Rashid Redza Md Salleh
Penampilan
Sahibus Samahah Datuk Seri Haji Rashid Redza Md Salleh D.C.S.M., D.M.S.M., J.S.M. | |
---|---|
Mufti Negeri Melaka | |
Dalam jawatan 1996–2011 | |
Dilantik oleh | Yang di-Pertua Negeri Melaka |
Didahului oleh | Datuk Sheikh Haji Md. Yunos Haji Mohd Yatim |
Digantikan oleh | Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1950 |
Pasangan | Zoriah Mohamad |
Datuk Seri Haji Rashid Redza Md Salleh ialah Mufti Negeri Melaka yang berkhidmat pada 1996 hingga 2011. Beliau telah terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Melaka pada 2011. Beliau mula berkhidmat di Jabatan Agama Islam Melaka sejak 1982[1].
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Beliau merupakan anak ketiga daripada lima beradik. Bapa kepada lima cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Datin Wira Zoriah Mohamad, adalah graduan dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]- Malaysia
- Johan Setia Mahkota (J.S.M.) (2009)
- Melaka
- Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) - Datuk Seri (2003)
- Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) - Datuk (1997)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Mufti Melaka Tokoh Maal Hijrah 1433H Negeri Melaka". mStar. 28 November 2011. Dicapai pada 4 Oktober 2021.