Procter & Gamble
Nama asli | Procter & Gamble |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Awam |
Didagangkan sebagai | |
ISIN | US7427181091 |
Industri | Barang pengguna |
Ditubuhkan | 31 Oktober 1837 |
Pengasas | |
Ibu pejabat | Cincinnati, Ohio, U.S. |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting |
|
Keluaran | |
Jenama | Lihat senarai jenama Procter & Gamble |
Hasil | ▲ US$82.01 billion (2023) |
Pendapatan kendalian | ▲ US$18.13 billion (2023) |
Pendapatan bersih | ▼ US$14.65 billion (2023) |
Jumlah aset | ▲ US$120.8 billion (2023) |
Jumlah ekuiti | ▲ US$47.07 billion (2023) |
Bilangan kakitangan | 107,000 (2023) |
Anak syarikat |
|
Tapak web | pg |
Catatan kaki/rujukan | |
Financials setakat Jun 30, 2023[kemas kini].[1] | |
sunting · sunting di Wikidata |
Procter & Gamble Co. (P&G; tulisan Jawi: ڤروکتر & ݢيمبل; NYSE: PG) ialah sebuah perbadanan multinasional Amerika Syarikat dan pengeluar beraneka barangan pengguna yang bertapak di Cincinnati, Ohio. P&G menduduki tangga kedua syarikat dunia (di bawah Unilever).[2][3] P&G banyak disanjungi kerana inovasi-inovasi perniagaannya termasuk pengurusan jenama, drama lipur lara, dan "Connect & Develop".
Menurut syarikat Nielsen, pada tahun 2007, P&G paling banyak berbelanja untuk pengiklanan di AS di kalangan semua syarikat-syarikat; perbelanjaannya sebanyak $2.62 bilion itu hampir dua kali ganda perbelanjaan iklan General Motors yang berada di tangga kedua dalam senarai Nielsen.[4]P&G menjadi penyumbang jenama terbanyak dalam Festival Pengiklanan Antarabangsa Cannes Lions 2008.[5]
Operasi
[sunting | sunting sumber]Bermula 1 Julai 2007, operasi syarikat P&G terbahagi kepada tiga "Global Business Units", yang mana setiap satunya terbahagi kepada "Business Segments," menurut keluaran hasil pendapatan syarikat pada Jun 2007.
- Beauty Care
- Beauty segment
- Grooming segment
- Household Care
- Baby Care and Family Care segment
- Fabric Care and Home Care segment
- Health & Well-Being
- Health Care
- Snacks, Coffee and Pet Care
Jenama Procter & Gamble
[sunting | sunting sumber]23 jenama P&G bernilai lebih sebilion dolar dari segi jualan tahunan bersih sementara 18 lagi mencatat jualan antara $500 juta dan $1 bilion.
Jenama berbilion dolar
- Always/Whisper: produk kebersihan wanita, termasuk maxi pad, pantiliner (kadang-kadang bergelar Alldays), dan feminine wipe, keluaran Procter & Gamble. Lihat juga laman web jenama; cap dagang berkaitan: Ultra Thins; Flexi-Wing; Maxis; Alldays; CleanWeave.
- Ariel: serbuk/cecair cucian yang terdapat dalam beraneka bentuk dan wangian.
- Actonel: ubat Osteoporosis Risedronate yang dipasarkan bersama Sanofi-Aventis
- Bounty: kertas lap yang dijual di AS, Kanada dan United Kingdom
- Braun: pengeluar kelengkapan kecil yang khusus membuat pencukur elektrik, alat pembuat kopi, pembakar roti, dan mesin pengisar
- Crest: ubat gigi
- Dawn: bahan cucian pinggan mangkuk
- Downy/Lenor: pelembut kain
- Duracell: bateri dan lampu suluh
- Gain: bahan cucian pakaian dan pelembut kain
- Gillette: pisau cukur keselamatan
- Head & Shoulders: jenama syampu
- High Endurance: deodoran Old Spice
- Ivory: sabun
- Nice 'n Easy: pewarna rambut
- Olay: produk penjagaan kulit wanita
- Oral-B: berus gigi
- Pampers: lampin pakai buang
- Pantene: produk penjagaan rambut
- Prilosec OTC: jenama ubat pedih hulu hati dipasarkan bersama AstraZeneca.
- Puffs: tisu muka
- Secret: deodoran
- Tide: bahan cucian pakaian
- Vicks:perubatan atas meja
- Wella: penjagaan rambut (syampu, perapi, penggayaan, pewarna rambut).
Pengilangan
[sunting | sunting sumber]Procter & Gamble mengilangkan produk-produknya di serata dunia Operasi pengilangannya bertapak di rantau-rantau berikut:
- Amerika Syarikat
- Kanada
- Amerika Latin
- Eropah
- China (31 kilang milik mutlak) dan tempat lain di Asia
- Afrika
Terbitan dan tajaan
[sunting | sunting sumber]Terbitan
[sunting | sunting sumber]Procter & Gamble pernah memiliki sebuah syarikat penerbitan rancangan TV, Procter & Gamble Productions (PGP), yang kini sudah dijual kepada TeleNext Media, Inc pada pertengahan tahun 2008.
Procter & Gamble menerbitkan dan menaja drama-drama radio lipur lara terawalnya pada awal 1930-an (Procter & Gamble yang terkenal kerana bahan cuciannya, mungkin menjadi asal-usul istilah "soap opera"). Apabila televisyen makin popular pada 1950-an dan 1960-an, kebanyakan siri TV baru turut diterbitkan dan ditaja syarikat ini. Dua siri terbitannya iaitu As the World Turns dan Guiding Light, masih bersiaran hari ini dan diterbit oleh TeleNext bagi pihak Procter & Gamble. Siri The Young and the Restless juga ditaja oleh keluaran Procter & Gamble, di samping drama waktu siang yang lain.
Antara terbitan Procter & Gamble terdahulu termasuk:
- Another World
- Lovers and Friends
- The Brighter Day
- The Catlins
- Down to Earth
- Our Private World
- The Edge of Night
- The First Hundred Years
- For Richer, for Poorer
- From These Roots
- Search for Tomorrow
- Somerset
- Texas
- Young Doctor Malone
Procter & Gamble juga merupakan syarikat pertama yang menerbitkan dan menaja rancangan waktu perdana, iaitu keluaran sampingan drama lipur lara waktu siang As the World Turns iaitu Our Private World pada tahun 1965. PGP juga pernah menerbitkan siri Shirley, sebuah siri waktu perdana di rangkaian NBC yang dibintangi Shirley Jones, yang bertahan selama 13 episod pada tahun 1979. PGP juga menerbitkan siri komedi asli pertama rangkaian TBS bertajuk Down to Earth, yang bertahan dari tahun 1984 hingga 1987 (iaitu selama 110 episod), dan juga siri komedi bersindiket yang berjudul Throb. Procter & Gamble Productions asalnya menerbitkan Dawson's Creek bersama Sony Pictures Television tetapi menarik diri sebelum tayangan perdana siri tersebut gara-gara ulasan awal oleh media. PGP juga menerbitkan telefilem A Triumph of the Heart: The Ricky Bell Story bersama The Landsburg Company pada tahun 1991.
Selain hasil penerbitan sendirinya, Procter & Gamble juga menyokong banyak telenovela berbahasa Sepanyol di AS melalui pengiklanan di rangkaian Univision, Telemundo, Telefutura, Azteca dan lain-lain lagi. Procter & Gamble merupakan salah sebuah pengiklan arus perdana terawal dalam Tv berbahasa Sepanyol pada pertengahan 1980-an.
Tajaan
[sunting | sunting sumber]Procter & Gamble menjadi penaja Piala Thomas & Uber 1988 dan Kejohanan Badminton Sedunia 1997 - 1999.
Procter & Gamble menjadi penaja Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1984 (bersama Bank Islam).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "P&G Co. 2023 Annual Report (Form 10-K)". U.S. Securities and Exchange Commission. August 4, 2023.
- ^ CNN Fortune ranking
- ^ America's Most Admired Companies 2007: Top 20 - FORTUNE
- ^ The Nielsen Company Issues Top Ten U.S. Lists For 2007, daripada laman web Nielsen Company
- ^ "Cannes". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-15. Dicapai pada 2008-11-09.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Procter & Gamble |
- (Inggeris) pg.com: Laman web Procter & Gamble
- (Inggeris) Science-in-the-Box, rencana yang membongkarkan "sains di sebalik keluaran P&G"
- (Inggeris) "The truth about Iams" Diarkibkan 2008-10-06 di Wayback Machine (iamstruth.com, sebuah laman Procter & Gamble)
- (Inggeris) Procter & Gamble's Environmental Quality Policy and Perspective