Pergi ke kandungan

Portal:Fairy Tail/Pengenalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fairy Tail (フェアリーテイル, Fearī Teiru) ialah manga daripada mangaka Hiro Mashima. Sirinya bermula di Majalah Shōnen sejak 23 Ogos 2006. Sejak 15 Disember 2006, setiap episod Fairy Tail telah dibukukan dan jilid ke-37 telah dikeluarkan pada 20 April 2013. Fairy Tail ini mengisahkan pengembaraan Lucy Heartfilia, seorang ahli sihir (魔導士, madōshi) remaja yang menyertai persatuan ahli sihir dan mewujudkan kumpulan diantara ahli persatuan itu iaitu Natsu Dragneel yang sedang mencari naga bernama Igneel.

Versi anime dihasilkan oleh A-1 Pictures dan Satelight telah menayangkan 175 buah episod siri televisyen di saluran TV Tokyo sejak 2009. Di Malaysia, anime disiarkan pada hari Ahad pukul 10:30 pagi di Ntv7, juga bersiaran di Animax saluran Astro 715 sejak 2010 hingga 2013 sebanyak tiga musim, dan juga bersiaran di 8tv setiap hari Sabtu pada pukul 3 petang. Studio A-1 Pictures juga telah menghasilkan empat animasi video original (OVA) dan filem animasi, Fairy Tail the Movie: The Phoenix Priestess, dan OVA yang ke-5 untuk sekuel pendek selepas filem animasi. Siri Fairy Tail sebenarnya telah tamat pada episod 175 di Jepun (30 Mac 2013). Walaubagaimanapun sehari selepas tamat episod, Hiro Mashima pelukis manga ini mengisytiharkan dalam Twitternya bahawa Fairy Tail akan disiarkan semula mulai Episod 1 di TV Tokyo 6 dan bertajuk Fairy Tail Best! pada 4 April 2013 dan ditayangkan pada setiap hari Khamis pukul 5.30 petang.