———————————————Selamat Datang ke Portal Asia———————————————
Benua Asia بنوا اسيا
Asia merupakan benua yang terbesar di dunia. Ia meliputi kawasan seluas 8.7% luas permukaan Bumi (30% kawasan daratan dunia). Benua ini menempatkan jumlah penduduk paling ramai iaitu lebih kurang 60% daripada populasi dunia dengan anggaran 3.9 bilion penduduk dengan negara Republik Rakyat China (RRC) dan India sebagai dua negara yang mempunyai populasi tertinggi di Asia dan dunia. Asia bersempadan dengan benua Eropah melalui Laut Kaspia, Laut Hitam, Pergunungan Ural dan Laut Marmara. Bagi benua Afrika pula, tanda sempadannya ialah di Terusan Suez, Mesir dan benua Oceania di pulau New Guinea (Indonesia dan Papua New Guinea). Titik tertinggi dan terendah di dunia juga terletak di Asia iaitu Gunung Everest sebagai titik tertinggi yang mempunyai ketinggian 8 848 meter dari aras laut manakala Laut Mati sebagai titik terendah.