Perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian Hudaibiyah (bahasa Arab: صلح الحديبية) berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani [1]
Sebab berlakunya perjanjian
[sunting | sunting sumber]Rasulullah bersama-sama 1400-1500 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka Urwah bin Mas’ud At Thaqafi datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah,setelah Urwah pulang ke Mekah dan memberitahu niat dan tujuan Nabi Muhammad dan pengikutnya datang untuk mengerjakan haji maka pihak Quraish tidak membenarkan mereka masuk ke Kota Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk berunding dan menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.
Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar kepada "Baiah Ar Riduan" untuk menuntut bela atas kematian Uthman bersama-sama Rasulullah di bawah sebatang pokok. Kedengaran Kaum Quraish tentang baiah tersebut, kaum Quraish menjadi takut dan telah menghantar utusan mereka iaitu Suhail bin ‘Amru untuk membuat perjanjian damai. Oleh sebab nama perjanjian itu dinamakan di atas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah". Perjanjian ini dilihat tidak adil dan berat sebelah oleh pengikut rasulullah SAW, mereka tidak berpuashati dengan isi perjanjian dan orang yang paling keras membantah ialah Sayyidina Omar Al Khattab sehingga beliau ditenangkan dan diterangkan oleh rasulullah,akhirnya Sayyina Omar menerima hakikat yang mereka mesti kembali ke Madinah dan datang pada tahun hadapan, Sayyidina Omar adalah orang terakhir yang bertahallul keluar dari ihram,Sebagai seorang Rasul dan utusan Allah,Nabi membuat keputusan dipandu oleh wahyu dari Allah SWT dan beliau mempunyai pandangan yang jauh dan penuh hikmah,ketika hampir tiba di perbatasan Madinah maka Allah SWT telah menurunkan ayat dari Surah Al Fath memberitahu tentang kemenangan islam yang hampir tiba dan pada tahun hadapan Rasulullah saw dan pengikutnya memasuki Kota Mekah dengan aman tanpa tentangan dan korban jiwa di kedua-dua belah pihak.
Isi Perjanjian Hudaibiyah
[sunting | sunting sumber]- Gencatan senjata selama 10 tahun.
- Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
- Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
- Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
- Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
- Kedua-dua pihak dibenarkan membuat perundingan dengan mana-mana pihak.
Hikmah Perjanjian Hudaibiyah
[sunting | sunting sumber]- Berkembangnya syiar Islam.
- Kehidupan masyarakat aman dan damai.
- Pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah.
Kesan Perjanjian Hudaibiyah
[sunting | sunting sumber]- Musyrikin Quraisy semakin lemah.
- Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin maju
- Orang Yahudi yang khianat diusir dari Madinah.
- Rasulullah mengajar umatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir.
- Corak politik Rasulullah yang lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |