Pilihan Raya Majlis Perbandaran
Penampilan
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah Pilihan Raya Majlis Perbandaran telah diadakan di tiga buah perbandaran yaitu di Perbandaran Tranquerah (Tengkera), Fort (Kubu) & Bukit Cina, Melaka dan juga di Perbandaran Georgetown, Pulau Pinang pada 1 Disember 1951 manakala Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur telah ditunda pada 16 Februari 1952 disebabkan proses pendaftaran pemilih mendapat maklum balas yang perlahan. Dan ini adalah pilihan raya pertama dalam sejarah Malaya atau kini disebut Malaysia.
Senarai Parti Terlibat
[sunting | sunting sumber]Daftar senarai nama parti politik yang bertanding didalam pilihan raya majlis perbandaran mengikut negeri adalah :
Majlis Perbandaran Melaka Disember 1951 :
- Parti Progresif
- Parti Buruh
- Parti UMNO
- Parti Bebas
Majlis Perbandaran Georgetown Disember 1951 :
- Parti Radikal
- Parti UMNO
- Parti Buruh
- Parti Bebas
Majlis Perbandaran Kuala Lumpur Februari 1952 :
- Parti Perikatan
- Parti Kemerdekaan Malaya
- Parti Buruh
- Parti Bebas