Pergi ke kandungan

Pilihan raya Presiden Slovenia 2017

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pilihan raya presiden telah diadakan di Slovenia pada 22 Oktober 2017. Sembilan orang calon telah bertanding dalam pilihan raya ini termasuk Presiden Borut Pahor. Memandangkan tiada calon mendapat undian majoriti, maka pilihan raya pusingan kedua antara Pahor dan Marjan Šarec telah diadakan pada 12 November 2017.[1] Pahor telah memenangi pusing kedua dengan undian sebanyak 53%,[2] dengan jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah terendah dalam sejarah pilihan raya presiden sejak kemerdekaan.[3]

Seramai sembilan orang calon telah bertanding dalam pilihan raya pada kali ini, iaitu:

  • Borut Pahor
  • Marjan Šarec
  • Ljudmila Novak
  • Maja Makovec Brenčič
  • Romana Tomc
  • Boris Popovič
  • Angelca Likovič
  • Andrej Šiško
  • Suzana Lara Krause

Keputusan

[sunting | sunting sumber]
Calon Parti Pusingan pertama Pusingan kedua
Undian Peratus Undian Peratus
Borut Pahor Calon bebas 355,117 47.21 373.877 52.94
Marjan Šarec List of Marjan Šarec 186,235 24.76 332.366 47.06
Romana Tomc Parti Demokratik Slovenia 102,925 13.68
Ljudmila Novak Slovenia Baru 54,437 7.24
Andrej Šiško Gerakan Slovenia Bersatu 16,636 2.21
Boris Popovič Slovenia Selamanya 13,559 1.80
Maja Makovec Brenčič Parti Tengah Moden 13,052 1.74
Suzana Lara Krause Parti Rakyat Slovenia 5,885 0.78
Angelca Likovič Suara untuk Kanak-kanak & Keluarga 4,418 0.59
Jumlah 753,264 100 715,096 100
Undi tidak sah 5,634 8,853
Jumlah 757.898 100 715.096 100
Pengundi berdaftar 1,713,744 44.24 1,713,473 41.74
Fuente: Volitve
  1. ^ "Predsedniške volitve bodo 22. oktobra :: Prvi interaktivni multimedijski portal, MMC RTV Slovenija". Rtvslo.si. Dicapai pada 2017-09-05.
  2. ^ "Predsedniške volitve 2017". Volitve.gov.si. Dicapai pada 2017-11-12.
  3. ^ "Pahor zmagal v šestih volilnih enotah, Šarec v dveh | Grem Volit 2017". Rtvslo.si. Dicapai pada 2017-11-12.