Rama-rama tebuan
Rama-rama tebuan | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Arthropoda |
Kelas: | Insecta |
Order: | Lepidoptera |
Keluarga: | Sesiidae |
Genus: | Sesia |
Spesies: | S. apiformis
|
Nama binomial | |
Sesia apiformis (Clerck, 1759)
| |
Sinonim | |
|
Rama-rama tebuan (Sesia apiformis) ialah rama-rama yang besar di mana bentuk fizikalnya seakan-akan tebuan, namun ia tidak berbahaya.
Pengecaman
[sunting | sunting sumber]Rama-rama tebuan mudah dikelirukan dengan tebuan sebenar dan rama-rama tebuan bulan. Rama-rama ini sebesar tebuan malah tingkah lakunya serupa dengan apa yang dilakukan tebuan yakni terbang tersentak-sentak apabila diganggu tetapi ia mempunyai lebih warna kuning dan tiada pinggang di antara abdomen dan toraks. Rama-rama tebuan bulan pula memiliki warna kuning yang sedikit pada kepala dan bahu dan berkolar hitam, tidak seperti rama-rama tebuan yang berkolar kuning.
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Rama-rama tebuan memiliki rentang sayap berukuran antara 33 hingga 48 mm dan kepak hadapan antara 17 hingga 21 mm.[1][2] Ia terbang pada pertengahan bulan Jun hingga Julai, kadangkala hingga Ogos dan boleh ditemui di bawah batang pokok Hawar seawal pagi.
Jangka hayat
[sunting | sunting sumber]Kemandirian musim sejuknya sebagai larva adalah sekali dan kadangkala dua kali, selepas berada dalam kepompong bagi musim sejuk seterusnya. Rama-rama tebuan dewasa sering dijumpai pada pokok poplar berturut-turut selepas kemunculannya. Rama-rama tebuan betina pula bertelur di pangkal pokok poplar, makanan bagi larva. Larva menetas dan hanya makan di bawah permukaan kulit kayu, berhampiran tanah atau di bawahnya seperti akar.[3] Lubang keluar selalunya dilihat berdekatan pangkal pokok poplar dan mungkin terdapat kelongsong kepompong di situ.
Habitat
[sunting | sunting sumber]Ia ditemukan di taman, tumbuhan pagar, balapan golf, kuari, tanah paya, pinggir ladang dan tepi tasik. Pokok dalam habitat terbuka yang dikelilingi dengan sedikit tumbuh-tumbuhan merupakan kesukaannya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "UKMoths: Hornet Moth Sesia apiformis". UKMoths.org. Dicapai pada 14 September. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ "The Moths of Suffolk: Sesia apiformis". Dicapai pada 14 September. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ "Sesia apiformis (Clerck, 1759)". Dicapai pada 14 September. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Rama-rama tebuan. |