Datu Sirinara, telah masuk Islam dan mengamalkan etiket mahkamah Melayu. Baginda digantikan oleh adik perempuannya Ratu Biru.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • A. Teeuw & D. K. Wyatt. Hikayat Patani: The Story of Patani. Bibliotheca Indonesica, 5. The Hague: Martinus Nijhoff, 1970.
  • Ahmad Fathy al-Fatani. Pengantar Sejarah Patani. Alor Setar: Pustaka Darussalam, 1994.
  • Wayne A. Bougas. The Kingdom of Patani: Between Thai and Malay Mandalas. Occasional Paper on the Malay World, no. 12. Selangor: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1994.