Pilihan raya kecil Rantau 2019
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
Kerusi Rantau di Dewan Undangan Negeri Sembilan. Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak. | |||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Rantau 2019 merupakan pilihan raya kecil yang ketujuh selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Pilihan Raya ini diadakan berikutan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding penyandangnya, Dato' Seri Mohamad bin Hasan|Mohamad Hasan pada PRU lalu tidak sah dan terbatal[1]. Pilihan Raya kecil ini diadakan pada 13 April 2019.
Penamaan Calon
[sunting | sunting sumber]Pilihan Raya Kecil Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH-PKR, BN-UMNO dan juga dua orang Bebas. PKR telah mempertaruhkan Dr Streram Sinnasamy. BN pula mencalonkan Timbalan Presiden UMNO yang juga penyandang, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan. Manakala calon Bebas yang bertanding ketika itu adalah Cik Malar Rajaram dan Haji Mohd Nor Yassin[2].
Keputusan Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan keputusan rasmi[3]
Parti | Nama Calon | Undi | Keputusan |
---|---|---|---|
BN-UMNO | Mohamad Haji Hasan | 10,397 | Menang |
PH-PKR | Dr Streram Sinnasamy | 5,887 | Kalah |
Bebas | Malar Rajaram | 83 | Hilang Deposit |
Bebas | Mohd Nor Yassin | 79 | Hilang Deposit |