Pergi ke kandungan

Cabak biasa (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Phalaenoptilus)

Cabak biasa
Dirakam di Taman Negara Lembangan Raya, Nevada
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Phalaenoptilus
Ridgway, 1880
Spesies:
P. nuttallii
Nama binomial
Phalaenoptilus nuttallii
(Audubon, 1844)
Sinonim

Caprimulgus nuttallii (protonym)

Cabak biasa (Phalaenoptilus nuttallii) ialah spesies burung tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia ditemui dari Kolumbia Beritis dan tenggara Alberta, melalui barat Amerika Syarikat ke utara Meksiko. Habitatnya kawasan lapang kering dengan rumput atau pokok renek, dan juga cerun gurun berbatu dengan tumbuh-tumbuhan yang sangat sedikit.

Banyak burung utara berhijrah untuk bermusim sejuk dalam julat pembiakan di tengah dan barat Meksiko, walaupun ada yang kekal lebih jauh ke utara. Cabak biasa merupakan satu-satunya burung yang diketahui menjadi torpor untuk tempoh yang panjang (berminggu-minggu hingga berbulan-bulan).[2] Hal tersebut berlaku di pinggir selatan julatnya di Amerika Syarikat, di mana ia menghabiskan sebahagian besar musim sejuk nirgiat, tersembunyi di dalam timbunan batu. Tempoh torpor yang dilanjutkan sedemikian hampir seperti keadaan hibernasi dan tidak diketahui dalam kalangan burung lain.

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Ia digambarkan dan diperihalkan rasminya pada tahun 1844 oleh pakar ornitologi John James Audubon daripada spesimen jantan yang dikumpulkan di tebing timur Sungai Niuaci antara Kubu Pierre dan muara Sungai Sutai di Dakota Selatan. Audubon mencipta nama binomial Caprimulgus nuttallii, memilih epitet spesies tersebut untuk menghormati rakannya, pakar ornitologi Thomas Nuttall.[3][4] Spesies tersebut telah dipindahkan ke genus Phalaenoptilus tersendiri oleh pakar ornitologi Amerika Robert Ridgway pada tahun 1880.[5] Nama genusnya menggabungkan phalaina dari bahasa Yunani Purba yang bermaksud "rama-rama" dan ptilon yang bermaksud "buluan".[6]

Enam subspesies diiktiraf:[7][8]

  • P. n. nutalli (Audubon, 1844) – membiak di kebanyakan julat Amerika Utara.
  • P. n. californicus (Ridgway, 1887) – cabak suram, lebih gelap dan perang daripada subspesies penama. Ia ditemui di barat Kalifornia dan utara Baha Kalifornia
  • P. n. hueyi (Dickey, 1928) – cabak gurun, lebih pucat daripada subspesies penama. Ia berlaku di tenggara Kalifornia, barat daya Arizona (AS) dan timur laut Baha Kalifornia
  • P. n. dickeyi (Grinnell, 1928) – cabak San Ignacio, lebih kecil dan kurang bertanda berbanding californicus. Ia penduduk tetap di selatan Baha Kalifornia.
  • P. n. adustus (Van Rossem, 1941) – cabak Sonora, lebih pucat dan perang daripada subspesies penama. Ia ditemui dari hujung Arizona selatan ke utara Meksiko
  • P. n. centralis (Moore, RT, 1947) – Meksiko tengah

Pemerihalan

[sunting | sunting sumber]

Ia merupakan tukang dari Amerika Utara yang paling kecil, kira-kira 18 sentimeter (7.1 in) panjangnya, dengan lebar sayap lebih kurang 30 sentimeter (12 in). Ia mempunyai berat 36–58 gram (1.3–2.0 oz). Kedua-dua jantinanya serupa, bercorak kelabu dan hitam di atas. Pelepah ekor luarnya berhujung putih, tanda-tandanya lebih menonjol sedikit pada jantan.[9]

Cabak biasa dibezakan dengan tukang yang serupa melalui saiznya yang kecil, paruh pendek, sayap bulat dengan hujung yang mencapai hujung ekor pendek semasa berehat, dan warna kelabu pucat.[9]

Tingkah laku

[sunting | sunting sumber]

Ia merupakan satu-satunya burung yang diketahui menjadi torpor untuk tempoh yang panjang (berminggu-minggu hingga berbulan-bulan).[2] Ini berlaku di pinggir selatan banjarannya di Amerika Syarikat, di mana ia menghabiskan sebahagian besar musim sejuk nirgiat, tersembunyi di dalam timbunan batu. Tingkah laku tersebut telah dilaporkan di Kalifornia dan Meksiko Baru. Tempoh torpor yang dilanjutkan sedemikian hampir seperti keadaan hibernasi dan tidak diketahui dalam kalangan burung lain. Ia diperihalkan dengan terperinci oleh Dr. Edmund Jaeger pada tahun 1948 berdasarkan cabak yang ditemuinya yang berhibernasi di Pergunungan Cahua di Kalifornia pada tahun 1946.[10]

Cabak biasa, Phalaenoptilus nuttallii. Subspesies penama di latar depan. Cabak muram, Phalaenoptilus nuttalli californicus, di latar belakang.

Pada tahun 1804, Meriwether Lewis memerhatikan hibernasi cabak biasa di North Dakota semasa Ekspedisi Lewis dan Clark. Walaupun pemerhatian ini dirakamkan dengan teliti dalam jurnal Lewis, kepentingannya tidak difahami. Hal tersebut ialah kerana cabak biasa pada masanya tidak diiktiraf sebagai spesies yang berbeza dengan cabak timur di timur Amerika Utara. Orang asli Amerika dari puak Hopi berkemungkinan sedar akan kelakuan cabak tersebut lebih awal lagi — nama bahasa Hopi burung tersebut, hölchko, bermaksud "Sang Tidur".[11][12][13]

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Pembiakan berlaku dari Mac hingga Ogos di selatan julatnya, dan lewat Mei hingga September lebih jauh ke utara. Sarangnya ialah goresan cetek di atas tanah, selalunya di dasar bukit dan sering separa dilindung oleh belukar atau rumpun rumput. Saiz sangkaknya biasanya dua biji telur berwarna putih hingga santan, atau jambu pucat, kadangkala dengan bintik-bintik yang lebih gelap. Kedua-dua jantina mengeram selama 20-21 hari hingga menetas, dengan 20-23 hari lagi untuk anaknya terbang.[11] Biasanya terdapat satu sangkak setahun, tetapi betina kadangkala boleh bertelur dan mengeram sangkak kedua dalam jarak 100 m dari sarang pertama manakala jantan memberi makan anak muda di tapak pertama. Anak yang muda bersifat separa matang. Apabila burung dewasa yang terganggu di sarangnya dan terjatuh, ia akan membuka mulutnya dan mendesis seperti seekor ular.

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Seperti ahli keluarganya yang lain, ia memakan serangga malaman seperti rama-rama, kumbang, dan belalang.[11] Ia mengeluarkan biji-biji bahagian yang tidak boleh dihadam, seperti hantu. Ia kerap menangkap mangsa dari tanah atau dengan melompat ke udara dari tanah. Ia dilaporkan minum menggunakan sayapnya.

  1. ^ BirdLife International (2016). "Phalaenoptilus nuttallii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22689735A93245859. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22689735A93245859.en. Dicapai pada 11 November 2021.
  2. ^ a b McKechnie, Andrew W.; Ashdown, Robert A. M.; Christian, Murray B.; Brigham, R. Mark (2007). "Torpor in an African caprimulgid, the freckled nightjar Caprimulgus tristigma" (PDF). Journal of Avian Biology. 38 (3): 261–266. doi:10.1111/j.2007.0908-8857.04116.x. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-12-17. Dicapai pada 2008-07-08. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Audubon, John James (1844). "Nuttal's Whip-Poor-Will". The Birds of America, from drawings made in the United States and their territories. 7. New York: J.B. Chevalier. m/s. 350–352, Plate 495.
  4. ^ Peters, James Lee, penyunting (1940). Check-List of Birds of the World. 4. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. m/s. 193–194.
  5. ^ Ridgway, Robert (1880). "Revisions of nomenclature of certain North American birds". Proceedings of the United States National Museum. 3: 1–16 [5].
  6. ^ Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London: Christopher Helm. m/s. 301. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  7. ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (2020). "Frogmouths, Oilbird, potoos, nightjars". IOC World Bird List Version 10.2. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 8 October 2020.
  8. ^ Woods, C.P.; Csada, R.D.; Brigham, R.M. (2020). Poole, A.F. (penyunting). "Common Poorwill (Phalaenoptilus nuttallii), version 1.0". Birds of the World. Ithaca, NY, USA: Cornell Lab of Ornithology. doi:10.2173/bow.compoo.01. Dicapai pada 11 October 2020.
  9. ^ a b "Common Poorwill". www.allaboutbirds.org. Dicapai pada 2015-12-13. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  10. ^ Jaeger, Edmund (January 1951). "Poorwill Sleeps Away the Winter". National Geographic Society.
  11. ^ a b c "Audubon Society -- Common Poorwill". Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  12. ^ Ryser, Fred A. (1985). Birds of the Great Basin: A Natural History. University of Nevada Press. m/s. 305. ISBN 0-87417-080-X.
  13. ^ Bagemihl, Bruce (2000-04-10). Biological Exuberance: Animal Homosexuality and Natural Diversity. Macmillan. ISBN 9781466809277.
  • Cleere dan Nurney, 1998. Nightjars ,ISBN 1-873403-48-8
  • Paul R. Ehrlich; David S. Dobkin; dan Darryl Wheye, 1988. Buku Panduan The Birder . New York: Simon dan Schuster,ISBN 0-671-62133-5
  • Terres, 1980. Ensiklopedia Persatuan Audubon Burung Amerika Utara . New York: Alfred A. Knopf,ISBN 0-394-46651-9
  • National Geographic Society, 1987. Panduan Lapangan untuk Burung Amerika Utara . Washington, DC: National Geographic Society.ISBN 0-7922-7451-2ISBN 0-7922-7451-2