Pergi ke kandungan

Pulau Saparua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saparua
Kedudukan Saparua
Geography
LocationAsia Tenggara
ArchipelagoKepulauan Maluku
Area168.1 km2 (64.9 bt2)
Highest elevation360 m (1,180 ft)
Highest pointTakuku
Administration
ProvinsiMaluku
KabupatenMaluku Tengah
Demographics
Population36,022 (Bancian 2020)
Pop. density214.3 /km2 (555 /sq mi)

Pulau Saparua ialah sebuah pulau di timur Pulau Ambon di Maluku, Indonesia; Pulau Haruku pula terletak di antara Saparua dan Ambon. Pelabuhan utama terletak di selatan, di Kota Saparua. Pulau Maolana terletak berhampiran sebelah barat daya dan Nusa Laut di hujung tenggaranya.[1]

Saparua ditadbir sebagai kecamatan tunggal dalam Kabupaten Maluku Tengah, tetapi pada 2012, sebuah kecamatan tambahan, Saparua Timur, telah dibentuk dari semenanjung timur daerah asal. Kota Saparua ialah pusat pentadbiran daerah sisa asal, dengan Tuhaha adalah pusat pentadbiran kecamatan baharu.

Pulau ini (termasuk Maolana) merangkumi keluasan 168.1 km2, dengan populasi 32,312 berdasarkan bancian 2010,[2] dan 36,022 pada 2020.[3] Warga Saparua bertutur bahasa Saparua, serta bahasa Indonesia dan bahasa Melayu Ambon.[4]

  1. ^ Prostar Sailing Directions 2004 New Guinea Enroute. ProStar Publications. 2004. m/s. 47. ISBN 978-1-57785-569-9.
  2. ^ Indonesia - Maluku Census
  3. ^ Badan Pusat Statistik, Jakarta, 2021.
  4. ^ Saparua - Ethnologue

Koordinat: 3°34′30″S 128°38′49″E / 3.57493°S 128.647°E / -3.57493; 128.647