Politik haluan kanan
Dalam pemahaman ideologi politik, istilah sayap kanan atau haluan kanan digunakan dalam spektrum politik kiri kanan mengungkapkan fahaman yang menganggap tatanan masyarakat yang sedia ada sebagai perkara yang lumrah atau dikehendaki[1][2][3] bersebabkan hukum alam, ekonomi, wewenangan, pemilikan harta benda mahupun adat resam.[4][5]:693, 721[6][7][8][9][10] Lawannya yang disebut sebagai sayap kiri (lihat asalnya).
Politik yang berhaluan "kanan" secara amnya memaksudkan bahagian-bahagian spektrum politik yang sering dikaitkan dengan sesetengah jenis konservatisme, tradisionalisme, monarkisme, libertarianisme kanan, korporatisme, kanan agama, nasionalisme (yang boleh juga berhaluan kiri), militarisme, produserisme, nativisme, reaksionisme malah sejauh sosialisme kebangsaan dan fasisme.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pengungkapan "kanan" ini berasal dari Perancis semasa awal zaman Revolusinya, apabila wakil-wakil rakyat kebanyakan (Darjat Ketiga) dan berfahaman liberal dalam Perhimpunan Kebangsaan duduk di kiri kerusi presiden sidang melawan wakil-wakil paderi (Darjat Pertama) dan bangsawan (Darjat Kedua) pada tahun 1789.[11][12] Di Senat Perancis, amalan wakil-wakil duduk di sebelah kanan atau kiri kerusi presiden mengikut kecenderungan politik masing-masing masih diteruskan sehingga ke hari ini.
Oleh sebab kaitan asal ini semakin lapuk, maka maksud istilah ini telah berubah agar sesuai dengan spektrum idea dan pendirian yang dibandingkan, serta sudut pandangan penceramah.
Oleh sebab timbulnya isu-isu sosial baru, pandangan sayap kanan masih mementingkan pemeliharaan nilai-nilai "tradisional" (termasuk nilai-nilai keagamaan) dan pemeliharaan hak-hak individu dan korporat melalui pengehadan kuasa kerajaan. Namun begitu, kepentingan nilai-nilai dan dasar sayap kanan berbeza-beza mengikut negara dan zaman. Selain itu, ahli politik dan pemikir sayap kanan individu selalu memegang keutamaan individu. Tiadanya kriteria objektif yang diterima sejagat bagi menentukan yang mana antara kedua-dua kepercayaaan atau dasar tersebut lebih berhaluan kanan.
Jenis spektrum politik haluan kanan
[sunting | sunting sumber]- Tengah ke kanan
- Kiri ke kanan
- Sosialisme haluan kanan
- Reformisme kanan
- Politik radikal berhaluan kanan
- Politik neutral berhaluan kanan
- Politik radikal separa kanan
Penggunaan masa kini
[sunting | sunting sumber]Baru-baru ini, istilah ini sering merangkumi beberapa bentuk konservatisme. Ada yang menganggap sayap kanan itu termasuklah bentuk-bentuk liberalisme yang lebih menekankan pasaran bebas berbanding egalitarianisme apabila membincangkan kekayaan, namun sesetengah penyokong pasaran bebas, termasuk beberapa libertarian, membayangkan spekturm politik dua dimensi yang dikatakan mereka sebagai menggambarkan pendirian politik mereka dengan lebih tepat. [13] (Lihat Carta Nolan, Carta Pournelle, Kompas Politik). Ramai penyokong anarki (termasuk sosialis libertarian) juga tidak meletakkan diri mereka dalam spektrum politik klasik ini.
Di luar Amerika Syarikat dan Kanada (di mana kapitalisme didukung oleh ahli politik utama dan golongan-golongan sayap kiri dan kanan), perbezaan yang paling nyata antara sayap kiri dan kanan terletak pada dasar ekonomi. Golongan sayap mengemukakan kapitalisme, manakala sayap kiri pula menyokong sosialisme (termasuk sosialisme demokratik) atau komunisme. Ada pihak di sayap kanan yang mendukung kapitalisme laissez faire yang cenderung kepada minarkisme dengan campur tangan kerajaan yang minima dalam ekonomi selain mengawal bekalan wang dan sedikit pencukaian selain menyokong pihak tentera dan keselamatan. Di sisi yang bertentangan dalam apa yang dianggap sebagai kanan tengah, pengikut Gaulisme kanan tengah di Perancis selepas Perang Dunia II mendukung perbelanjaan sosial yang banyak untuk pembangunan pendidikan dan prasarana, serta pengawalan ekonomi menyeluruh dan juga pengagihan semula kekayaan terhad yang agak cenderung kepada sifat-sifat demokrasi sosial.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Johnson, Paul (2005). "Right-wing, rightist". A Politics Glossary. Auburn University website. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 August 2014. Dicapai pada 23 October 2014.
- ^ Bobbio, Norberto; Cameron, Allan (1996). Left and Right: The Significance of a Political Distinction. Chicago: University of Chicago Press. m/s. 51, 62. ISBN 978-0-226-06246-4.
- ^ Goldthorpe, J.E. (1985). An Introduction to Sociology (ed. Third). Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 156. ISBN 978-0-521-24545-6.
- ^ "Right". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 2009-04-15. Dicapai pada 2022-05-22.
- ^ Carlisle, Rodney P. (2005). Encyclopedia of Politics: The Left and the Right. Thousand Oaks [u.a.]: SAGE Publishing. ISBN 978-1-4129-0409-4.
- ^ Alexander Smith, T.; Tatalovich, Raymond (2003). Cultures at war: moral conflicts in western democracies. Toronto, Kanada: Broadview Press, Ltd. m/s. 30. "That viewpoint is held by contemporary sociologists, for whom 'right-wing movements' are conceptualized as 'social movements whose stated goals are to maintain structures of order, status, honor, or traditional social differences or values' as compared to left-wing movements which seek 'greater equality or political participation.' In other words, the sociological perspective sees preservationist politics as a right-wing attempt to defend privilege within the social hierarchy."
- ^ Bobbio, Norberto; Cameron, Allan (1997). Left and right: the significance of a political distinction. University of Chicago Press. m/s. 37.
- ^ Seymour Martin Lipset, dipetik dalam Fuchs, D., and Klingemann, H. 1990. The left-right schema. pp. 203–34 dalam Continuities in Political Action: A Longitudinal Study of Political Orientations in Three Western Democracies. Jennings, M. (peny.) Berlin:de Gruyter
- ^ Lukes, Steven. 'Epilogue: The Grand Dichotomy of the Twentieth Century': concluding chapter to T. Ball and R. Bellamy (eds.), The Cambridge History of Twentieth-Century Political Thought. pp.610–612
- ^ Clark, William Roberts (2003). Capitalism, Not Globalism: Capital Mobility, Central Bank Independence, and the Political Control of the Economy (ed. [Online-Ausg.].). Ann Arbor [u.a.]: University of Michigan Press. ISBN 978-0-472-11293-7.[halaman diperlukan]
- ^ Winock, Michel (2012). La Droite, hier et aujourd’hui (dalam bahasa Perancis). Perrin. m/s. 11–2. ISBN 9782832107508.
- ^ Bobbio, Norberto (2016). Left and Right: The Significance of a Political Distinction. John Wiley & Sons. ISBN 978-1-5095-1412-0.
- ^ http://www.la-articles.org.uk/pc.htm