Pergi ke kandungan

Anti-Kristian di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anti-Kristian di Malaysia sering dikaitkan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum , agama dan budaya di Malaysia. Agama Islam dianuti oleh prang Melayu, Buddha oleh orang Cina, Hindu dianuti oleh orang India dan agama Kristian dianuti oleh orang Cina, India, Iban di Sarawak dan Kadazan di Sabah. Beberapa isu telah berbangkit yang boleh mencetuskan pergeseran seperti penggunaan kalimah Allah, gereja , kekebasan , penentuan agama seseorang anak, perkahwinan dan lain-lain. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertanggungjawab memantau acuman agama yang berbentuk anti-Islam, anti-Hindu, anti-Kristian yang disebarkan melalui laman web, blog, Facebook dan sebagainya. Cyber ​​Security Malaysia iaitu agensi pakar internet juga memainkan peranan.

Perkataan kata "Allah" sudah digunakan Kristian Ortodok, jauh sebelum agama Islam ada. Dimana Kristian di Arab sudah awal menggunakannya sebelum Islam, bagi menyebut kata sesembahan sebagai "Allah" atau "Elohim" dalam bahasa aslinya iaitu bahasa Ibrani untuk kemuliaan nama Yesus Kristus. Perkataan "Allah" dalam konsep Kristian adalah bukan nama Tuhan mereka tetapi hanya kata merujuk pada illah,dewa, Allah Bapa (YHWH) atau TUHAN! Nama Allah dalam Kristian ialah Yesus Kristus/Yeshua atau Yahweh/YHWH.

Jadi umat Islam di Malaysia merasa seolah hanya mereka yang mempunyai kata "Allah" dan merasa seolah seakan Kristian mencuri kata "Allah" dari Islam, namun sebaliknya Kristian sudah awal menggunakan kata "Allah" sebelum Islam ada pada abad ke 7. Bagi Islam perkataan "Allah" adalah nama sebenar bagi Tuhan mereka sedangkan bagi Kristian pula "Allah" bukan nama bagi Tuhan atau Allah melainkan sebagai panggilan contoh seperti Dewa mahatinggi, dan nama Allah sebenar mereka adalah seperti yang dikatakan di atas iaitu "YHWH".

Maka umat Islam harus belajar sejarah masehi dan fakta yang sebenar sebelum bersuara terhadap penganut agama lain.

Seminar anti Kristian di UiTM 2014

[sunting | sunting sumber]

Seminar yang dianggap 'anti Kristian' ini diadakan di UiTM pada 6 Mei 2014 merupakan perbincangan akademik semata-mata dan bukan untuk menyerang penganut Kristian. Seminar bertajuk 'Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara' merupakan kerjasama UiTM dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan semua keputusan tentang aturcara, jemputan dan panel penceramah ditentukan oleh UITM. Pelajar dan masyarakat ditekankan tentang Kristiologi dan meningkatkan kefahaman masyarakat Islam mengenai isu kalimah Allah. Ketua Setiausaha II Kementerian Pelajaran Datuk Seri Zaini Ujang menyatakan bahawa IPT bebas mengajurkan forum atau seminar bersifat akademik. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa buku bertajuk "Pendedahan Agenda Kristian" tidak diharamkan kerana tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang.

Kira-kira 1000 peserta diberikan buku bertajuk "Pendedahan Agenda Kristian" tidak kira mereka berugama Islam atau Kristian. Kandungan buku itu hanya kajian dan penjelasan dari Majlis Agama Islam Selangor tentang agenda, gerakan Kristianisasi dan usaha untuk memurtadkan umat Islam di Malaysia. Buku itu membincangkan tentang cara penyebaran agama Kristian yang perlu disedari oleh umat Islam. Ia tidak bertentangan dengan mana-mana kandungan dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Penaja seminar itu tidak diberitahu tentang menghentam agama Kristian. Pengasas Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub memaklumkan bahawa mereka hanya memberikan tajaan publisiti dari segi hebahan media sahaja dan tiada maklumat terpeinci. Mereka hanya meminta promosi untuk liputan media. Pihak penaja lain ialah Warisan Ibnu Aaby dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) , Utusan Malaysia, TV Al-Hijrah, Zikay Group dan Pantai Bharu Group of Companies. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pantai Bharu Group of Companies, Datuk Shamsudin Nor

Antara penceramah yang terlibat ialah Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) A. Karim Omar, penceramah dari Indonesia, Masyud SM, Irena Handono, Menachem Ali dan Insan LS Mokoginta. Insan mendakwa beliau paderi Kristian sebelum memeluk Islam pada tahun 1976, namun Setiausaha Eksekutif Bishops Conference of Indonesia, Father Edy Purwanto menafikan maklumat itu. Insan bercakap tentang "Ancaman Kristianisasi" dan mendakwa "Semua pengikut Nabi Isa perlu memeluk Islam, jika tidak mereka akan mengkhianati diri mereka sendiri".

Bantahan dan penafian datang dari banyak pihak, dari Malaysia dan Indonesia. Gereja Indonesia mendakwa dua penceramah bukanlah bekas paderi dan biarawati dari kalangan mereka. Beberapa pihak membuat laporan polis di Selangor dan Sarawak. Pensyarah Uthaya Sankar SB dan pensyarah Perzeus James dipanggil ke Balai Polis Shah Alam bagi menjelaskan laporan polis mereka. [1] Mereka membawa 13 keratan akhbar dan rencana, dan buku terbitan Majlis Agama Islam Selangor berjudul “Pendedahan Agenda Kristian" sebagai bahan bukti.[2] Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking turut mahukan perkembangan lanjut tentang seminar itu.


Persidangan Biskop Indonesia mendakwa penceramah seminar, Insan L S Mokoginta bukanlah paderi Katolik sebelum memeluk Islam pada tahun 1976. adalah palsu. Setiausaha Eksekutif Persidangan Biskop Indonesia, Paderi Edy Purwanto mendakwa mereka tidak mempunyai peranan tentang Mokoginta. Mokoginta menberi cerama bertajuk “Ancaman Kristianisasi” dan mendakwa "setiap pengikut Jesus perlu memeluk Islam, jika tidak dianggap menderhaka”.

Penceramah kedua iaitu Irena Handono yang mendakwa menjadi biarawati Katolik di Indonesia, sebenarnya tidak menghabiskan pengajian Kristian. Gereja Indonesia mendapati Irene pernah menyertai Jemaah Biarawati Ursulin, tetapi hanya sebagairahib pelatih untuk tempoh seketika.

Sementara Prof Dr Menehim Ali bukanlah Pakar Kristologi Universiti Bandung. Bernama melaporkan dia dari Universiti Airlangga, Surabaya.

Seminar itu menekankan wujudnya ancaman gerakan paderi Kristian yang datang ke Malaysia dan menyamar dengan tujuan untuk memurtadkan orang Islam secara halus.[3] [4]

  1. ^ "Laporan seminar 'anti-Kristian' masih disiasat". Malaysiakini. 7 Jun 2014.
  2. ^ "Polis rakam kenyataan seminar anti-Kristian". Malaysiakini. 17 Mei 2014.
  3. ^ "Seminar anti-Kristian UiTM 'terlalu panas' untuk majlis agama dan penaja". The Malaysian Insider. 25 Mei 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-27. Dicapai pada 2014-06-20.
  4. ^ "Seminar anti-Kristian UiTM hanya perbincangan intelektual, kata Tan Sri Muhyiddin". The Malaysian Insider. 20 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-21. Dicapai pada 2014-06-20.