Pergi ke kandungan

Philippe Senderos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Philippe Senderos
Senderos bersama Switzerland pada tahun 2006
Maklumat peribadi
Nama penuh Philippe Sylvain Senderos
Tarikh lahir (1985-02-14) 14 Februari 1985 (umur 39)
Tempat lahir Geneva, Switzerland
Ketinggian 1.90 m (6 ka ​2 1316 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Aston Villa
Nombor 14
Kerjaya remaja
1992–2002 Servette
2003–2004 Arsenal
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002–2003 Servette 26 (3)
2004–2010 Arsenal 84 (4)
2008–2009Milan (pinjam) 14 (0)
2010Everton (pinjam) 2 (0)
2010–2014 Fulham 57 (3)
2014 Valencia 8 (0)
2014– Aston Villa 8 (0)
Pasukan kebangsaan
2005– Switzerland 54 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1:59 1 September 2014 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 20 June 2014

Philippe Sylvain Senderos (lahir 14 Februari 1985) ialah pemain bola sepak profesional Switzerland yang bermain sebagai pertahanan untuk kelab Inggeris, Aston Villa dan pasukan kebangsaan Switzerland. Dia memulakan kariernya di Servette sebelum berpindah ke Arsenal. Dia menjadi pemain tetap di Arsenal dan memenangi Piala FA pada tahun 2005 sebelum dipinjamkan kepada Milan dan Everton. Dia kemudiannya berpindah ke Fulham secara perpindahan percuma sebelum menyertai Valencia CF. Dia menyertai Aston Villa pada tahun 2014.

Seorang pemain antarabangsa Switzerland sejak tahun 2005, Senderos telah membuat lebih daripada 50 penampilan dan menjaringkan 5 gol antarabangsa. Dia dimasukkan ke dalam skuad Switzerland untuk tiga Piala Dunia dan Euro 2008.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Senderos merupakan anak kepada imigran Serbia (Zorica Novković) dan Sepanyol (Julián Senderos). Pada 20 Julai 2009, Senderos mengahwini teman wanita, Sara.[1] Senderos boleh bercakap dalam lima bahasa: Inggeris, Perancis, Sepanyol, Jerman dan Itali.[2] Adik beradiknya, Julien merupakan pemain bola keranjang profesional sehingga tahun 2011.[3]

  1. ^ "Sie tröstet Senderos". blick.ch. 18 June 2010.
  2. ^ Anna Kessel (17 April 2005). "Arsenal's cultured ministry of defence". The Observer. London. Dicapai pada 2013-12-13.
  3. ^ "FIBAeurope.com". FIBAeurope.com. 18 September 1980.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]