Pergi ke kandungan

Lampu suluh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rubber-covered aluminum tube, reflector and lamp at left side
Lampu suluh diod pemancar cahaya
Rectangular battery box with large round reflector; carrying handle on top of box
Lampu suluh dengan pemantul besar.

Lampu suluh (Jawi: لمڤو سولوه) atau pelita picit (Per., Pat., Men.[1]) adalah lampu elektrik tangan mudah alih. Cahaya yang dihasilkan lampu ini biasanya brersumberkan mentol lampu pijar atau diod pemancar cahaya. Lampu jenis ini terdiri dari satu mentol lampu yang dipasangkan dalam sebuah pemantul, penutup lutsinar (kadangkalanya digabungkan bersama kanta) untuk melindungi sumber cahaya dan pemantul, bateri, dan suis; kesemua komponen ini disokong dan dilindungi dalam sebuah perumah.

Penciptaan sel kering dan lampu mentol elektrik pijar memungkinkan terhasilnya lampu suluh berkuasa bateri pertama sekitar tahun 1899. Hari ini kebanyakan lampu suluh hari ini menggunakan lampu pijar atau diod pemancar cahaya dan dikuasai bateri pakai buang atau boleh dicas semua. Ada juga sesetengah model yang dikuasai oleh engkol tangan, goncangan, dan panel suria untuk mengecas semula bateri.

Di samping lampu suluh tangan umum tangan, terdapat banyak reka bentuk lampu yang telah disesuaikan untuk kegunaan khas. Lampu suluh yang dipasangkan pada kepala atau topi keledar contohnya direka untuk kemudahan pelombong dan aktiviti perkhemahan. Ada juga jenis lampu suluh yang boleh digunakan dalam air atau di kawasan beratmosfera mudah terbakar. Lampu ini digunakan sebagai sumber cahaya ketika berada di tempat tanpa kuasa elektrik.

Penggunaan

[sunting | sunting sumber]
Lingkungan lumen lampu suluh[2]
Lumen

(lingkungan)

Jenis Pemakaian
1-20 Rantai kunci Mencari lubang kunci, penggunaan jarak dekat, tambahan kepada nampak gelap (night vision), berjalan dalam gelap
30 hingga 100 Tujuan umum Penggunaan dalam rumah, pembaikan kereta, kembara hutan, eksplorasi gua
100 dan ke atas Taktikal Dipasangkan pada senjata untuk tujuan membidik
200 dan ke atas Lampu basikal depan Bergantung pada kelajuan, keadaan jalan dan pencahayaan persekitaran
1000 ke atas Berkuasa tinggi Kegunaan luar rumah, operasi mencarian dan menyelamat dalam gua, "orienteering", menaiki basikal berkelajuan tinggi, menyelam
  1. ^ Lihat pada lajur dialek berkenaan terlampir dalam Phaiboon Duangchan (2006). "Glossary of Aslian languages, the northern Aslian languages of Southern Thailand". Mon-Khmer Studies. Mahidol University. 36: 219.
  2. ^ A Flashaholic's Guide to LED Flashlights, www.