Lepus timidus
Kelinci Gunung کلينچي ݢونوڠ | |
---|---|
Arnab Gunung berbulu musim panas | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | L. timidus
|
Nama binomial | |
Lepus timidus Linnaeus, 1758
| |
Taburan Lepus timidus (hijau - asli, merah - pendatang) |
Kelinci Gunung dalam (Tulisan Jawi: کلينچي ݢونوڠ) (Lepus timidus) ialah sejenis arnab liar yang amat tersuai dengan habitat kutub dan pergunungan. Ia bertaburan dari rantau Fennoscandia hingga Siberia timur; selain itu terdapat populasi yang terpencil di Alps, Ireland, Poland, United Kingdom dan Hokkaidō. Ia juga dibawa masuk ke Shetland dan Kepulauan Faroe. Kelinci Gunung mencapai kepanjangan 46–65 sentimeter (18–26 in) dan jisim 2–4 kilogram (4.4–8.8 lb); yang betina lebih berat sedikit berbanding yang jantan[2].
Pada musim panas, hampir semua populasi Kelinci Gunung bertukar warna bulunya menjadi keperangan. Ketika bersedia untuk musim sejuk, kebanyakan populasi bersalin bulu menjadi putih. Ekornya kekal putih sepanjang tahun, maka di sinilah bezanya Arnab Gunung dengan Kelinci Perang yang ekornya hitam pada sisi atasnya[2]. Subspesies Lepus timidus hibernicus (Kelinci Gunung Ireland) kekal berwarna perang sepanjang tahun dan jarang tumbuh bulu putih; selain itu, ekornya juga berwarna gelap atau kelabu pada luarannya, padahal populasi yang lain pula kekal putih pada bahagian berkenaan. Warna ekor ini bersama saiznya yang besar (berbanding populasi arnab yang lain) serta rona keperangan yang diperlihatkan oleh kelinci Ireland ini boleh menyebabkan ia disalah sangka sebagai Arnab Perang (Lepus europaeus).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Lagomorph Specialist Group (1996). Lepus timidus. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 28 Januari 2010.
- ^ a b "Mountain Hare". ARKive. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-28. Dicapai pada 28 Januari 2010.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Lepus timidus |
- Spesies kurang membimbangkan Senarai Merah IUCN
- Lepus
- Mamalia di Eropah
- Fauna di Ireland
- Mamalia di Asia
- Haiwan daratan Artik
- Mamalia di United Kingdom
- Fauna di Kepulauan Faroe
- Fauna di Sweden
- Fauna di Norway
- Fauna di Finland
- Fauna di Rusia
- Fauna di Kazakhstan
- Fauna di Estonia
- Fauna di Lithuania
- Fauna di Latvia
- Fauna di Poland
- Fauna di Belarus
- Fauna di Ukraine
- Fauna di Slovenia
- Fauna di Itali
- Mamalia di Austria
- Fauna di Liechtenstein
- Mamalia di Switzerland
- Fauna di Perancis
- Fauna di Jerman