Peristiwa pengoksigenan Neoproterozoik
Peristiwa Pengoksigenan Neoproterozoik (NOE), juga dikenali sebagai Peristiwa Pengoksidaan Besar Kedua (yang pertama berlaku semasa era Palaeoproterozoik), merupakan satu julat masa merentasi sekitar 850 sehingga 540 juta tahun dahulu, menyaksikan peningkatan amat ketara dari segi paras oksigen di atmosfera Bumi dan juga di lautan.[1] Peristiwa tersebut telah menamatkan Tempoh Bosan Bilion Tahun melalui peningkatan mendadak dari segi kepekatan oksigen di atmosfera dan di lautan Bumi, walaupun ia tidak sehebat Peristiwa Pengoksidaan Besar (GOE) pada sempadan era Neoarkean-Paleoproterozoik. Tidak seperti GOE, NOE tidak dapat dikenal pasti sama ada ia merupakan peristiwa global yang bersegerak, atau ia merupakan satu siri beberapa selangan tempoh pengoksigenan serantau yang tidak bersegerak dengan ketiadaan hubungkait punca pencetusan peristiwa itu.[2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Och, Lawrence M.; Shields-Zhou, Graham A. (January 2012). "The Neoproterozoic oxygenation event: Environmental perturbations and biogeochemical cycling". Earth-Science Reviews. 110 (1–4): 26–57. Bibcode:2012ESRv..110...26O. doi:10.1016/j.earscirev.2011.09.004. Dicapai pada 10 November 2022.
- ^ Stern, Robert J.; Mukherjee, Sumit K.; Miller, Nathan R.; Ali, Kamal; Johnson, Peter R. (December 2013). "~750 Ma banded iron formation from the Arabian-Nubian Shield—Implications for understanding neoproterozoic tectonics, volcanism, and climate change". Precambrian Research. 239: 79–94. doi:10.1016/j.precamres.2013.07.015. Dicapai pada 20 December 2022.