Pergi ke kandungan

Pisang batu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pisang batu
Pokok pisang liar.
Buah pisang batu (Musa balbisiana), menunjukkan banyak biji benih.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Seksyen:
Spesies:
M. balbisiana
Nama binomial
Musa balbisiana
Colla 1820
Julat tempatan asal leluhur pisang makan moden: M. acuminata ditunjukkan pada yang hijau dan M. balbisiana pada yang jingga.[2]
Sinonim[3]
  • M. bakeri Hook.f.
  • M. brachycarpa Backer
  • M. dechangensis J.L.Liu & M.G.Liu
  • M. liukiuensis (Matsum.) Makino ex Kuroiwa
  • M. × paradisiaca var. granulosa G.Forst.
  • M. pruinosa (King ex Baker) Burkill
  • M. × sapientum var. pruinosa (King ex Baker) A.M.Cowan & Cowan

Pisang batu, pisang benggala atau pisang klutuk (Musa balbisiana)[4][5] ialah spesies pisang liar asal di Asia Selatan. Ia merupakan satu daripada leluhur tanaman pisang moden bersama Musa acuminata. Ia hidup segar dalam rumpunan dan tumbuh dengan lebih tegak berbanding kebanyakan pisang yang ditanam. Bunganya tumbuh dalam jambak dari merah sehingga merah gelap. Buahnya antara biru dan hijau. Ia dianggap tidak boleh dimakan kerana biji benih yang banyak terdapat di dalamnya. Ia boleh dijangkakan bahawa pisang batu pernah dimasak dan dimakan, atau pisang tanaman moden tidak akan berkembang.[6]

Pisang batu berbiji dikenali sebagai "butuhan" ('dengan biji benih') di Filipina.[7] Klon partenokarpi semula jadinya wujud melalui poliploid dan menghasilkan pisang yang boleh dimakan. Contohnya ialah pisang saba liar.[8] Ia pertama kali digambarkan pada tahun 1820 oleh pakar botani Itali Luigi Aloysius Colla.[9]

Di Malaysia, batang pokok pisang batu diambil dan dimasak sebagai gulai.[10] Daun pisang batu pula digunakan di Thailand bagi membalut manisan tempatan dan bunganya bagi merawat ulser dalam perubatan tradisi.[11]

Dalam cerita rakyat Thailand, pokok pisang jenis ini dipercayai didiami oleh semangat, Nang Tani (Bahasa Thai: นางตานี), sejenis hantu berkait dengan pokok yang menampilkan dirinya sebagai gadis muda.[12] Orang sering kali mengikat kain satin berwarna pada batang pokok pisang batu sebagai penghormatan.[13]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Allen, R. (2019). "Musa balbisiana". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T111907032A111907034. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-3.RLTS.T111907032A111907034.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ Edmond de Langhe & Pierre de Maret (2004). "Tracking the banana: its significance in early agriculture". Dalam Jon G. Hather (penyunting). The Prehistory of Food: Appetites for Change. Routledge. m/s. 372. ISBN 978-0-203-20338-5.
  3. ^ "Build checklist for Musa". World Checklist of Selected Plant Families. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 2013-01-22.
  4. ^ D Ratnasari (Februari 2018). "The Effects of Treatments on Batu Banana Flour and Percentage of Wheat Substitution on The Resistant Starch, In Vitro Starch Digestibility Content and Palatability of Cookies Made with Banana ( Musa balbisiana Colla) Flour". IOP Conference Series: Earth and Environmental Science (dalam bahasa Inggeris). IOP Publishing. 116 (1): 1-8. doi:10.1088/1755-1315/116/1/012003.
  5. ^ Ahmad Fuad Morad (22 Ogos 2014). "Musa balbisiana Colla (BBB Group)". flickr.com. Dicapai pada 2022-09-06.
  6. ^ "Musa balbisiana". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-13. Dicapai pada 2012-12-18.
  7. ^ "Progenitors of Edible Bananas". Guide to Growing Bananas, http://www.bananacrop.com/. 11/01/2010. Dicapai pada 12 January 2011. Check date values in: |date= (bantuan); External link in |publisher= (bantuan)
  8. ^ Michel H. Porcher; Prof. Snow Barlow (19/07/2002). "Sorting Musa names". The University of Melbourne, [1]. Dicapai pada 11 January 2011. Check date values in: |date= (bantuan); External link in |publisher= (bantuan)
  9. ^ "Musa paradisiaca". http://www.users.globalnet.co.uk/. External link in |publisher= (bantuan)
  10. ^ Gulai pilihan kenduri Gulai batang pisang adalah antara masakan kampung yang cukup popular di sebelah utara Semenanjung. Ia selalunya boleh ditemui pada majlis kenduri kahwin. 19 Dis 2012
  11. ^ Plant use in Southern Thailand
  12. ^ "Banana Tree Prai Lady Ghost". Thailand-amulets.net. 2012-03-19. Dicapai pada 2012-08-26.
  13. ^ "Spirits". Thaiworldview.com. Dicapai pada 2012-08-26.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]