Pergi ke kandungan

Pokok Mahang Serindit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pokok Mahang Serindit
Pengelasan saintifik


Pokok Mahang Serindit (bahasa Inggeris: Ant plant) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang berasal dari Asia Tenggara. Pokok Mahang Serindit nama saintifiknya (Macaranga hypoleuca) [1]

Beberapa jenis pokok Mahang lain adalah:-

  1. Pokok Mahang Gajah ( Macaranga gigantea (Rchb. f. et Zoll.))
  2. Pokok Mahang Merah (Macaranga triloba (BI.) M.A.)
  3. Pokok Mahang Serindit (Macaranga hypoleuca)

Ciri-ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]

Pokok Mahang Serindit bertumbuh dengan amat cepat di cerang-cerang dan pinggir-pinggir hutan sehingga 14 meter (46 kaki) tinggi. Ciri-ciri fizikal yang lain adalah seperti berikut:

  • Batang pokok: Batang pokok dan dahan-dahannya geronggang dan bertindak sebagai tapak semaian bagi kedua-dua semut dan serangga-serangga teritip yang menghasilkan gula. Semut-semut tersebut menjaga serangga-serangga itu. Kulit dahan-dahan mempunyai lubang-lubang yang amat kecil untuk membenarkan serangga masuk.
  • Daun: Tumbuh sehingga 25 sentimeter (10 inci) dan mempunyai tiga lobus yang ketara. Pada setiap daun, terdapat stipul-stipul geronggang yang berwarna ungu dan yang merembeskan ketul-ketul bahan pemakanan yang amat kecil. Semut suka akan bahan ini. Sebenarnya, Pokok Mahang Serindit dan semut mempunyai perhubungan simbiosis. Pokok ini memberikan perlindungan dan sebahagian makanan kepada semut dan sebagai balasan, semut-semut itu menjauhkan perosak-perosak seperti ulat bulu dan pijat-pijat tumbuhan.
  • Bunga: Berumpun-rumpun, dengan warna merah keperang-perangan. Bahagian-bahagian jantan dan betina terdapat di dalam bunga yang berasingan pada pokok yang sama.
  • Buah: Berwarna perang kemerah-merahan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.