Pergi ke kandungan

Putat talang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Putat talang
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Ericales
Keluarga: Lecythidaceae
Genus: Barringtonia
Spesies:
B. macrostachya
Nama binomial
Barringtonia macrostachya
Sinonim[1]
Senarai
  • Baranda angatensis Llanos
  • Barringtonia acuminata Korth.
  • Barringtonia annamica Gagnep.
  • Barringtonia balabacensis Merr.
  • Barringtonia cochinchinensis (Blume) Merr. ex Gagnep.
  • Barringtonia craibiana R.Knuth
  • Barringtonia cylindrostachya Griff.
  • Barringtonia fusicarpa Hu
  • Barringtonia isabelaensis R.Knuth
  • Barringtonia moluccana R.Knuth
  • Barringtonia olivacea R.Knuth
  • Barringtonia pendens R.Knuth
  • Barringtonia wallichiana R.Knuth
  • Careya macrostachya Jack
  • Doxomma acuminatum (Korth.) Miers
  • Doxomma cochinchinense (Blume) Miers
  • Doxomma cylindrostachyum (Griff.) Miers
  • Doxomma macrostachyum (Jack) Miers
  • Michelia acuminata (Korth.) Kuntze
  • Michelia macrostachya (Jack) Kuntze
  • Stravadium acuminatum (Korth.) Blume
  • Stravadium cochinchinense Blume

Putat hutan (Barringtonia macrostachya)[2] ialah spesies tumbuhan daripada genus Barringtonia. Ia turut dikenali sebagai putat bukit, putat bukit putih, putat darah, putat darat, putat gajah, putat putih, putat talang dan putat utan.[2][3]

Ia tumbuh menjadi renek atau pohon yang mencapai tinggi 30 meter (100 ka), dengan garis pusat batang mencapai 95 sentimeter (37 in). Kulit kayunya perang, kuning kehijauan, perang keabuan atau perang berbelak kelabu. Buahnya obovoid, mencapai panjang 9 cm (4 in). Epitet spesifik macrostachya adalah daripada bahasa Yunani yang bermaksud "duri besar", merujuk kepada perbungaannya. Habitatnya ialah hutan paya dan sungai, dari paras laut hingga ketinggian 1,300 meter (4,300 ka).

Kegunaannya dalam perubatan tempatan pula termasuklah rawatan kurap, sakit mata, dan sakit perut. B. macrostachya pernah digunakan sebagai racun ikan. Ia dijumpai di China, Burma, Thailand, Vietnam, Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina.[4]

  1. ^ a b "Barringtonia macrostachya". The Plant List. Dicapai pada 26 Ogos 2013.
  2. ^ a b "putat". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Barringtonia macrostachya. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/23788. [Didapatkan kembali 2 Julai 2024].
  4. ^ Pinard, Michelle A. (April 2002). "Barringtonia macrostachya (Jack) Kurz". Dalam Soepadmo, E.; Saw, L. G.; Chung, R. C. K. (penyunting). Tree Flora of Sabah and Sarawak. (free online from the publisher, lesser resolution scan PDF versions). 4. Forest Research Institute Malaysia. m/s. 115–116. ISBN 983-2181-27-5. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 September 2013. Dicapai pada 26 Ogos 2013.