Pergi ke kandungan

Plants vs. Zombies

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Plants vs. Zombies
GenrePermainan pertahanan menara (Permainan-permainan utama)
Penembak diri-ketiga (Permainan Garden Warfare)
Permainan pengumpulan kad digital (Plants vs. Zombies Heroes)
PembangunPopCap Games
Penerbit
PenciptaGeorge Fan
Platform
Keluaran pertamaPlants vs. Zombies
Mei 5, 2009
Keluaran terkiniPlants vs. Zombies: Battle for Neighborville
Oktober 18, 2019

Plants vs. Zombies merupakan francais permainan video yang dibangunkan oleh PopCap Games, anak syarikat Electronic Arts (EA). Siri ini mengikuti David "Crazy Dave" Blazing ketika dia menggunakan tumbuhannya untuk mempertahankan diri daripada serangan zombi, diketuai oleh Dr. Edgar George Zomboss. Permainan pertama, Plants vs. Zombies (2009), telah dibangunkan dan diterbitkan oleh PopCap sebelum pemerolehannya oleh EA. Selepas pemerolehan PopCap Games, EA mengembangkan permainan tersebut menjadi francais dengan permainan pada platform-platform yang berlainan.

Garis masa pelancaran
2009Plants vs. Zombies
2010
2011
2012
2013Plants vs. Zombies 2
2014Plants vs. Zombies: Garden Warfare
2015
2016
2017
2018
2019
2020
2021
2022
2023
TBAPlants vs. Zombies 3

Siri utama

[sunting | sunting sumber]

Pada 1 April 2009, PopCap mengeluarkan video muzik "Zombies on Your Lawn" untuk mempromosikan Plants vs. Zombies.[1] Jurucakap PopCap, Garth Chouteau, mendedahkan dalam temu bual bersama IGN bahawa Plants vs. Zombies akan diterbitkan tidak lama lagi untuk PC dan Mac.[2] Pada 22 April 2009, PopCap mengeluarkan treler permainan rasmi Plants vs. Zombies di YouTube.[3][4] Semasa promosi Plants vs. Zombies, PopCap menerbitkan versi demo permainan tersebut yang boleh dimainkan selama tiga puluh minit.[5] Plants vs. Zombies telah diterbitkan secara rasmi pada 5 Mei 2009, untuk PC dan Mac.[6] Setakat 2013, Plants Vs Zombies, mengelak daripada mengunci permainan di sebalik harga $2.99, kini percuma untuk dimainkan pada kedua-dua peranti IOS dan Android. Pengkritik pada peranti mudah alih memberikan permainan ulasan purata 4.3-4.8 bintang.[7]

PopCap dan asetnya telah dibeli oleh EA pada 12 Julai 2011, dengan harga 750 juta USD.[8] Lima puluh pekerja telah diberhentikan di studio Seattle PopCap Games pada 21 Ogos 2012, untuk menandakan peralihan fokus kepada permainan mudah alih dan permainan video sosial.[9]

Pada 20 Ogos 2012, PopCap mengumumkan bahawa mereka sedang mengusahakan sekuel Plants vs. Zombies.[10] Tarikh penerbitannya akan ditetapkan pada akhir musim bunga 2013.[11] Bagaimanapun, status permainan itu diragui sejurus selepas pengumuman yang mengatakan syarikat itu mengalami tempoh memberhentikan pekerja.[9]

Pada Mei 2013, PopCap Games mengeluarkan treler yang mendedahkan sekuel kepada permainan pertama, bertajuk Plants vs. Zombies 2: It's About Time.[12][13] Permainan ini telah dilancarkan secara tidak rasmi untuk iOS di Australia dan New Zealand pada 10 Julai 2013,[14] dan diterbitkan secara rasmi pada 14 Ogos 2013, sebagai permainan video freemium.[15] Permainan tersebut menampilkan lokasi-lokasi dan tumbuhan-tumbuhan baharu berserta dengan penambahan ciri makanan tumbuhan, sebuah power-up yang boleh digunakan untuk menambahbaik tumbuhan untuk tempoh yang singkat dan boleh diperoleh sama ada dengan membeli menggunakan mata wang dalam permainan atau dengan mengalahkan zombi yang bercahaya hijau.[16] Berserta dengan tambahan baharu ini, permainan ini terus dikemaskini dari semasa ke semasa. Menurut EA News, Arena dan Penny's Pursuit, yang merupakan sekuel dalam permainan, merupakan salah satu kemas kini utama terkini mereka, selain daripada semua tambahan kecil.[17]

Pada Julai 2019, EA mengumumkan Plants vs. Zombies 3, satu lagi permainan mudah alih percuma untuk dimainkan dalam siri ini. Permainan tersebut telah dilancarkan dalam keadaan pra-alfa untuk Android pada Julai 2019.[18][19] Permainan ini dilancarkan secara tidak rasmi pada Februari 2020 di Filipina, Romania dan Ireland.[20] Permainan tersebut kemudiannya dijadikan tidak boleh diperolehi pada Oktober 2020, seterusnya menjadi tidak boleh dimainkan pada November 2020. EA mempunyai rancangan untuk menerbitkan versi permainan tersebut yang lebih baik pada masa hadapan.[21] Pada 7 September 2021, Plants vs. Zombies 3 dilancarkan semula secara tidak rasmi dengan perubahan yang ketara, seperti grafik dua dimensi dan mengembalikan Sunflower sebagai tumbuhan yang boleh ditanam, mempunyai fungsi yang sama dalam permainan-permainan sebelum ini.[22]

Adaptasi filem berdasarkan francais ini telah dicadangkan di DreamWorks Animation namun dibatalkan.[23][24]

Terbitan sampingan

[sunting | sunting sumber]

Terbitan sampingan yang bertajuk Plants vs. Zombies Adventures telah diumumkan pada Mac 2013[25] dan diterbitkan pada 20 Mei 2013 di Facebook. Permainan ini menambah lokasi baharu dan tumbuhan baharu. Permainan tersebut juga mempunyai ciri permainan di mana pemain mempunyai jumlah tumbuhan yang terhad dan perlu menanam lebih banyak tumbuhan di kebun dalam permainan.[26] Pada Julai 2014, telah diumumkan bahawa Plants vs. Zombies Adventures akan ditutup pada 12 Oktober 2014.[27]

Plants vs. Zombies: Garden Warfare telah diumumkan pada E3 2013 sebagai permainan penembak orang ketiga multipemain yang direka untuk PC dan konsol.[28][29] Plants vs. Zombies: Garden Warfare telah diterbitkan pada 25 Februari 2014, di Amerika Utara dan pada 27 Februari 2014, di Eropah.[30] Sebuah sekuel, Plants vs. Zombies: Garden Warfare 2, telah ditunjuk-tunjuk pada Jun 2015 dan diumumkan secara rasmi pada E3 2015.[31][32] Permainan tersebut telah diterbitkan pada 23 Februari 2016.[33] Pada 10 Mac 2016, PopCap mengumumkan Plants vs. Zombies Heroes, permainan kad koleksi digital dalam gaya pertahanan menara. Permainan tersebut dilancarkan secara tidak rasmi di negara tertentu pada hari yang sama,[34] dan diterbitkan secara rasmi dan sepenuhnya di peringkat antarabangsa pada 18 Oktober 2016.[35]

Pada Ogos 2019, beta tertutup sekuel Plants vs. Zombies: Garden Warfare 2 dengan nama samaran "Picnic" telah diberi kepada pemain-pemain terpilih melalui jemputan.[36] Pada 4 September 2019, EA mengumumkan tajuk sekuel tersebut; Plants vs. Zombies: Battle for Neighborville. Permainan tersebut dilancarkan dalam keadaan akses awal pada tarikh yang sama. Permainan ini telah diterbitkan sepenuhnya pada 18 Oktober 2019.[37][38]

Permainan pemain tunggal Plants vs. Zombies yang telah dibatalkan telah diusahakan oleh EA dari dekat-dekat 2015 hingga 2017. Dikenali sebagai "Project Hot Tub" merujuk kepada Hot Tub Time Machine, permainan itu dirancangkan menjadi permainan aksi seperti Uncharted tetapi mengekalkan sifat mesra keluarga, menampilkan dua adik beradik remaja yang merentasi masa untuk melawan zombi. Permainan itu telah dibangunkan oleh PopCap Vancouver. Walaupun potongan daripada permainan tersebut telah ditunjukkan kepada eksekutif EA pada tahun 2017, EA memilih untuk membatalkan projek itu untuk memberi lebih banyak sumber sokongan kepada Visceral Games untuk membantu kerja mereka iaitu membangunkan permainan Star Wars di bawah nama Project Ragtag, yang telah keterbelakang. untuk beberapa tahun. Walaupun begitu, EA membatalkan Project Ragtag pada Oktober 2017, menutup Permainan Visceral, dan bekas pasukan PopCap Vancouver telah dipindahkan ke studio EA yang lain.[39]

  1. ^ NG, Keane (April 1, 2009). "PopCap Reveals Plants vs. Zombies". The Escapist. Diarkibkan daripada yang asal pada February 1, 2019. Dicapai pada December 3, 2020.
  2. ^ (Temu ramah). Diarkibkan daripada yang asal |archive-url= requires |url= (bantuan) pada April 5, 2009. Missing or empty |title= (bantuan)
  3. ^ NG, Keane (April 24, 2009). "Battle Plants With Your Own Zombies". The Escapist. Diarkibkan daripada yang asal pada January 20, 2021. Dicapai pada December 3, 2020.
  4. ^ Walker, John (April 24, 2009). "SPUDOW! Plants Vs Zombies Trailer, Zombie Maker". Rock, Paper, Shotgun. Dicapai pada January 26, 2021.
  5. ^ Chester, Nick (May 4, 2009). "Plants vs. Zombies demo eating brains right now". Destructoid. Dicapai pada December 4, 2020.
  6. ^ "PopCap Launches Plants vs. Zombies Game for PC and Mac". IGN. May 5, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada September 13, 2018. Dicapai pada December 3, 2020.
  7. ^ "Plants vs Zombies drops in-app fee". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2014-02-13. Dicapai pada 2022-10-24.
  8. ^ Takahashi, Dean; Lynley, Matthew (July 12, 2011). "Electronic Arts buys PopCap for $750M". VentureBeat. Diarkibkan daripada yang asal pada November 4, 2020. Dicapai pada January 4, 2021.
  9. ^ a b Goldfarb, Andrew (August 21, 2012). "Report: Layoffs Hit PopCap, International Studios Shuttered". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada November 16, 2018. Dicapai pada January 4, 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "layoffs" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  10. ^ Tom, Senior (August 20, 2012). "Plants vs. Zombies 2 announced: 'hordes of new plant and zombie types'". PC Gamer. Diarkibkan daripada yang asal pada November 12, 2020. Dicapai pada January 7, 2021.
  11. ^ Krupa, Daniel (August 20, 2012). "Plants VS. Zombies Sequel out Late Spring 2013". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada May 26, 2016. Dicapai pada January 7, 2021.
  12. ^ Yannick, LeJacq (May 6, 2013). "'Plants vs. Zombies' sequel shambling toward release in July". NBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada May 12, 2013. Dicapai pada January 7, 2021.
  13. ^ Goldfarp, Andrew (May 6, 2013). "Plants Vs. Zombies 2: It's About Time Coming in July". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada November 11, 2020. Dicapai pada January 7, 2021.
  14. ^ Fahey, Mike (July 10, 2013). "Plants Vs Zombies 2 Is Weeks Away, But Aussies Get To Play Today". Kotaku. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2016. Dicapai pada January 1, 2021.
  15. ^ Davis, Justin (August 14, 2013). "Plants vs. Zombies 2 Launching Worldwide Tonight". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada January 11, 2021. Dicapai pada January 8, 2021.
  16. ^ Shea, Cam (July 17, 2013). "Plants vs. Zombies 2 Review". IGN. Dicapai pada January 8, 2021.
  17. ^ Arts, Electronic (2016-11-15). "Plants vs. Zombies 2 - Free Mobile Game - EA Official Site". Electronic Arts Inc. (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-24.
  18. ^ Holt, Kris (July 18, 2019). "'Plants vs. Zombies 3' is on the way and you can test it now". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada July 18, 2019. Dicapai pada July 18, 2019.
  19. ^ Webster, Andrew (July 18, 2019). "EA announces Plants vs. Zombies 3". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada July 18, 2019. Dicapai pada July 18, 2019.
  20. ^ Madnani, Mikhail (February 28, 2020). "'Plants Vs. Zombies 3' from PopCap and EA Has Soft Launched in Philippines, Romania, and Ireland". Touch Arcade. Diarkibkan daripada yang asal pada January 11, 2021. Dicapai pada January 9, 2021.
  21. ^ Forde, Matthew (October 19, 2020). "EA pulls Plants vs. Zombies 3 from soft launch". Pocket Gamer. Diarkibkan daripada yang asal pada January 7, 2021. Dicapai pada January 9, 2021.
  22. ^ "A New Vision for PVZ 3 Has Taken Root!". September 7, 2021.
  23. ^ @FactsPvZ (24 April 2022). "Fact #286: According to Rich Werner (The original artist for PvZ 1), there was a pitch for an animated Plants vs…" (Twit) – melalui Twitter.
  24. ^ "Peter Zaslav". Peter Zaslav (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-05-28.
  25. ^ Grubb, Jeff (March 26, 2013). "Plants vs. Zombies shuffles to Facebook; sequel due in summer". VentureBeat. Diarkibkan daripada yang asal pada September 16, 2016. Dicapai pada January 7, 2021.
  26. ^ Webster, Andrew (May 20, 2013). "'Plants vs. Zombies Adventures' is a Facebook game you'll actually want to play". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada December 6, 2016. Dicapai pada January 7, 2021.
  27. ^ Shaul, Brandon (July 24, 2014). "EA Announces Closure of Plants vs Zombies Adventures on Facebook". AdWeek. Diarkibkan daripada yang asal pada January 9, 2021. Dicapai pada January 8, 2021.
  28. ^ Yoan, Andrew (June 9, 2013). "Plants vs Zombies: Garden Warfare coming to E3". Shacknews. Diarkibkan daripada yang asal pada January 20, 2021. Dicapai pada January 8, 2021.
  29. ^ Goldfarb, Andrew (June 10, 2013). "E3 2013: Plants Vs Zombies: Garden Warfare Announced". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada January 11, 2021. Dicapai pada January 20, 2021.
  30. ^ Karmali, Luke (January 16, 2014). "Plants vs. Zombies: Garden Warfare Delayed". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada January 17, 2014. Dicapai pada January 8, 2021.
  31. ^ Phillips, Tom (June 8, 2015). "Plants vs. Zombies: Garden Warfare 2 teased ahead of E3 reveal". Eurogamer. Diarkibkan daripada yang asal pada June 10, 2015. Dicapai pada June 21, 2015.
  32. ^ Savage, Phil. "Plants vs Zombies: Garden Warfare 2 announced". PC Gamer. Diarkibkan daripada yang asal pada June 17, 2015. Dicapai pada January 8, 2021.
  33. ^ "Plants vs. Zombies: Garden Warfare 2". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada January 11, 2021. Dicapai pada January 8, 2021.
  34. ^ Dornbush, Jonathon (March 10, 2016). "Collectible card game 'Plants vs. Zombies Heroes' in the works". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada November 8, 2016. Dicapai pada November 6, 2016.
  35. ^ Minotti, Mike (October 18, 2016). "Plants vs. Zombies Heroes enters the mobile digital card game arena". VentureBeat. Diarkibkan daripada yang asal pada November 8, 2020. Dicapai pada January 9, 2021.
  36. ^ McWhertor, Mike (July 22, 2019). "EA sending out alpha invites for new Plants vs. Zombies shooter". Polygon. Diarkibkan daripada yang asal pada January 11, 2021. Dicapai pada January 9, 2021.
  37. ^ Fahey, Mike (April 9, 2019). "New Plants Vs. Zombies Shooter Announced, Goes Live Today". Kotaku. Diarkibkan daripada yang asal pada September 15, 2019. Dicapai pada January 9, 2021.
  38. ^ Nelson, Xavier (September 11, 2019). "How EA and Plants vs. Zombies are battling binge culture". Polygon. Diarkibkan daripada yang asal pada September 14, 2019. Dicapai pada January 9, 2021.
  39. ^ Valentine, Rebekah (October 8, 2022). "How a Plants vs. Zombies Game Died so a Star Wars Game Could Live (and Then Also Die)". IGN. Dicapai pada October 23, 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]