Pergi ke kandungan

Unai Emery

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Unai Emery
Emery ketika menjadi jurulatih Arsenal pada 2019
Maklumat peribadi
Nama penuh Unai Emery Etxegoien[1]
Tarikh lahir (1971-11-03) 3 November 1971 (umur 53)[1]
Tempat lahir Hondarribia, Sepanyol
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Aston Villa (ketua jurulatih)
Kerjaya remaja
1986–1990[2] Real Sociedad
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1990–1995 Real Sociedad B 89 (8)
1995–1996 Real Sociedad 5 (1)
1996–2000 Toledo 126 (2)
2000–2002 Racing Ferrol 61 (7)
2002–2003 Leganés 28 (0)
2003–2004 Lorca Deportiva 30 (1)
Jumlah 339 (18)
Pasukan diurus
2004–2006 Lorca Deportiva
2006–2008 Almería
2008–2012 Valencia
2012 Spartak Moscow
2013–2016 Sevilla
2016–2018 Paris Saint-Germain
2018–2019 Arsenal
2020–2022 Villarreal
2022– Aston Villa
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Unai Emery Etxegoien ( Sebutan Sepanyol: [uˈnaj ˈemeɾi] ; lahir 3 November 1971) merupakan jurulatih bola sepak berasal dari Sepanyol dan bekas pemain yang kini merupakan ketua jurulatih kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa.

Selepas kerjaya pemain bola sepak beliau yang dihabiskan kebanyakannya bermain di Segunda División Sepanyol, Emery bertukar karier menjadi jurulatih selepas bersara pada tahun 2004. Dia bermula di Lorca Deportiva, di mana dia membawa kelab itu naik ke Segunda División pada musim pertamanya . Beliau kemudiannya menyertai Almería, yang beliau memimpin keleb naik ke La Liga buat kali pertama dalam sejarah kelab. Beliau kemudiannya berpindah ke Valencia, membawa pasukan itu ke tempat tiga teratas. Selepas meninggalkan Valencia, beliau melatih Spartak Moscow selama enam bulan, sebelum berpindah ke Sevilla pada 2013.

Di Sevilla, Emery memenangi tiga kali berturut-turut trofi Liga Europa, dan berpindah ke kelab Perancis Paris Saint-Germain pada 2016. Di sana, beliau memenangi gelaran Ligue 1, dua gelaran Coupe de France, dua gelaran Coupe de la Ligue, dan dua gelaran Trophée des Champions, yang termasuk 4 gelaran semusim yang merupakan musim keduanya.[3]Selepas tamat kontraknya, Emery dilantik sebagai ketua jurulatih kelab Inggeris Arsenal pada 2018, menggantikan Arsène Wenger.[4] Beliau menamatkan saingan sebagai naib juara Liga Europa[5] pada musim pertamanya, sebelum dipecat pada November 2019 selepas beberapa siri keputusan buruk.[6] Beliau dilantik oleh Villarreal pada Julai 2020,[7] di mana beliau memenangi Liga Europa pada musim pertamanya.[8]

Kehidupan awal dan karier sebagai pemain

[sunting | sunting sumber]

Emery dilahirkan di Hondarribia, Gipuzkoa, Negara Basque.[9][10] Bapa dan datuknya, masing-masing bernama Juan dan Antonio, juga merupakan pemain bola sepak, kedua-duanya penjaga gawang. Juan bermain untuk beberapa kelab di peringkat kedua, manakala Antonio beraksi bersama dengan Real Unión di bahagian teratas.[11][12] Bapa saudara Emery, Román, bermain sebagai pemain tengah.[13][14]

Emery, pemain tengah sebelah kiri, adalah graduan akademi bola sepak remaja Real Sociedad, tetapi tidak pernah diletakkan ke dalam senarai pemain pasukan utama (Ketika berusia 24 tahun dia beraksi dalam lima La Liga perlawanan, menjaringkan gol menentang Albacete Balompié dalam kemenangan 8–1 di tempat sendiri).[15] Selepas itu, beliau meneruskan kariernya kebanyakannya dalam Segunda División, mengumpul 215 perlawanan dan sembilan gol sepanjang tujuh musim.

Beliau bersara daripada bola sepak dengan Lorca Deportiva CF menjadi kelab terakhir beliau pada usia 32 tahun, selepas satu musim dalam Segunda División B.

Emery ialah penutur asli bahasa Basque.[16] Emery terkenal dengan bahasa Inggeris loghat (accent) Basque dan telah diejek secara terbuka oleh pemainnya semasa karier pengurusannya di Arsenal.[17]

  1. ^ a b c "Emery: Unai Emery Etxegoien: Manager" (dalam bahasa Inggeris). BDFutbol. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  2. ^ "Emery: "¿La Real? Me debo al Sevilla, pero mis orígenes no los olvido"" [Emery: "Real? Saya terhutang budi dengan Sevilla, tapi saya tidak melupakan asal usul saya"] (dalam bahasa Sepanyol). Cadena SER. 29 Mei 2015. Dicapai pada 30 Disember 2017.
  3. ^ Dupré, Rémi (28 Mei 2017). "Football: vers une deuxième saison au PSG pour l'entraîneur Unai Emery?" [Bola Sepak:Adakah Unai Emery masih mempunyai harapan pada musim keduanya di PSG?]. Le Monde (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 29 Mei 2017.
  4. ^ "Arsenal akan lantik Unai Emery gantikan Arsene Wenger". Astro Awani. 22 Mei 2018. Dicapai pada 5 April 2022.
  5. ^ Ian Johan Ariff (30 Mei 2019). "Chelsea muncul juara Liga Europa". Astro Awani. Dicapai pada 5 April 2022.
  6. ^ "Sah! Arsenal pecat Unai Emery". Astro Awani. 29 November 2019. Dicapai pada 5 April 2022.
  7. ^ "Unai Emery dilantik bimbing Villarreal". Berita Harian. Julai 23, 2020. Dicapai pada 5 April 2022.
  8. ^ Muzaffar Musa (27 Mei 2021). "Final UEL: Emery intai UCL selepas cipta sejarah dengan Villarreal". Stadium Astro. Dicapai pada 5 April 2022.
  9. ^ Martín, Luis (18 September 2012). "El incordio de Hondarribia" [Pembuat Kacau dari Hondarribia]. El País (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 27 Disember 2017.
  10. ^ "Emery, de Hondarribia a pelear por la Champions" [Emery, dari Hondarribia kepada bertarung untuk gelaran juara]. El Diario Vasco (dalam bahasa Sepanyol). 7 Mac 2017. Dicapai pada 27 Disember 2017.
  11. ^ "Emery: hijo de portero, padre de entrenador" [Emery: Anak kepada penjaga gawang, ayah kepada jurulatih]. La Nueva España (dalam bahasa Sepanyol). 5 Jun 2010. Dicapai pada 11 Mei 2015.
  12. ^ "Muere el padre de Unai Emery" [Ayah Unai Emery meninggal dunia]. Marca (dalam bahasa Sepanyol). 10 Mei 2015. Dicapai pada 11 Mei 2015.
  13. ^ "La dinastía de los Emery" [Dinasti Emery]. El Comercio (dalam bahasa Sepanyol). 15 November 2008. Dicapai pada 11 Mei 2015.
  14. ^ "Vidas cruzadas en la saga de los Emery" [Persilangan haluan dalam kisah panjang Emery]. El País (dalam bahasa Sepanyol). 20 Mei 2011. Dicapai pada 11 Mei 2015.
  15. ^ "La Real se desmelena" [Real menjadi gila]. Mundo Deportivo (dalam bahasa Sepanyol). 13 Mei 1996. Dicapai pada 25 April 2013.
  16. ^ Trudgill, Peter (2021). European Language Matters: English in Its European Context [Kepentingan Bahasa Eropah: Bahasa Inggeris dalam konteks Eropahnya]. Cambridge University Press. m/s. 230.
  17. ^ "Arsenal players openly mocked Unai Emery as he lost control" [Pemain Arsenal secara terbuka mengejek Unai Emery setelah beliau hilang kawalan]. Evening Standard.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.