Pilihan raya umum Jepun 2021
Rencana ini menerangkan hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. |
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kesemua 465 kerusi Dewan Perwakilan Jepun 233 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tinjauan pendapat | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengundi hadir | 55.93% (▲2.25%) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Daerah parlimen dan blok berkadar senarai parti serantau | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan raya umum 2021 telah diadakan di Jepun pada 31 Oktober,[2] seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan Jepun. Pengundian berlaku di semua kawasan perwakilan di Jepun termasuk blok berkadar, untuk melantik ahli-ahli Diet untuk kerusi di Dewan Perwakilan, dewan rendah Diet Kebangsaan Jepun. Memandangkan Kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya Dewan Perwakilan dalam sesi Diet pasca pilihan raya pertama (Perlembagaan, Perkara 70), pilihan raya di dewan rendah juga akan membawa kepada pemilihan baru Perdana Menteri di dalam Diet, dan pelantikan sebuah kabinet baru (walaupun menteri yang sama melantik semula Ia adalah pilihan raya umum pertama di era Reiwa, menandakan berakhirnya era Shinzo Abe dan kabinet Suga yang terpalit kontroversi.)
Parti pemerintah, LDP, dengan selesa memenangi majoriti tunggal parti, melepasi angka 233 kerusi yang diperlukan.[3][4]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Selepas pilihan raya umum Jepun 2017, Parti Demokratik Liberal (LDP) terus berada dalam kedudukan dominan apabila Perdana Menteri Shinzo Abe mengetuai parti itu meraih kemenangan ketiga berturut-turut, yang pertama untuk seorang Perdana Menteri sejak 1953. Sementara LDP menunjukkan prestasi yang kukuh, seolah-olah mencadangkan momentum untuk matlamat lama Abe untuk menyemak semula Perkara 9 Perlembagaan yang berunsur anti-perang, prospek untuk semakan telah digagalkan kerana halangan prosedur di dalam Diet daripada parti pembangkang dan gabungan pemerintah kehilangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Kaunselor dalam pilihan raya 2019.
Peletakan jawatan Abe dan pemilihan Suga
[sunting | sunting sumber]Penarafan populariti Shinzo Abe yang dialami pada 2018 memandangkan beberapa skandal pilih kasih yang menguasai liputan media, namun beliau masih dipilih semula sebagai Presiden LDP pada September 2018 dan menjadi Perdana Menteri yang paling lama dalam sejarah Jepun pada 19 November 2019 dan paling banyak tempoh setakat 24 Ogos 2020.[5] Namun pada 28 Ogos 2020 Abe secara mengejut umumkan peletakan jawatan akibat masalah kesihatan.[6] Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga akan dipilih sebagai Presiden LDP yang akan datang pada September 2020 dan menggantikan Abe sebagai Perdana Menteri kemudian.[7]
Penyatuan parti-parti pembangkang
[sunting | sunting sumber]Sementara itu, banyak parti pembangkang Jepun kekal retak dan tidak bersatu. Parti Demokratik Berpelembahaan, yang ingin mengukuhkan dirinya sebagai parti pembangkang utama berhaluan tengah-kiri dalam menentang LDP, bergabung dengan majoriti Parti Demokratik Rakyat dan Parti Demokratik Sosial serta beberapa ahli parlimen bebas pada akhir 2020, secara rasmi menganjurkan semula sebagai parti baharu sambil mengekalkan nama yang sama dan Yukio Edano sebagai pemimpin.[8] Parti peringkat kebangsaan pimpinan Gabenor Tokyo, Yuriko Koike, Kibō no Tō, telah dibubarkan pada Mei 2018 selepas ia bergabung dengan Parti Demokrat untuk membentuk Parti Demokratik Rakyat, manakala Koike sendiri dipilih semula dengan majoriti besar pada 2020 sebagai calon parti bebas.[9][10] Tempoh sejak 2017 juga menyaksikan penciptaan Reiwa Shinsengumi, parti populis berhaluan kiri yang dibentuk oleh bekas pelakon Taro Yamamoto, yang kedudukan dasar utamanya ialah pemansuhan cukai penggunaan.[11]
Kejatuhan populariti Suga dan kegagalan kabinet
[sunting | sunting sumber]Semasa permulaan memegang jawatan yang agak popular, penarafan populariti Perdana Menteri Yoshihide Suga dengan beransur-ansur bertambah buruk kerana ketidakpuasan orang awam terhadap pengendalian pandemik COVID-19, termasuk pelancaran vaksin yang perlahan di Jepun berbanding dengan seluruh dunia negara maju, dan pengurusan Sukan Olimpik 2020 yang ditangguhkan ke 2021.[12][13] LDP tewas pada tiga pilihan raya kecil Diet pada April 2021 dan juga gagal memenangi majoriti secara langsung dalam pilihan raya Metropolitan Tokyo pada Julai walaupun memenangi kerusi yang paling banyak. Penganalisis menyifatkan kerugian kepada penilaian populariti yang rendah buat Suga.[14]
Olimpik Tokyo 2020 dan kenaikkan kes COVID-19
[sunting | sunting sumber]Apabila Sukan Olimpik akhirnya diadakan pada Julai hingga Ogos 2021, sentimen positif awam meningkat apabila atlet Jepun memperoleh rekod pemenang pingat Olimpik.[15] Walau bagaimanapun, ini tidak diterjemahkan ke dalam peningkatan dalam penarafan peribadi Suga kerana acara itu bertepatan dengan situasi darurat manakala kes-kes Covid-19 di Jepun terus melonjak dari varian Delta.[16] Pada masa Olimpik Tokyo 2020 berakhir, negara Jepun merekodkan lebih daripada satu juta kes.[17][18] Dalam pengundian oleh Asahi Shimbun yang diambil pada akhir Sukan Olimpik, penarafan populariti Kabinet jatuh ke tahap terendah sebanyak 28%, walaupun 56% orang awam bersetuju bahawa menjadi tuan rumah Olimpik adalah keputusan yang tepat[19] dalam masa yang sama menandakan kebimbangan terhadap ketidakupayaan pemerintah dalam mengendalikan penularan COVID-19.[20] Akibatnya, tindak balas pandemik pemerintah telah menjadi salah satu isu pilihan raya.[21]
Meskipun Suga mendakwa tidak ada bukti bahawa Sukan Olimpik menyumbang kepada lonjakan dalam kes-kes harian di Tokyo dan bahagian-bahagian lain di Jepun, pakar, termasuk penasihat perubatan pemerintah percaya bahawa Sukan Olimpik melemahkan mesej rasmi mengenai peraturan virus dan menggalakkan orang ramai untuk menjadi leka.[22]
Peletakan jawatan Suga dan pemilihan kepimpinan LDP 2021
[sunting | sunting sumber]Berikutan tamatnya Sukan Olimpik, spekulasi mula beredar bahawa beberapa ahli parlimen LDP, seperti bekas menteri Sanae Takaechi,[23] Seiko Noda,[24] calon kepimpinan 2020 Fumio Kishida[25] dan ketua dasar parti Hakubun Shimomura[26] sedang bersedia untuk bertanding bagi merebut jawatan Presiden LDP menentang Suga yang akan tamat pada September sebagai persiapan untuk pilihan raya umum.[27] Kekalahan calon Hachiro Okonogi, yang merupakan rakan sekutu Suga, dalam pilihan raya Datuk Bandar Yokohama pada 22 Ogos menambahkan lagi tekanan terhadap Perdana Menteri dan meningkatkan spekulasi mengenai masa depan kerjaya politiknya.[28]
Pada 3 September, Suga mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk pemilihan semula bagi kepimpinan LDP, beliau memetik penarafan populariti yang rendah sebagai sebab, membuka jalan bagi pemimpin LDP baru dan Perdana Menteri untuk mengambil parti itu ke dalam pilihan raya umum.[29] Pada 29 September, bekas Menteri Luar Negeri dan calon berideologi tengah Fumio Kishida mengalahkan tiga calon lain dan menjadi pemimpin baharu LDP.[30] Beliau dipilih oleh Diet sebagai Perdana Menteri ke-100 pada 4 Oktober.[31]
Tarikh pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Di bawah tafsiran Pasal 7 Perlembagaan selepas zaman pendudukan, kabinet boleh mengarahkan Maharaja untuk membubarkan Dewan Perwakikan untuk pilihan raya mengejut. Pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 40 hari selepas pembubaran.[32] Satu-satunya masa dalam sejarah pasca perang bahawa Dewan Perwakikan tidak dibubarkan sebelum tamat penggalnya ialah pada 1976. Jika Dewan Perwakikan melengkapkan tempoh empat tahun penuh, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 30 hari sebelum itu,[33] melainkan jika Diet dipanggil, dalam sesi atau hampir ditutup pada masa itu. Penggal semasa ditetapkan untuk berakhir pada 21 Oktober.[34]
Sesi luar biasa Diet Kebangsaan perlu diadakan pada awal Oktober untuk memilih Perdana Menteri baharu. Bergantung pada masa sesi Diet itu ditutup dan jika dan apabila kabinet baharu membubarkan Dewan Rakyat, tarikh pilihan raya yang mungkin berkisar dari akhir Oktober hingga 14 November tanpa pembubaran atau sehingga 28 November dengan pembubaran. Jika pilihan raya diadakan pada penghujung Oktober atau November, pilihan raya 2021 akan menjadi yang pertama dalam sejarah pasca perang yang akan diadakan bukan sahaja pada, tetapi selepas akhir penggal sebenar (21 Oktober).
Pada 4 Oktober, Perdana Menteri yang baru dipilih Fumio Kishida menjadualkan pilihan raya akan diadakan pada 31 Oktober, dengan pembubaran Dewan Perwakilan pada 14 Oktober, hari terakhir sesi Diet luar biasa dan kempen yang akan bermula pada 19 Oktober.
Pertimbangan sebelumnya
[sunting | sunting sumber]Dengan peletakan jawatan Shinzo Abe pada 2020 daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri disebabkan isu kesihatan, timbul spekulasi mengenai kemungkinan pilihan raya mengejut akan diadakan sebelum tamat penggal penuh, tetapi ini sebenarnya tidak berlaku. Sebelum pengumuman peletakan jawatan Yoshihide Suga pada 2021, pemerintah memang mempertimbangkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya umum pada 17 Oktober, beberapa hari sebelum tamat tempoh empat tahun bagi ahli Dewan Perwakilan, menurut sumber pemerintah pada 30 Ogos.[35]
Manifesto parti
[sunting | sunting sumber]Manifesto LDP, bertajuk "Cipta era baharu bersama anda" telah diterbitkan pada 12 Oktober dengan poin-poin berikut:[36][37]
- Pengagihan semula kekayaan untuk memulihkan ekonomi Jepun dan memperkasakan kelas pertengahan
- Pelepasan cukai untuk syarikat yang sanggup menaikkan gaji
- Majukan pembaharuan pentadbiran untuk memudahkan pendigitalan
- Pelaburan besar-besaran dalam sains dan teknologi, dan dana untuk penyelidikan universiti
- Lindungi rantaian bekalan yang teguh untuk bahan kritikal, seperti nadir bumi
- Pasport vaksin COVID-19 elektronik
- Pembangunan berterusan penjanaan kuasa gabungan nuklear, dan pengembangan tenaga boleh diperbaharui untuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050
- Memperluas sokongan untuk perniagaan kecil dan sederhana yang dilanda pandemik COVID-19
- Tawarkan subsidi untuk syarikat jika mereka berpindah ke industri baharu
- Pindaan perlembagaan termasuk pungutan suara perlembagaan Jepun yang dicadangkan untuk menyebut secara khusus Angkatan Pertahanan Diri dalam Perkara 9 Perlembagaan dan mewujudkan peruntukan yang memberikan Kabinet kuasa yang lebih kuat dalam keadaan darurat
- Menaikkan belanjawan pertahanan Jepun “melebihi dua peratus” daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan meningkatkan keupayaan pertahanan Jepun
- Sokong bidaan Taiwan untuk menyertai perjanjian CPTPP dan status pemerhati WHO
- Menggalakkan pelucutan senjata nuklear selanjutnya dan nonproliferasi nuklear[38]
Walau bagaimanapun, pemerhati[39] menyatakan bahawa janji Perdana Menteri Kishida semasa kempen kepimpinan LDP beliau tidak ada di dalam manifesto, dan manifesto itu banyak dipengaruhi oleh tokoh konservatif LDP seperti Sanae Takaichi, Akira Amari dan bekas Perdana Menteri Shinzo Abe.
Pada 13 Oktober, CDPJ menambah manifestonya:[40][41]
- Membenarkan pasangan menggunakan nama yang berbeza
- Undang-undang kesaksamaan untuk golongan LGBTQ
- Undang-undang yang mengiktiraf perkahwinan sejenis
- Belanjawan tambahan bernilai lebih 30 trilion dan pemberian tunai sebanyak 120,000 kepada individu berpendapatan rendah
- Pemotongan sementara dalam kadar cukai penggunaan daripada 10% kepada 5%
- Menukar cukai korporat kepada sistem progresif
- Menaikkan siling cukai pendapatan ke atas individu kaya
- Naikkan cukai keuntungan modal kepada 25% menjelang 2023 secara prinsip dan akhirnya kepada 30%
- Merealisasikan neutraliti karbon tanpa bergantung kepada kuasa nuklear, dan 100% tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050
- Memperluas sokongan orang ramai untuk perumahan, pendidikan, penjagaan kesihatan, taska dan penjagaan warga emas
- Keadaan yang lebih baik untuk profesional perubatan dengan bonus 200,000 gaji, menambah kakitangan di pusat kesihatan awam dan memperluaskan ujian PCR
- Semakan kepada Perjanjian Pasukan Status AS–Jepun
- Hentikan kerja pembinaan yang berkaitan dengan penempatan semula Stesen Udara Kor Marin Futenma di Okinawa
- Masukkan Jepun ke dalam Perjanjian Larangan Senjata Nuklear sebagai pemerhati
Keputusan
[sunting | sunting sumber]Banyak tinjauan meramalkan LDP yang lemah atau kehilangan sepenuhnya kawalan pemerintah dalam pilihan raya ini.[42] Menurut satu tinjauan oleh The Japan Times, LDP dijangka kehilangan kira-kira 40 kerusi. Walaupun LDP kehilangan 15 kerusi, mereka dengan selesa mengekalkan majoriti parti tunggal mereka dalam Diet.[43][44]
Gabungan pembangkang CDP, JCP, SDP, dan Reiwa Shinsengumi gagal meningkatkan bahagian kerusi mereka, mengalami kehilangan bersih 13 kerusi. CDP sendiri kekal sebagai parti pembangkang terbesar, menduduki tempat kedua dengan 96 kerusi. Nippon Ishin no Kai yang berpangkalan di Osaka menyaksikan penamat tempat ketiga yang kukuh dengan 41 kerusi, keuntungan bersih sebanyak 30. Parti itu menyapu bersih semua kecuali empat kerusi di wilayah Osaka, yang mana mereka tidak mengisi mana-mana nama calon. Parti itu juga mendapat tempat pertama di Blok Berkadar Kinki.
Reaksi
[sunting | sunting sumber]Keputusan itu mengecewakan bagi parti pembangkang berhaluan kiri Jepun, yang telah berusaha untuk memanfaatkan penarafan penolakan tinggi pentadbiran LDP baru-baru ini.[45] Dua parti pembangkang terbesar, Parti Demokratik Berpelembagaan dan Parti Komunis, kedua-duanya kehilangan kerusi walaupun sudah membentul perjanjian calon bersatu dan platform dasar bersama. Pemimpin CDP, Yukio Edano, mengumumkan dua hari selepas pilihan raya bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai pemimpin berikutan prestasi terkini parti.[46]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Parti Demokratik Berperlembagaan semasa ialah parti baharu yang ditubuhkan pada September 2020 berikutan penggabungan antara CDP, majoriti bekas Parti Demokratik Rakyat dan beberapa ahli Diet bebas. Parti baharu itu mengundi untuk mengekalkan nama CDP serta Edano sebagai ketua.
- ^ Parti Demokrat bergabung dengan Kibō no Tō pada Mei 2018, membentuk Parti Demokrasi untuk Rakyat. Majoriti DPFP kemudiannya bergabung dengan Parti Demokratik Berperlembagaan pada September 2020, namun 14 ahli enggan bergabung dan sebaliknya menubuhkan parti baharu dengan mengekalkan nama dan penjenamaan DPFP.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "れいわ・山本太郎氏 ドタバタ比例立候補で失った「山本太郎」の名前…無効票危惧(東スポWeb)". Yahoo!ニュース (dalam bahasa Jepun). Yahoo! Japan. Yahoo! News Japan. Dicapai pada 18 Oktober 2021.
- ^ "Voting for Japan's Lower House underway | NHK WORLD-JAPAN News". NHK WORLD (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Oktober 2021.
- ^ "Japan's Ruling Coalition Poised to Keep Power Despite Losses". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). 31 Oktober 2021. Dicapai pada 31 Oktober 2021.
- ^ 日本放送協会. "【時系列まとめ】衆議院選挙 開票速報タイムライン 全議席確定". NHKニュース (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 1 November 2021.
- ^ Harding, Robin (20 November 2019). "Shinzo Abe becomes Japan's longest serving prime minister". Financial Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 November 2019.
- ^ Rich, Motoko (28 Ogos 2020). "Shinzo Abe, Japan's Longest-Serving Prime Minister, Resigns Because of Illness". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
- ^ "Yoshihide Suga elected Japan's new prime minister succeeding Shinzo Abe". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 16 September 2020. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
- ^ Johnston, Eric (10 September 2020). "Yukio Edano elected chief of new CDP, Japan's top opposition party". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 September 2020.
- ^ "Democratic Party for the People launched with little sense of excitement". Mainichi Daily News (dalam bahasa Inggeris). 8 Mei 2018. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
- ^ Company, The Asahi Shimbun. "開票速報|2020都知事選(東京都知事選挙):朝日新聞デジタル". 朝日新聞デジタル (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 26 Oktober 2021.
- ^ Minami, Daisuke (2 Ogos 2019). "Is populism finally coming to Japan?". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Julai 2021.
- ^ "Suga's approval rating plunges toward point of no return". Nikkei Asia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Oktober 2021.
- ^ Ray, Siladitya. "Japanese Prime Minister Suga Drops Re-Election Bid As Approval Ratings Nosedive Amid Covid Surge". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Oktober 2021.
- ^ "LDP, Komeito fail to win majority in Tokyo assembly" (dalam bahasa Inggeris). The Mainichi Shimbun. 5 Julai 2021. Dicapai pada 5 Julai 2021.
- ^ "Japan ends Tokyo 2020 with record medal haul" (dalam bahasa Inggeris). Reuters. 8 Ogos 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
- ^ "FOCUS: Japan PM Suga losing out due to poor COVID response as Olympics end" (dalam bahasa Inggeris). Kyodo News. 9 Ogos 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
- ^ "Tokyo 2020: What's happening to Covid during the Olympics?". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 4 Ogos 2021. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
- ^ "Japan COVID-19 Cases Hit 1 Million Amid Olympics, Infections Spread Beyond Tokyo". NDTV.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Oktober 2021.
- ^ "Japan PM Suga's support slides to record low as Olympic Games close: survey" (dalam bahasa Inggeris). The Business Times.
- ^ "FOCUS: Steps that made Tokyo Olympics possible also left public disconnected" (dalam bahasa Inggeris). Kyodo News. 9 Ogos 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
- ^ "Five Things to Watch for in Japan's Upcoming Elections". www.csis.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Oktober 2021.
- ^ "Olympic feelgood factor evaporates as fearful Tokyo awaits Paralympics" (dalam bahasa Inggeris). The Guardian. 21 Ogos 2021. Dicapai pada 21 Ogos 2021.
- ^ "Suga's easy re-election hopes clouded by potential opponents" (dalam bahasa Inggeris). Kyodo News. 8 Ogos 2021. Dicapai pada 8 Ogos 2021.
- ^ "Analysis: Risks of party revolt grow for Japan's PM Suga after local poll loss" (dalam bahasa Inggeris). Reuters. 23 Ogos 2021. Dicapai pada 23 Ogos 2021.
- ^ "Analysis: Risks of party revolt grow for Japan's PM Suga after local poll loss" (dalam bahasa Inggeris). Reuters. 23 Ogos 2021. Dicapai pada 23 Ogos 2021.
- ^ "Shimomura Ready to Challenge Suga in LDP Leadership Race" (dalam bahasa Inggeris). nippon.com. Dicapai pada 18 Ogos 2021.
- ^ "Suga's easy re-election hopes clouded by potential opponents" (dalam bahasa Inggeris). Kyodo News. 8 Ogos 2021. Dicapai pada 8 Ogos 2021.
- ^ "Analysis: Risks of party revolt grow for Japan's PM Suga after local poll loss" (dalam bahasa Inggeris). Reuters. 23 Ogos 2021. Dicapai pada 23 Ogos 2021.
- ^ "'Suga decides not to run in LDP leadership race". language=en. 3 September 2021. Dicapai pada 3 September 2021.
- ^ "Ex-Foreign Minister Kishida to become next Japan PM after party vote" (dalam bahasa Inggeris). Kyodo News. 29 September 2021. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
- ^ "Kishida takes office as Japan PM, eyes Oct. 31 general election" (dalam bahasa Inggeris). Kyodo News. 4 Oktober 2021. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
- ^ "Japan PM Suga unlikely to call election in early Sept., late Nov. possible" (dalam bahasa Inggeris). Kyodo News. 17 Ogos 2021.
- ^ "公職選挙法" (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 6 September 2021.
- ^ "Japan's general election to be held Oct. 31: sources" (dalam bahasa Inggeris). Kyodo News. 4 Oktober 2021.
- ^ "Japan may opt for Oct. 17 election without dissolving lower house". Kyodo News (dalam bahasa Inggeris). 31 Ogos 2021. Dicapai pada 31 Ogos 2021.
- ^ "Japan's ruling party unveils manifesto with focus on coronavirus, defence". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 12 Oktober 2021. Dicapai pada 13 Oktober 2021.
- ^ "Ruling LDP's election manifesto at odds with Kishida's campaign commitments". Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 13 Oktober 2021. Dicapai pada 13 Oktober 2021.
- ^ "Pre-election briefing: Here's where the parties stand on the issues". Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 29 Oktober 2021. Dicapai pada 29 Oktober 2021.
- ^ "Ruling LDP's election manifesto at odds with Kishida's campaign commitments". Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 13 Oktober 2021. Dicapai pada 13 Oktober 2021.
- ^ "Japan's largest opposition party focuses on human rights in party platform". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 13 Oktober 2021. Dicapai pada 13 Oktober 2021.
- ^ "In election platform, Japan's main opposition force vows to tax the rich". Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 12 Oktober 2021. Dicapai pada 13 Oktober 2021.
- ^ "Polls Say Ruling LDP May Lose Outright Majority: Japan Election". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). 29 Oktober 2021. Dicapai pada 1 November 2021.
- ^ Murakami, Sakura; Park, Ju-min; Takenaka, Kiyoshi (1 November 2021). "Japan's Kishida defies expectations as ruling LDP easily keeps majority". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 November 2021.
- ^ Sugiyama, Satoshi (19 Oktober 2021). "LDP projected to retain majority in election but lose 40 seats". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 November 2021.
- ^ Johnston, Eric (1 November 2021). "Failed cooperation effort prompts soul-searching by Japan's opposition". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 November 2021.
- ^ "CDP leader Yukio Edano to quit post after poor election results". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 2 November 2021. Dicapai pada 2 November 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Pilihan raya umum Jepun 2021 di Wikimedia Commons