Persidangan DUN Perak Mei 2009
Persidangan DUN Perak Mei 2009 diadakan pada hari Khamis, 7 Mei 2009 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang, Ipoh, Perak, Malaysia . Persidangan ini sebagai memenuhi tuntutan proses demokrasi dan selaras dengan pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan Malaysia. Kerajaan Negeri Perak mempunyai Undang-undang Tubuh Negeri Perak sebagai rujukan dan garis panduan. Semua tindakan dan peraturan mestilah merujuk kepada undang-undang tubuh ini.
Perjalanan persidangan ini dikawal oleh pihak polis, FRU, pegawai berbaju putih. Jam 10.46 pagi mikrofon pihak PR dimatikan tetapi di pihak BN dihidupkan.[1]
Dua menteri besar
[sunting | sunting sumber]Persidangan ini kecoh gara-gara mempunyai 2 menteri besar, 2 speaker dan 2 set exco. Pada 17 Mac 2008 pakatan DAP, PAS dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum pada 8 Mac 2008. Setelah terlewat beberapa hari, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS dilantik menjadi menteri besar.
Kemudian pada Mac 2009, Sultan Perak Sultan Azlan Shah setuju melantik Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar setelah mendapati Mohammad Nizar telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan kerana Barisan Nasional pula menguasai 31 kerusi.
Keputusan mahkamah diperlukan untuk menentukan siapakah menteri besar yang sah. Kes ini diputuskan pada 11 Mei 2009 dan tentunya ada rayuan pula.[2]
Tarikh persidangan
[sunting | sunting sumber]Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku 'menteri besar' telah menetapkan 7 Mei 2009 sebagai tarikh persidangan DUN Perak. Semua Adun dihubungi melalui SMS dan pos laju.
Persidangan pada 3 Mac 2009 yang terkenal dengan 'Pokok demokrasi' merupakan persidangan DUN Perak yang terakhir, jika diterima pakai disebabkan tidak mendapat perkenan Sultan Perak sebagaimana disyaratkan dalam Perundangan Perak.[3] Dalam tempoh 6 bulan, persidangan mestilah diadakan. Jika tidak dewan terpaksa dibubarkan dan pilihan raya baru terpaksa diadakan.
Lintas hormat
[sunting | sunting sumber]Jam 9.30 pagi, Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara disambut oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Yang Dipertua Dewan V. Sivakumar dan timbalannya Hee Yit Foong dan lain-lain Exco dan Adun.
Raja Dr Nazrin menaiki Peterana Diraja dan menerima hormat diraja daripada 105 pegawai dan anggota batalion 1 Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hulu Kinta .Lagu rasmi negeri Perak dimainkan oleh Pancaragam PDRM Cawangan Kedah.Bendera Diraja Perak dikibarkan dengan diiringi tembakan meriam 21 das. Pemeriksaan kehormat diringi oleh DSP Zukri Abidin.[4]
Dalam dewan persidangan
[sunting | sunting sumber]Jam 10.00 pagi, Speaker V.Sivakumar enggan memulakan persidangan selagi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco dan tiga anggota Bebas tidak meninggalkan dewan.Ini kerana keanggotaan mereka telah digantung. Namun 10 orang ini tidak keluar-keluar dari dewan.
Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah terpaksa menunggu di Kamar Diraja selama 5 jam hingga 3.30 petang kerana kekecohan itu.
Zambry mengemukakan usul untuk memecat Sivakumar selaku Speaker, dan sokongan dari 27 Adun BN dan 3 Adun Bebas dengan cara mengangkat tangan. Sivakumar menolak usul itu kerana 10 orang ini telah digantung. Sivakumar mengarahkan Bentara Dewan membawa keluar 10 Adun.
Pada 10.48 pagi, Timbalan Speaker, Hee Yit Fong bertindak mempengerusikan mesyuarat.Bekas Adun Sungkai, Datuk R.Ganesan dilantik sebagai Speaker yang baru dengan sokongan Adun BN dan Bebas .Ganesan mengangkat sumpah jawatan .
4 usul diterima iaitu :
- Usul pelantikan anggota baru bagi tiga jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Perintah Tetap
- Usul Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
- Usul Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri
- Usul membatalkan persidangan DUN Perak "di bawah pokok" yang dipengerusikan oleh Sivakumar dan kumpulan yang diketuai Mohammad Nizar pada 3 Mac 2009.
Adun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman mencadangkan usul dan disokong oleh Adun Kota Tampan, Datuk Shaarani Mohamad.[5]
Perasmian
[sunting | sunting sumber]Ganesan mengarah keluar V Sivakumar (DAP-Tronoh), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai) dan Chang Lih Kang (PKR-Teja).
Pada jam 3.30 petang, Raja Nazrin Shah masuk dan berbincang dengan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan. Raja Nazrin berucap tentang ekonomi semasa dan perkembangan pembangunan. Jam 4.05 petang Raja Nazrin Shah pulang.
Situasi di luar dewan
[sunting | sunting sumber]- Pada 5 Mei 2009, jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat , ditahan reman sehari di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur di bawah Akta Hasutan - berhubung kempen berpakaian hitam 'Black Malaysia'.[6]
Beliau dibebaskan di Balai Polis Briekfields pada 8 Mei 2009. Lima peguam turut dibebaskan iaitu Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Fadiah Nadwa Fikri, Syuhaini Safwan dan Ravinder Singh . Penyokong Bersih yang dibebaskan ialah Genie Lim dari KeADILan serta pembantu peribadi Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong, Chua Yee Ling dan editor Gong ZhengBao Law Teck Hao.[7]
- Pada 6 Mei 2009 ,Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur dan dibawa ke Tanjung Malim. Beliau dituduh 'menyeru' solat hajat dan munajat di masjid Manjoi jam 5.00 pagi 7 Mei 2009. Mahkamah Tanjung Malim, Perak menolak usul tahanan reman pihak Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah .
- Pada 7 Mei 2009, Salahuddin Ayub (PAS) dibebas dari Balai Polis Sungai Senam. Zuraida Kamaruddin (PKR - Ampang),Tian Chua (PKR - Batu) , D Jeyakumar (PSM - Sungai Siput), Mujahid Yusof Rawa (PAS - Parit Buntar) dan Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) turut ditahan sekejap.
Lain-lain yang ditahan sementara ialah Koay Teng Guan (DAP- Sungai Pinang), Lau Dak Kee (DAP - bekas Ahli Parlimen Ipoh) dan Jenice Lee Ying Ha (DAP - Teratai) .[8] Lebih 40 orang ditahan oleh pihak polis kerana berkerumun . Mereka menjerit "1Black Malaysia", "bubar DUN" dan "reformasi."
Penyokong BN membawa sepanduk bertulis "kami anti penderhaka, pertahankan hak rakyat, biarkan DUN bersidang dengan aman."Mereka juga melaungkan "daulat tuanku."
Thomas Su, ADUN Pasir Pinji menghulur RM50 kepada Hee Yit Foong dan menjerit "pergi mampus" dalam dialek Kantonis dengan nada sinis. ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula membaling RM1.00.
- Pada 8 Mei 2009, Drs Khalil Idham Lim telah membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Ipoh. Laporan itu berhubung kekasaran polis terhadap Adun di dalam dewan , mengikut Kanun Keseksaan Panel Kod 124 .[9]Adun Jelapang Yee Hik Foong menggunakan sembur pemedih mata (pepper spray) ke mata Adun Aulong Yaw Tian sehingga menyebabkan kecederaan. Kejadian itu juga telah di rakamkan dalam dalam berita Mandarin 8TV jam 8 malam.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ 2 MB, 2 Speaker bertembung di DUN Perak
- ^ Siapa Menteri Besar Perak Ditentukan Mahkamah Isnin Ini
- ^ Perak Emergency Assembly Meeting Illegal
- ^ Pemangku Raja Berangkat Merasmikan Persidangan Dun Perak
- ^ Dun Perak Kecoh, Perasmian Tertangguh
- ^ Polis gagal reman Mat Sabu
- ^ Saya Akan Memakai Baju Hitam Sehingga Negara Ini Tidak Hitam Lagi : Wong Chin Huat
- ^ Kronologi Dari Sidang DUN Perak Di Ipoh (Secara Langsung)
- ^ Sidang Dun Perak : Pakatan Rakyat Buat Laporan Polis Mengikut Kanun Keseksaan Panel Kod 124