Pergi ke kandungan

Pertempuran Ajnadain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Ajnadain
معركة أجنادين
Sebahagian daripada Penaklukan Levant oleh Muslim
dan Perang Arab-Byzantine
TarikhJuly 30, 634[1]
Lokasi
Ajnadain
Keputusan Kemenangan Khulafah al-Rasyidin muktamad
Perubahan
wilayah
Syria Selatan dan Palestin ditakluki Muslim[2]
Pihak yang terlibat
Empayar Byzantine Khulafah al-Rasyidin
Komandan dan pemimpin
Vardan
(Gabenor Emesa)
Cubicularius (tidak dikenali)
Theodore, adik Heraclius
Khalid bin al-Walid
Amr bin al-As
Abu Ubaidah bin al-Jarrah
Syurahbil bin Hasanah
Yazid bin Abu Sufyan
Kekuatan
9,000 - 90,000
(anggaran moden)
90,000 - 100,000[3]
(sumber primer)

15,000[4] – 20,000[5]
(modern estimates)

32,000 (Al-Waqidi)[6][7]
Kerugian dan korban
50,000 (Al-Waqidi),[6][7]
anggaran moden tidak diketahui.
575 (Al-Waqidi)[6][7]

Pertempuran Ajnadain (Arab: معركة أجنادين), berlangsung pada 30 Julai 634 M, pada tempat yang tidak diketahui, berkemungkinan besar di Palestin. Pertempuran ini merupakan pertempuran besar pertama yang berlaku antara tentera Empayar Byzantine (atau Rum) dengan Khulafah al-Rasyidin. Pertempuran berakhir dengan kemenangan muktamad bagi tentera Muslim.

Perincian pertempuran ini kebanyakannya tercatat dalam sumber-sumber Muslim, seperti al-Waqidi, seorang sejarawan abad ke-9 M.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Mengikut David Nicolle, tentera al-Rasyidin bertolak dari Madinah (berkemungkinan pada musim luruh 633 M, ataupun pada awal tahun 634 M) dan mula-mula bertemu dan mengalahkan Byzantine dalam Pertempuran Dathin pada 4 Februari, yakni selepas Maharaja Heraclius yang pada masa itu berada di Emessa, Bilad al-Syam atau Syria, menghantar tentera ke selatan bagi memperkukuhkan pertahanan wilayah Caesarea Maritima. Sebagai tindak balas, berkemungkinan panglima tentera al-Rasyidin, Khalid bin al-Walid diperintah mengendalakan operasinya menentang tentera Empayar Sasan dan pergi ke al-Syam/Syria. Ini berkesudahan dengan pertembungan Khalid dengan pihak Ghassan yang bersekutu dengan pihak Byzantine. Khalid berjaya mengalahkan tentera Ghassan menjelang 24 April dan ini membolehkan beliau memasuki Bosra tanpa menghadapi banyak tentangan. Pada masa ini Khalid bertemu beberapa pasukan yang dipimpin jeneral-jeneral Muslim lain seperti Yazid bin Abu Sufyan, Amr bin al-As and Shurahbil Ibn Hasanah.[8]

Khalid bergabung dengan ketumbukan Amr di suatu tempat yang secara tradisinya dikenali sebagai Ajnadain.[8] Tiada ahli geografi dapat menentukan ada tempat bernama itu, dan berkemungkinan besar perkataan itu campuran perkataan majmuk bahasa Arab, adjinad (iaitu "tentera-tentera").[9] Apapun, sumber-sumber Arab meletakkan medan pertempuran di Wadi al-Samt.[1]

Mengikut sumber-sumber primer, kekuatan tentera Muslim seramai 20,000 orang sementara tentera Byzantine pula seramai 100,000 anggota.

  1. ^ a b W. E. Kaegi, Byzantium and the Early Islamic Conquests, 1992, p. 98
  2. ^ Irfan Shahid (1996). Review of Walter E. Kaegi (1992), Byzantium and the Early Islamic Conquests. Journal of the American Oriental Society 116 (4), p. 784.
  3. ^ Muslim historian Al-Waqidi places the army's strength at around 90,000 - 100,000.
  4. ^ D. Nicolle, Yarmuk 636 AD - The Muslim Conquest of Syria, 1994, p. 43: gives 15,000-18,000
  5. ^ David Morray "Ajnadain, battle of" The Oxford Companion to Military History. Ed. Richard Holmes. Oxford University Press, 2001. Oxford Reference Online. Oxford University Press: gives 20,000.
  6. ^ a b c Al-Waqidi, Book 1, page 42.
  7. ^ a b c Lieutenant-General Agha Ibrahim Akram (1970). The Sword of Allah: Khalid bin al-Waleed, His Life and Campaigns, page 467. Nat. Publishing House. Rawalpindi. ISBN 978-0-7101-0104-4.
  8. ^ a b D. Nicolle 1994, p. 46
  9. ^ H. A. R. Gibb, s.v. "Adjanadayn", pp. 208-209, in H. A. R. Gibb, J. H. Kramers, E. Lévi-Provençal & J. Schacht (eds.), The Encyclopaedia of Islam, vol. 1, Brill, Leiden, 1986.
  • Akram, Agha Ibrahim (1970). The Sword of Allah: Khalid bin al-Waleed, His Life and Campaigns. Rawalpindi.
  • Morray, David (2001). "Ajnadain, battle of". Dalam Richard Holmes (penyunting). The Oxford Companion to Military History. Oxford University Press.

Koordinat: 31°41′N 34°57′E / 31.683°N 34.950°E / 31.683; 34.950