Pergi ke kandungan

Pika Berkolar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pika Berkolar
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
O. collaris
Nama binomial
Ochotona collaris
(Nelson, 1893)
Taburan Pika Berkola

Pika Berkolar (Ochotona collaris) ialah sejenis lagomorfa kecil (~160 gram) yang hidup di padang batu tongkol di negeri Alaska tengah dan selatan (Amerika Syarikat),[2] dan sesetengah bahagian Kanada, termasuk British Columbia utara, Yukon, dan bahagian barat Wilayah Utara. Ia bersaudara rapat dengan Pika Amerika (O. princeps). Pika Berkolar tidak bersosial, tidak berhibernasi,[3] dan banyak menghabiskan musim panasnya dengan mengumpul tumbuh-tumbuhan untuk disimpan di bawah batu-batuan sebagai bekalan makanan sempena musim sejuk.[4]

Pika Berkolar menjadi matang untuk membiak pada usia setahun, dan melahirkan 2-3 anak setahun dalam sarang di dalam talus. Anak pika tinggal dalam sarang selama sekitar 30 hari sebelum disapih dan boleh keluar. Anak pika kekal dalam wilayah induknya selama beberapa hari sahaja sebelum menjadi berdikari dan berpecah untuk mencari wilayah sendiri.

  1. ^ Smith, A.T. & Johnston, C.H. (2008). Ochotona collaris. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 10 November 2008. Database entry includes a brief justification of why this species is of least concern.
  2. ^ Savage, Melissa. "Ochotona collaris". Animal Diversity Web. Dicapai pada 2007-08-22.
  3. ^ "Ochotona collaris". Smithsonian National Museum of Natural History. Dicapai pada 2007-08-22.
  4. ^ "Collared Pika". Yukon Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-05. Dicapai pada 2007-08-22.