Portal:Hal semasa di Timur Tengah/2013
Penampilan
2013
[sunting sumber]- 24 November - Iran menyetujui perjanjian sementara dengan negara P5+1, mengehadkan program nuklearnya sebagai balasan pelonggaran sekatan.
- 2 November - Kelab bola sepak Al-Kuwait menjuarai Piala AFC 2013.
- 29 Oktober - Terowong kereta api Marmaray (gambar) di bawah Bosporus dibuka, menghubungkan bahagian Eropah dan Asia Turki.
- 18 Oktober - Arab Saudi, Chad, Chile, Lithuania dan Nigeria terpilih ke Majlis Keselamatan PBB, namun Arab Saudi menolaknya.
- 20 September - Syria menyerahkan data berkenaan senjata kimianya kepada Pertubuhan Larangan Senjata Kimia.
- 3 Julai - Presiden Mesir Mohammed Mursi (gambar) digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera di tengah-tengah bantahan meluas.
- 25 Jun - Amir Qatar Syeikh Hamad bin Khalifa Al Thani menyerahkan kuasa kepada puteranya Tamim bin Hamad Al Thani.
- 16 Jun - Hassan Rouhani terpilih sebagai Presiden Iran yang baharu, menggantikan Mahmoud Ahmadinejad.
- 2 Jun - Rami Hamdallah dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin, menggantikan Salam Fayyad.
- 24 April - Menara masjid abad ke-11 Masjid Agung Aleppo di Aleppo, musnah dalam perang saudara Syria.
- 16 April - Satu gempa bumi bermagnitud 7.8 melanda Sistan dan Baluchestan, yang terkuat di Iran buat 40 tahun.
- 1 Februari - Syria melaporkan serangan udara Israel terhadapnya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mengancam akan bertindak balas.
- 22 Januari - Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib bin Abdul Razak melawat Gaza.