Fairy Tail the Movie: Phoenix Priestess
Fairy Tail: Priestess of the Phoenix | |
---|---|
Pengarah | Masaya Fujimori |
Lakon layar | Masashi Sogo |
Berdasarkan | Fairy Tail oleh Hiro Mashima |
Dibintangi | |
Sinematografi | Yosuke Akimoto |
Disunting oleh | Akinori Mishima |
Muzik oleh | Yasuharu Takanashi |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shochiku |
Tarikh tayangan | (Jepun) 18 Ogos 2012 |
Masa tayangan | 86 minit |
Negara | Jepun |
Bahasa | Jepun |
Pecah panggung | RM 2,460,841.16[1] (Jepun) |
Fairy Tail the Movie: Phoenix Priestess (劇場版 FAIRY TAIL 鳳凰の巫女 , Gekijōban Fearī Teiru: Hōō no Miko) adalah filem aksi fantasi tahun 2012 berdasarkan siri manga shōnen dan anime Fairy Tail oleh Hiro Mashima.[2] Ia diarahkan oleh Masaya Fujimori, dan lakon layar ditulis oleh penulis anime Masashi Sogo, manakala Mashima terlibat dalam perancangan cerita dan rekaan watak.[3] Pelakon suara asal siri televisyen membintangi filem ini ialah Tetsuya Kakihara, Aya Hirano, Rie Kugimiya, Yūichi Nakamura, Sayaka Ōhara, Satomi Satō, dan Yui Horie. Filem ini juga menampilkan Aya Endō sebagai rahib perempuan bernama Eclair dan Mika Kanai sebagai peneman berupa burung Momon. Filem ini disiarkan di Jepun pada 18 Ogos 2012, dan diedarkan dalam bentuk Blu-ray di Amerika Selatan pada 10 Disember 2013. Animax Asia telah menayangkan filem ini pada 7 Jun 2014.
Plot Cerita
[sunting | sunting sumber]Filem ini dimulakan dengan pengenalan Kampung Api yang dikucar-kacirkan oleh segerombolan tentera. Éclair, rahib perempuan dari kampung itu, sempat dilarikan oleh seorang rahib lelaki tua yang mana lelaki ini cedera parahdan memberikan kepada Éclair satu daripada Batu Garuda disamping tentera mendapat sebahagian yang lain.
Filem ini beralih kepada ahli Fairy Tail, Lucy Heartfilia, Natsu Dragneel, Happy, Gray Fullbuster, Erza Scarlet, Wendy Marvell, dan Carla yang gagal dalam penangkapan ketua penyamun. Dalam perjalan pulang, Lucy bertembung dengan Eclair teman yang seakan burung iaitu Momon. Eclair pengsan dan Lucy membawanya ke ruang dewan Fairy Tail untuk diubati. Carla mendapat bayangan bahawa Eclair akan memasuki Hutan Boundary yang dipenuhi rasaksa. Lucy dan yang lain menawarkan diri untuk menemani Eclair sebagai langkah berjaga-jaga, menyebabkan Éclair agak kurang bersetuju. Mereka diserang oleh ahli persatuan gelap, Carbuncle iaitu Chase yang diupah oleh Pemerintah Veronica, Putera Kriem yang memiliki sebahagian Batu Garuda, untuk mengambil sebahagian lain yang dipegang oleh Eclair.
Eclair memberitahu Lucy dan yang lain bahawa dia amnesia, dan hanya ingat untuk membawa kesemua bahagian batu kepada seorang ahli sihir bernama Kalard yang hidup dalam Hutan Boundary. Lalu mereka pergi menemukan rumah peninggalan Kalard dan baru mengetahui yang Kalard sudah lama mati. Melalui mesej holografik, Kalard memperkenalkan dirinya sebagai ayah kepada Éclair dan memberitahu Éclair bahawa dia telah menghasilkan alat penghapusan kuasa batu itu. Eclair meminta bantuan persatuan Fairy Tail untuk menyempurnakan hajat ayahnya yang terakhir. Sebaik sahaja mereka pulang ke persatuan, mereka diserang hendap oleh ketua Carbuncle iaitu Dist dan konco-konconya; Chase, Cannon, dan Coordinator,yang telah menghancurkan sebahagian bangunan persatuan dan menculik Éclair bersama batu yang dipegangnya.
Ketua Fairy Tail Makarov Dreyar sampai di persatuan bersama Gajeel Redfox dan Pantherlily, yang telah menyiasat aktiviti Carbuncle. Gajeel dand Pantherily memberitahu bahawa Putera Kriem merancang untuk menggabungkan Batu Garuda untukmenyeru garuda yang akan memberikannya kehidupan yang abadi supaya baginda dapat menakluk tanpa rasa takut akan kematian. Lucy dan yang lain membentuk kumpulan bersama Gajeel, Pantherlily, dan Juvia Lockser untuk ke Veronica dan selamatkan Eclair. Disana mereka berlawan dan mengalahkan konco-konco Dist. Sementara itu, Putera Kriem menggabungkan Batu Garuda dan cuba membakar Eclair sebagai korban manusia. Momon melepaskan Eclair dan terbakar sehingga mati. Sebaik sahaja Putera Kriem menyeru garuda, Dist melempar baginda keluar supaya keabadian hanya diperolehi oleh dirinya sendiri. Setelah diseru, "garuda" yang kelihatan ternyata menjadi gergasi, raksasa bukan burung dan memusnahkan segala-galanya bermula di sekitarnya. Dist memanjat bahagian belakang gergasi itu untuk mendapatkan darah pemberian keabadian. Natsu berlawan dengan Dist dan dapat dikalahkan, tetapi garuda itu terus mengamuk.
Makarov sampai di Veronica bersama ahli Fairy Tail yang lain, yang telah meyerang garuda itu. Makarov memberi Erza Anak Panah Haja, sebtang anak panah magik yang dicipta oleh Kalard untuk memusnahkan Batu Garuda dan garuda itu sendiri, yang telah dicuri Makarov daripada Majlis Magik. Sementara itu, Eclair memberitahu Lucy bahawa dia sudah mengingati kesemuanya dan sedar akan keabadian dirinya kerana dia sudah 400 tahun hidup selepas meminum darah garuda untuk menyelamatkan diri daripada kekucaran di Kampung Api, yang sekarang dikenali sebagai Veronica. Makarov menyatakan jika menghancurkan batu itu akan menyebabkan Eclair terbunuh bersama garuda itu. Walaupun dibangkang Lucy tetapi Eclair menerima takdirnya. Erza memanah ke mata garuda dimana batu itu berada dan Natsu memaksa anak panah itu kedalam dan menghancurkan batu itu. Badan Éclair lenyap bersama garuda, dan rohnya bersatu kembali dengan Momonsebaik sahaja dia ke langit.
Filem berakhir sebaik sahaja Natsu memujuk Lucy yang masih menangis dan terkejut akan kematian Eclair. Sebuah montaj yang dimainkan semasa kredit penutupan menunjukkan rakyat Veronica membaiki rumah mereka, ahli Fairy Tail membina semula persatuan mereka, dan Lucy ternampak roh Éclair yang masih kecil bersama ibu bapanya dalam lautan manusia.
Watak baru
[sunting | sunting sumber]Eclair (エクレア , Ekurea)
| |
Momon (モモン )
| |
Putera Kriem (クリーム王子 , Kurīmu-ōji)
| |
Dist (ディスト , Disuto)
| |
Cannon (キャノン , Kyanon)
| |
Coordinator (コーディネーター , Kōdeinētā)
| |
Chase (チェイス , Cheisu) |
Pelakon suara
[sunting | sunting sumber]Lagu tema pembukaan
[sunting | sunting sumber]Lagu yang bertajuk "200 Miles" yang dinyanyikan oleh Jang Keun Suk menjadi lagu tema pembukaan bagi filem ini.[4]
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Gambar Promosi oleh Hiro Mashima
-
Gambar Promosi
-
Poster Filem
-
Watak Utama Filem oleh Hiro Mashima
-
Logo Filem
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Japan Yearly Box Office (2012)". Box Office Mojo. Dicapai pada 2013-03-16.
- ^ "Fairy Tail Adventure Manga Gets Film Next August". Anime News Network. 12 Oktober 2011.
- ^ "Fairy Tail Film's Staff Listed". Anime News Network. 17 November 2011. Dicapai pada 9 April 2012.
- ^ Gempak, Isu 326 (15 Jun 2013), Ruangan Soal Jawab