Baiah Ridhwan
Baiah Ridhwan (Arab: بيعة الرضوان bayʻat al-riḍwān) berlaku pada tahun ke-6 Hijrah (628 M) ketika Nabi Muhammad bersama 1600 atau 1400 orang sahabat dari Madinah menuju kota Makkah untuk menunaikan umrah.
Dalam perjalanan ke Makkah, rombongan Islam disekat oleh orang kafir Quraisy di Hudaibiyah kerana:
- Orang kafir Quraisy bimbang dengan kekuatan orang Islam
- Orang kafir Quraisy terasa maruah mereka tercabar.
Rasulullah menghantar Uthman bin Affan untuk menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka. Khabar angin tentang kematian Uthman bin Affan menyebabkan orang Islam berbaiah (ikrar taat setia) kepada Rasulullah untuk berjihad memerangi orang Quraisy.
Orang Quraisy yang berasa bimbang dengan kekuatan umat Islam lalu membebaskan Uthman menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan Muhammad dengan itu, termenterailah Perjanjian Hudaibiyah di antara Muhammad (pihak Islam) dengan Suhail bin Amru (orang Quraisy).