Pergi ke kandungan

Puyuh semak bebatuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Puyuh semak bebatuan
Sepasang puyuh semak bebatuan.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. argoondah
Nama binomial
Perdicula argoondah
(Sykes, 1832)

Puyuh semak bebatuan (Bahasa Inggeris: rock bush quail) adalah salah satu daripada burung yang terdapat di semenanjung India. Nama saintifiknya ialah Perdicula argoondah. Puyuh semak ini adalah spesies umum dengan taburan yang luas dan ditandakan "sedikit bimbang" oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN).[1][2]

Taksonomi dan sistematik

[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga subspesies dikenal pasti:

  • P. a. argoondah dijumpai dari Madhya Pradesh mengarah ke selatan ke Tamil Nadu
  • P. a. meinertzhageni dijumpai di barat laut India
  • P. a. salimalii dijumpai di India Selata di bahagian Karnataka.

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Puyuh semak ini ditemui dalam kawanan kecil dan dikesan hanya ketika mereka tiba-tiba bertempiar terbang dalam kawanan keluar dari tempat memagut. Puyuh semak ini ialah haiwan berdarah panas dengan 17.0–18.4 cm panjang dan 64–85 g berat. Sayap dan tubuhnya diselubungi oleh bulu pelepah berwarna perang berlorek dan berbintik dengan warna yang lebih gelap.[3] Burung ini mempunyai paruh tanpa gigi dan bunyi kicauan yang diikuti urutan tanda mencicip yang pangkalnya senyap dan tambah membingar.[4]

Kawanan di Rajkot

Puyuh semak bebatuan adalah jenis puyuh tempatan di sebahagian barat India dan dikenali selaku spesies bukan berpindah-randah. Burung ini ditemui di kawasan gersang dengan perumputan kecil dan semak berduri, jarang-jarang ditemukan pada ketinggian di atas 600 m (2,000 ka).

Pengekalan

[sunting | sunting sumber]

Burung puyuh ini mempunyai taburan yang luas dan umum di beberapa bahagian taburan tersebut. Walaupun populasinya belum dianggarkan bilangannya, burung ini mungkin akan berkurang perlahan-lahan lantaran dijadikan tumpuan perburuan dan kehilangan tempat tinggal.

Subspesies

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Aneka macam jenis burung puyuh". Blogger. peternak Puyuh. 2015.
  2. ^ "Rock Bush Quail". Encyclopedia of Life. Smithsonian Institution’s National Museum of Natural History. 2014.
  3. ^ Hume, A.O.; Marshall, C.H.T. (1880). Game Birds of India, Burmah and Ceylon. II. Calcutta: A.O. Hume and C.H.T. Marshall. m/s. 122.
  4. ^ McGowan, P.J.K.; Boesman, P. (1994). Rock Bush-quail (Perdicula argoondah). In: del Hoyo, J., Elliott, A., Sargatal, J., Christie, D.A. & de Juana, E. (eds.) (2014). Handbook of the Birds of the World Alive. Lynx Edicions, Barcelona. Didapat kembali 2 Ogos 2015

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z