Pergi ke kandungan

Pertempuran Daumat al-Jandal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Daumatul Jandal
Sebahagian daripada siri Peperangan Islam-Riddah
TarikhOgos 633 M
Lokasi
Daumatul Jandal
Keputusan Kemenangan muktamad Khulafa al-Rasyidun
Perubahan
wilayah
Wilayah Daumatul Jandal dan utara semenanjung Arab dikuasai tentera Islam
Pihak yang terlibat
Khulafa al-Rasyidun Pemberontak Murtad
Komandan dan pemimpin
Khalid ibn al-Walid, Iyadh ibn Ghanam Judi ibn Rabiah, Ukaidar ibn Abdul Malik
Kekuatan
10,000 15,000
Kerugian dan korban
2,000+ 10,000+

Pertempuran Daumat al-Jandal berlaku pada bulan Ogos 633 M. Selepas kemenagan tentera Islam dalam Perang Yamamah, Khalifah Abu Bakar menghantar seorang panglima dari Madinah, Iyadh ibn Ghanam bersama 4,000 orang perajurit ke Daumat al-Jandal (juga dieja "Daumatul Jandal") untuk menawan semula bandar itu daripada Bani Kalb yang murtad.

Namun bandar itu dipertahankan oleh pasukan pemberontak murtad seramai 15,000 orang yang diketuai oleh Judi ibn Rabiah dengan dibantu oleh Ukaidar ibn Abdul Malik. Ini kerana bandar itu mempunyai sumber bekalan makanan dan kewangan yang cukup berikutan lokasinya yang terletak di antara Damsyik dan Kufah. Kota ini menjadi tumpuan para pedagang yang berulang-alik antara Damsyik dan Kufah seterusnya menjadi pusat perdagangan di utara semenanjung Arab.

Setelah kehabisan ikhtiar, Iyadh ibn Ghanam menghantar surat kepada Khalid bin al-Walid berkenaan dengan keadaan di Daumatul Jandal. Khalid yang ketika itu baru saja menguasai Ainul Tamar dalam Perang Ainul Tamar bersama 6,000 orang tentera bergegas ke Daumatul Jandal.

Hari pertempuran

[sunting | sunting sumber]

Setibanya Khalid di Daumatul Jandal, beliau membahagikan tenteranya kepada dua pasukan di mana pasukan Iyadh berada di timur, utara dan barat bandar Daumatul Jandal manakala tentera Khalid sendiri berada di bahagian selatan iaitu di bahagian belakang bandar Daumatul Jandal.

Berbanding dengan taktik serang-lari-serang di dalam kempen menyebarkan Islam di Parsi, Khalid kali ini mengambil strategi dengan bertahan. Setelah bosan melihat tentera Islam tidak menggerakkan tenteranya, Judi ibn Rabiah melancarkan serangan ke atas Khalid dan Iyadh dengan membahagikan pasukannya kepada dua bahagian di mana pasukan yang terkuat yang diketuai oleh beliau sendiri digunakan untuk menyerang Khalid sementara yang lain dipimpin oleh Ukaidar bin Abdul Malik menyerang tentera Iyadh.

Setelah pasukan pemberontak murtad melancarkan serangannya, keseluruhan tentera Islam yang sedang mengepung bandar itu melancarkan serangan dari arah yang bertentangan menyebabkan pasukan pemberontak murtad tersepit seterusnya memaksa mereka berundur ke dalam bandar. Namun sebahagian tentera Islam pimpinan Iyadh berjaya mengawal pintu masuk ke bandar tersebut menyebabkan hampir kesemua pasukan pemberontak pimpinan Judi tewas dan beliau sendiri dibunuh.

Selepas pertempuran ini, bandar ini berjaya dikuasai semula oleh tentera Islam.