Pilihan Raya Dewan Perwakilan Amerika Syarikat 2010 diadakan pada 2 November 2010, di separuh jalan penggal pertama Barack Obama selaku Presiden Amerika Syarikat. Pilihan raya ini mempertandingkan kesemua 435 kerusi yang mewakili 50 negeri di Amerika Syarikat.
Parti Republikan mendapat tambahan bersih 64 kerusi dari Demokrat, sekaligus menguasai semula Dewan sejak kekalahan pada pilihan raya tahun 2006. Bilangan ini adalah kemenangan Dewan terbesar oleh sebuah parti sejak tahun 1948, dan juga yang terbesar dalam mana-mana pilihan raya separuh penggal sejak tahun 1938.[4][5] Walaupun adalah kebiasaan bagi parti yang menguasa Rumah Putih untuk kehilangan kerusi dalam pilihan raya separuh penggal, namun kekalahan Parti Demokratik ini agak luar biasa dan dipercayai berpunca daripada pengangguran tinggi (yang mencapai purata hampir 10% pada tahun itu) ekoran krisis kewangan 2007–2010, kelulusan Patient Protection and Affordable Care Act yang penuh kontroversi,[6] pendedahan Republikan yang rendah (kerana kehilangan sejumlah 55 kerusi kepada Demokrat dalam dua pilihanraya lalu) dan jumlah pengundi lebih tua dan konservatif yang lebih besar daripada biasa (25% para pengundi kali ini berusia 65 tahun ke atas).[7] Jumlah kehadiran 3% lebih tinggi daripada pilihan raya separuh penggal yang lalu.
^ abRealClearPolitics lists the number as 240, but TX-27 remains uncalled by the AP and most major organizations. NC-2 has been called by most organizations for Republicans, but is still listed by Politico as undecided. See http://www.politico.com/news/stories/1110/45063.html