Misa
Misa ([mi.sa], Latin: Missa ; bahasa Inggeris: Mass ) merujuk kepada upacara keagamaan dalam Gereja Katolik di mana Perjamuan Kudus atau Ekaristi dirayakan oleh seorang atau beberapa orang paderi. Di dalam gereja-gereja Protestan, perayaan Perjamuan Kudus tidak dipanggil Misa, tetapi istilah Kebaktian, Komuni Suci, atau Perjamuan Suci sering digunakan bagi merujuk kepada perkara yang sama.
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Istilah "misa" menyerap perkataan Portugis: missa[1] yang berakar dari bahasa Latin kuno harfiahnya bererti "pergi berpencar atau diutus". Kata ini dipakai dalam pengucapan semasa bahagian akhir Perayaan Ekaristi yang berbunyi "Ite, missa est" "Pergilah, tugas perutusan telah diberikan", atau lebih tepatnya, "Marilah pergi. Kita diutus."[2]
Amalan mengikut mazhab gereja
[sunting | sunting sumber]Katolik Rom
[sunting | sunting sumber]Upacara ini dilihat sebagai "sumber dan kemuncak kehidupan beragama" di mana sakramen-sakramen lain ditumpukan kepadanya.[3] Mazhab gereja ini percaya bahawa ia merupakan pengorbanan sama yang dilakukan Yesus Kristus semasa beliau disalib di Golgotha.
Orang yang mengendalikan upacara ini - sama ada ketua paderi atau uskup - dilihat melakukan perbuatan ini in persona Christi, yakni mengikuti kata-kata dan perilaku sama Yesus ketika Santapan Terakhir beliau bersama hawari-hawarinya. Terdapat dua bahan yang disediakan dalam upacara ini iaitu:
- sejenis roti atau wafer keras khas
- wain.
Beberapa kata disebut paderi akan berlakunya suatu "perubahan sifat" (transubstantiation / transsubstantiatio) melalui perantara Roh Kudus yang dipercayai dalam gereja, di mana wain "ditukar sifat" kepada darah suci Yesus manakala roti yang khusus itu "dijadikan" tubuh suci Yesus.
Anglikan
[sunting | sunting sumber]Upacara yang dilaksanakan mazhab Anglikanisme (dikenali dengan nama Holy Communion, Holy Eucharist, Lord's Supper atau Divine Liturgy[4]) cenderung berbeza mengikut musim dan kawasan setempat, namun adanya beberapa ciri utama yang kekal dan sama:[5]
- Gathering ("Pertemuan") - pengucapan yang menyambut kehadiran Tritunggal "Blessed be God: Father, Son and Holy Spirit. And Blessed be his kingdom, now and forever. Amen" (Terpujilah Tuhan: Bapa, Putera dan Roh Kudus. Dan Terpujilah KerajaanNya, sekarang dan selama-lamanya. Amin) .[6] Ia diikuti dengan upacara pengakuan dan penebusan dosa. Bahagian ini diakhiri dengan suatu bacaan doa (collect) harian.
- Proclaiming and Hearing the Word ("Pewartaan dan Pendengaran Ayat Suci") - Pembacaan dua hingga tiga daripada Alkitab terutamanya daripada Injil, serta nyanyian Mazmur sebagai selingan. Ia diikuti suatu khutbah khusus.
- The Prayers of the People ("Doa Umat")
- The Peace ("Upacara Damai") - jemaah gereja berdiri dan saling bersalaman.
- The Celebration of the Eucharist ("Perayaan Ekaristi") - Roti dan wain diberikan serta juga hadiah lain termasuk sumbangan wang dan makanan dituruti dengan bacaan doa berkaitan Perjamuan. Suatu bacaan doa kesyukuran ("The Great Thanksgiving") turut diberikan. Perjamuan dimulakan dengan bacaan doa Pater Noster sebelum bahan-bahan sembahyang dipecahkan dan diagihkan kepada jemaah gereja.
- Dismissal ("Penyuraian") - Suatu doa kesyukuran dan peringatan kepada Tritunggal diucapkan sebelum majlis bersurai.
Luteran
[sunting | sunting sumber]Metodis
[sunting | sunting sumber]Upacara misa dalam gereja Metodisme (dikenali dengan nama Service of the Table - "Upacara Meja") ialah berdasarkan kandungan dalam kitab 1662 Book of Common Prayer nukilan John Wesley yang dikemaskini tahun 1784 bertajuk The Sunday Service ("Upacara Ahad").[7] Orang yang bertanggungjawab menguruskan Perjamuan ini mesti mempunyai pentauliahan kepaderian yang sah. [8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 228.
- ^ Missa adalah kata Latin kuno yang searti dengan kata Latin klasik missio (The Liturgy of the Mass di Catholic Encyclopedia). "Secara harafiah missa ertinya 'pembubaran'. Akan tetapi, kata tersebut lama-kelamaan dimaknai secara lebih mendalam di mana ia dikaitkan dengan pengembanan suatu 'misi' cerminan ungkapan sifat mubaligh Gereja" (Pope Benedict XVI, Sacramentum caritatis, 51).
- ^ Catechism of the Catholic Church, 1324
- ^ "The Catechism (1979 Book of Common Prayer): The Holy Eucharist". Dicapai pada 19 November 2011.
- ^ Seddon, Philip (1996). "Word and Sacrament". Dalam Bunting, Ian (penyunting). Celebrating the Anglican Way. London: Hodder & Stoughton. m/s. 107,8.
- ^ Book of Common Prayer p. 355 Holy Eucharist Rite II
- ^ Wainwright, Geoffrey (2006). The Oxford History of Christian Worship (dalam bahasa enh). Oxford University Press. m/s. 602. ISBN 9780195138863.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Beckwith, R.T. Methodism and the Mass (dalam bahasa Inggeris). Church Society. m/s. 116.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Doktrin Katolik Rom
- Catechism of the Catholic Church, 1322-1419
- "Liturgy of the Mass". Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton Company. 1913.
Doktrin Luteran