Poerbonegoro Soemitro Kolopaking
Penampilan
Raden Adipati Arya Poerbonegoro Soemitro Kolopaking ialah bupati Kabupaten Banjarnegara antara tahun-tahun 1927 - 1945, serta salah satu anggota BPUPKI (Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia) pada tahun 1945. Beliau menerima gelaran "Gusti Kanjeng Bupati", lalu "Banjarnegara Ken Cho" dan akhirnya, "Bapa Bupati".
Arya Poerbonegoro ialah anak kepada Raden Tumenggung Jayanegara II, seorang adipati, serta juga merupakan keturunan Kanjeng Raden Adipati Dipadiningrat. Sebagai bupati, beliau bertugas di bawah tiga zaman, iaitu zaman Hindia Belanda, Jepun, dan Republik Indonesia. Sikap beliau yang sederhana dan pragmatik jelas terlihat daripada pernyataannya tentang kemerdekaan Indonesia:
- ... jikalau kemenangan akhirnya tercapai dan ada permintaan yang nyata daripada Malaya Selatan, Borneo Utara bahawa rakyat di situ berasa juga ingin masuk ke dalam Indonesia Merdeka. Tetapi itu urusan di kemudian hari. Pada waktu ini, kita harus mengadakan usul yang praktis, yang nyata dapat dijalankan, selekas mungkin. Jangan kita minta keadaan 100% yang tidak mungkin dilaksanakan dalam peperangan, sebab keadaan sehari-hari dipengaruhi oleh peperangan. Asal keadaan biasa berjalan, sedikit demi seikit kita dapat menambah dengan 5%, 10%, 15%, lama-kelamaan tercapailah Indonesia merdeka yang bulat.... [1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Sejarah Permulaan Banjarnegara Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine