Portal:Kereta api
Dalam pengangkutan rel, kereta api atau tren terdiri daripada beberapa kenderaan bersambung yang bergerak di sepanjang landasan bagi membawa orang atau barangan angkut. Kereta api kebiasaanya ditarik atau ditolak oleh lokomotif (selalunya dikenali sebagai "enjin"), walaupun sesetengah daripadanya menggunakan sistem dorong diri seperti unit berbilang/berganda.
Kebanyakkan perkhidmatan kereta api dikendalikan di atas landasan konvesional yang diperbuat daripada keluli dengan reka bentuk tolok atau jarak antara rel yang berbeza. Sesetengah perkhidmatan turut menggunakan sistem monorel (yang berasaskan landasan alang tunggal) atau maglev (yang menggunakan daya elektromagnet).
Kuala Lumpur Sentral (juga dikenali sebagai KL Sentral atau Stesen Sentral Kuala Lumpur) adalah sebuah kawasan pembangunan transit yang menempatkan stesen kereta api utama di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. KL Sentral dibuka pada 16 April 2001 untuk mengambil alih peranan stesen kereta api Kuala Lumpur lama, sebuah mercu tanda zaman penjajahan yang masih dibuka untuk kereta api komuter sahaja. KL Sentral merupakan stesen kereta api terbesar di Asia Tenggara sewaktu pembukaanya ketika itu.
Stesen ini direka sebagai sebuah hab pengangkutan "antara-modus" (melibatkan pelbagai jenis pengangkutan). Kebanyakan khidmat pengangkutan gerabak di Kuala Lumpur mengampil penumpang di KL Sentral, begitu juga dengan perkhidmatan kereta api antarabandar yang menyusuri Semenanjung Malaysia dan Singapura. Projek KL Sentral sebenarnya masih belum lengkap sepenuhnya semasa dibuka, biar pun prasarana stesen kereta api sudah sedia namun masih menunggu penyiapan bahagian-bahagian lain seperti pusat beli-belah, pejabat dan rumah pangsa yang dijangka siap pada tahun 2015. (Rencana penuh...)
Lokomotif Union Pacific 844 milik Union Pacific Railroad di Painted Rocks, Nevada, A.S. Gambar ini diambil pada 15 April 2009. (Kredit gambar oleh Drew Jacksich di Flickr; disunting oleh Bruce1ee) |