Perumusan ruang fasa
Penampilan
Perumusan ruang fasa mekanik kuantum menempatkan pemboleh unah kedudukan dan momentum pada kedudukan yang setara dalam ruang fasa. Berbeza dengan itu, gambar Schrödinger menggunakan perwakilan kedudukan atau momentum (lihat juga ruang kedudukan dan momentum). Dua ciri penting perumusan ruang fasa ialah keadaan kuantum dihuraikan oleh pengagihan kuasikebarangkalian (sebagai ganti fungsi gelombang, vektor keadaan, atau matriks ketumpatan) dan pendaraban pengendali diganti oleh keluaran bintang.