Portal:Muhyiddin Yassin/Tahukah anda
Penampilan
…bahawa beliau dilahirkan pada tahun 1947 dari kalangan 47 orang adik-beradik sebapa tetapi berlainan ibu.
…bahawa ibu Mohd Najib Abdul Razak berasal dari Muar seperti mana ibu beliau.
…bahawa Abdul Ghani Othman pernah bersekolah bersama beliau di Sekolah Tinggi Muar.
…bahawa Anwar Ibrahim dilahirkan pada tahun yang sama dengan beliau dan menuntut di universiti yang sama, iaitu Universiti Malaya.
…bahawa hanya beliau dan abangnya, Abdul Aziz Yassin terlibat dalam politik Malaysia dalam keluarga besarnya dan menjadi Ahli Parlimen dengan masing-masing mewakili Pagoh dan Muar.
…bahawa kawasan Parlimen Mohd Najib Abdul Razak bermula dengan huruf P sama dengan beliau, iaitu Pekan bagi Mohd Najib Abdul Razak dan Pagoh bagi beliau.
…bahawa kawasan Parlimen Mohd Najib Abdul Razak mengandungi 5 huruf sama dengan beliau, iaitu Pekan bagi Mohd Najib Abdul Razak dan Pagoh bagi beliau.
…bahawa beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-10 dari kalangan 10 orang adik-beradik seibu dan sebapa beliau.
…bahawa Anwar Ibrahim adalah Ketua Pembangkang Malaysia yang sama usia dengan beliau sebagai Ketua Kerajaan Malaysia.
…bahawa Abdul Hadi Awang adalah selaku Presiden Parti Islam Se-Malaysia yang dilahirkan pada tahun yang sama dengan beliau selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia iaitu pada tahun 1947 yang merupakan para pimpinan utama parti-parti utama dalam gabungan Parti Perikatan Nasional.
…bahawa beliau adalah ahli politik Malaysia terakhir yang dilahirkan pada tahun 1947 di zaman Tanah Melayu British ketika Malayan Union ditubuhkan yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, manakala Mohd Najib Abdul Razak adalah ahli politik Malaysia pertama yang dilahirkan pada tahun 1953 di zaman Persekutuan Tanah Melayu yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.
…bahawa beliau adalah antara ahli politik Malaysia yang pernah menganggotai Kabinet Malaysia dalam barisan kerajaan yang diketuai oleh pemimpin dari parti gabungan berbeza, iaitu kerajaan Barisan Nasional, kerajaan Pakatan Harapan dan kerajaan Perikatan Nasional.
…bahawa pengganti beliau, Ismail Sabri Yaakob menggunakan gelaran Yang Amat Berhormat buat kali yang pertama setelah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-13 seperti mana beliau menggunakan gelaran Yang Amat Berhormat buat kali yang pertama setelah dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-13 di Malaysia.
…bahawa beliau adalah bekas pemimpin atasan kedua selepas Mahathir Mohamad dari Barisan Nasional dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang dipecat dari parti, dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika berada dalam parti yang berlainan.
…bahawa beliau adalah ahli politik Malaysia pertama yang pernah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan memegang kerusi di Dewan Rakyat Malaysia sebagai Ahli Parlimen Pagoh dan kerusi di Dewan Negeri Johor sebagai Ahli Dewan Negeri Gambir dalam penggal yang sama.
…bahawa beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan merupakan anak ke-8 dari kalangan 10 orang adik-beradik seibu dan sebapa beliau.
…bahawa beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang paling singkat tempoh memegang jawatan setakat 16 Ogos 2021, iaitu selama 1 tahun, 5 bulan dan 1 hari bermula dari 1 Mac 2020 lalu.
…bahawa beliau telah berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun ke-35 menganggotai Dewan Rakyat Malaysia sebagai Ahli Parlimen Pagoh dan telah meletakkan jawatan pada pada tahun ke-36 berada dalam Dewan Rakyat Malaysia sebagai Ahli Parlimen Pagoh, manakala pengganti beliau, Ismail Sabri Yaakob, telah berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun ke-18 menganggotai Dewan Rakyat Malaysia sebagai Ahli Parlimen Bera.