Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) | |
---|---|
Maklumat am | |
Jenis | NGO dakwah Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah |
No. pendaftaran | 1955-05-7 |
Ibu pejabat | 25, Jalan Bandar 3, Taman Melawati 53100 Kuala Lumpur,, Malaysia |
Penubuhan | |
Pengasas | Professor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar |
Diasaskan | 20 Julai 2004 |
Identiti | |
Orang penting | Mohd Kamal Omar (Pengerusi Tetap), Dr. Wan Adli Wan Ramli (Presiden), Yasin BS Baboo (Naib Presiden) |
Laman sesawang | http://muafakatmalaysia.org |
sunting |
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Jawi: ڤرتوبوهن موافقة سجهترا مشاركت مليسي, juga dikenali sebagai MUAFAKAT; atau Muafakat Malaysia) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terkenal di Malaysia, yang sering membuat wacana dan seminar mengenai Islam sebagai agama bagi Malaysia. MUAFAKAT bertujuan untuk menggembeling tenaga umat Islam di Malaysia serta menyatupadukan mereka, secara bermuafakat supaya mereka dapat memperjuangkan hak dan kebajikan mereka serta bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka di dalam semua lapangan termasuk sosial, ekonomi, pelajaran, kebudayaan, falsafah dan teknologi[1]. MUAFAKAT termasuk di dalam kumpulan NGO-NGO Islam bernama PEMBELA.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]MUAFAKAT ditubuhkan pada 20hb Julai 2004, dan dengan secara rasminya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 9 November 2005 dengan pendaftarannya 1955-05-7. Sejak dari itu, MUAFAKAT sering menganjur program-program berkaitan dengan agama Islam, terutamanya akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Antara program MUAFAKAT yang terkenal ialah Seminar Dakwah Nasional, yang dianjurkan pada 8 hingga 9hb Oktober, 2012 di PWTC, dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin[2]; Seminar Pencerahan Tasawwur Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah yang juga dirasmikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin[3]; Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah - Liberalisme: Agenda Jahat Illuminati, yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu, Mejar Jeneral (B) Jamil Khir[4]; dan banyak lagi.
Selama 5 tahun, MUAFAKAT dipimpini oleh Professor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, yang merupakan pengasas bagi pertubuhan tersebut. Pada tahun 2010, Datuk Osman Bakar meletakkan jawatannya sebagai Presiden. Selama dua tahun seterusnya, timbalannya, Dato’ Haji Ahmad Ismail mengambil jawatan pemangku Presiden, hingga 2012 apabila Ustaz Ismail Mina dipilih sebagai Presiden baharu bagi MUAFAKAT[5]. Sejak itu, MUAFAKAT selalu membuat program untuk menyedari umat Islam tentang ancaman-ancaman terhadap umat Islam di Malaysia.
Pada tahun 2018 pula, Ismail Mina meletak jawatannya sebagai Presiden MUAFAKAT, dan bekas timbalannya, Dr. Wan Adli Wan Ramli dipilih sebagai Presiden MUAFAKAT bagi sesi 2018-2020.
Ideologi
[sunting | sunting sumber]MUAFAKAT berteraskan akidah Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah mazhab Imam As-Syafi'ie. Mereka juga terkenal sebagai sebuah golongan yang tegas menentang fahaman sesat Syi'ah, dan juga penyebaran agama lain terhadap orang Islam, termasuk agama Kristian. MUAFAKAT terlibat menganjurkan program-program tentang fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan ajaran sesat Syi'ah[6], dan termasuklah ancaman gerakan Kristianisasi terhadap umat Islam[7].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Oleh Muafakat, TENTANG KAMI" PENGENALAN Muafakat. Diambil 10 Disember 2018
- ^ Oleh NIZAM YATIM, "Suburkan dakwah manhaj Malaysia" Utusan Malaysia 11/10/2012. Diambil 10 Disember 2018
- ^ Oleh Sinar Online, "Jadikan semula Malaysia pusat ilmu ahli Sunnah" Sinar Online 20 MEI 2014. Diambil 10 Disember 2018
- ^ Oleh Mohd Husni Mohd Noor, "Serangan pemikiran" MyMetro Rabu, 18 January 2017. Diambil 10 Disember 2018
- ^ Oleh MUAFAKAT, "Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat (JPP) Sesi 2015-2018" MUAFAKAT 2018. Diambil 10 Disember 2018
- ^ Oleh HUSSAINI AMRAN, "'Virus' Syiah perosak akidah" Utusan Malaysia 05/09/2013. Diambil 10 Disember 2018
- ^ Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY, "Bukit Aman dedah penyebaran Kristian menyamar Islam- Awaluddin Jadid." The Rakyat Post Nov 11, 2015 11:55am. Diambil 10 Disember 2018